1 1

  "Amanda, terimalah cinta saya." Ujar Putera Jimin dengan sejambak bunga dihulurkan kepadaku.

  "Amanda, saya cintakan awak." Kali ini pula Kang Daniel yang sedang melutut lalu mencium belakang tapak tanganku.

  "Amanda, bila kita nak kahwin?" Soal Justin Bieber dengan aura Bad boy sambil mempelawa aku masuk ke dalam Limousin miliknya.

  "Ak-" Belum sempat aku pilih, terasa seperti hujan yang teruk sedang melanda.

  "ARGHHH!!" oh aku mimpi.

  "Bangun, Tuan Puteri. Masa untuk pergi sekolah." Ujar pengawal peribadi aku, Mal., dengan baldi ditangannya.

  "Kacau arh, potong scene je."

  "Apa maksud Puteri?"

  "Takde pape." Ujar aku lalu bangun dari tidur dan berjalan ke arah bilik mandi untuk bersiap.

  "NO MORE! SAD SONGS!" dapat tab mandi yang besar, boleh muat seekor gajah, memang untung.

  Tapi aku tak nak jadi puteri. Walaupun aku tahu kalau aku jadi puteri, aku mampu bertemu dengan kumpulan BTS, Wannaone dan Got7! ARGGGG!

  Excuse me! Aku lebih suka bekerja sebagai pari-pari cupid yang kerjanya hanya menembak panah dan buat dua insan bercinta.

  Heh, orang macam aku lebih sesuai pertemukan dua insan itu sebagai jodoh. Tapi diri susah nak dapat jodoh. Hm, sila sedih dari jauh.

  "Puteri? Dah siap?" Jerit Mal dari luar.

  "Kejap lagi!" Jerit aku. Walaupun sebenarnya jarak kami cuma 1.5 meter.

  Selesai bersiap, aku bergegas ke sekolah dengan menaiki basikal. Ya aku tahu pelik, pari-pari naik basikal, aku satu-satunya jenis pari-pari yang tak mampu terbang.

  Mal dah tawarkan diri untuk hantar tapi aku tolak, malu arh masuk sekolah dengan Limousine, nampak sangat nak menunjuk.

  "hai Amanda." Sapa Melvyn, pelajar nombor satu dan mendapat gelaran 'Hot Nerd' kerana wajahnya yang tampan, badannya yang sado, berketurunan serigala jadian.

  "Hai Mel." Jawab aku lalu meneruskan perjalanan ke sekolah.

  "Yo, Manda, free tak lepas sekolah?" Soal Perrie dari belakang sebaik sahaja dia ternampak aku sedang meletak kenderaan.

  Dear readers, kenalkan ini Perrie, satu-satunya bestfriend aku dan juga Berketurunan Harimau. Orang comel ditambah dengan dua telinga harimau di atas kepalanya.

  "Sorry, Perrie, aku ada hal."

💖💖

  RINGG! waktu persekolahan tamat.

  Aku berjalan-jalan di taman, takde mood nak balik ke istana, asyik-asyik berlatih menari, boring la.

  "Arg!" Kedengaran seorang wanita yang terjatuh, dan seorang lelaki pula membantunya untuk berdiri, waduh Clichényeee.

  Sekarang tibalah waktunya menjadi Cupid, aku mulai menjadi halimunan, satu set alat memanah muncul di tangan.

  Aku menetapkan target pada perempuan tersebut dan ZUP!

  YA AMPUN!!! TAK KENA!!!

  Kena tepat pada lelaki tersebut, silap target.

  Sekarang itu bukan masalahnya, masalahnya ialah lelaki tu nampak aku! Dia ni ada kebolehan ke?

  Tahu tak apa yang akan terjadi seterusnya?

  DIA JATUH HATI PADA AKU!

avataravatar