1 Bab 1: Menunggu

"Januari 2008

Cukup sebulan lebih aku bercuti setelah tamatnya UPSR, dan hari ini adalah hari pertamaku sebagai pelajar sekolah menengah. Setelah menghantar adik-adikku ke sekolah mereka, ku berlari ke sekolah kerana tidak mahu lewat hadir pada hari pertama persekolahan. Hampir disekolah aku dilanggar oleh seorang pelajar perempuan yang sedang berlari kearah pintu pagar sekolah.Gadis itu hanya menyebut maaf tanpa melihatku dan terus berlari. Aku pun mengabaikan dia dan segera ke sekolah.

Selesai perhimpunan kami masuk ke kelas dan bermulalah sesi memperkenalkan diri di kelas. Selesai aku memperkenalkan diriku, pelajar yang duduk disebelahku dipanggil untuk memperkenalkan diri. Rupa-rupanya pelajar itu adalah pelajar perempuan yang melanggarku pagi tadi di pintu pagar sekolah. Bila kulihat dia dengan jelas dibawah sinaran lampu kelas ini, comel juga dia sebenarnya. Lalu dia mula memperkenalkan diri.

"Assalamualaikum, nama saya Nur....", diikuti dengan bunyi loceng sekolah.

Aku pun pelik kenapa bunyi loceng awal sangat dekat sekolah ini dan diikuti laungan nama aku yang dilaung oleh ibu aku..Ibu??!!

Abang!!!!

Terjaga aku mendengar jeritan yang kuat dilaungkan di telinga aku lalu terduduk aku dikatil. Rupa-rupanya adikku Nana yang menjerit. Lalu yang dia menyuruhku bersiap cepat, sarapan dan gerak ke pejabat. Dan dia terus keluar dari bilik sebelum ku sempat membalas.

"Emmm..mimpi yang sama lagi", sambil ku bangun bersiap.

"April 2020

Selesai ku bersiap, ku gerak ke dapur dan bersarapan dengan ibu dan adikku Nana. Melihat Nana makan sambil main telefon ku bertanya.

"Hang cari kerja ke tak Nana, hari-hari kat rumah. Tolong ibu takpe jugak ini tak, mereput dalam bilik main fon ja", ku menegur sambil makan nasi goreng.

"Ish abang ni,pagi-pagi pon bising ke. Tengah cari le", balas Nana tanpa melihat ke arahku dan pandangan dia hanya tertumpu di telefonnya.

"Hang ni..Abang tengah cakap ngan hang ni,tgok abang boleh. Cari kerja tak mau, nak sambung belajar tak mau. Hang nak kahwin ka?", bertanya ku sambil meninggi suara.

"Bukan tak mau sambung belajar, dah tak lepas nak wat macam mana. Tahu la adik kesayangan abang tu pandai, tapi tak payah la nak bandingan", jawab Nana sambil tenung tajam kearahku.

"Semua pon abang sayang, bukan bandingan. Tapi abang tak nak adik-adik abang nanti makin hari makin malas. Kita ni bukan dari keluarga senang, jadi kena la berusaha kalau nak hidup senang" balas ku kepada Nana.

"Iye la bang…hmm", jawab Nana kepadaku sambil mengeluh.

"Hmmm?...Ish budak n…", kata-kataku disamput oleh Ibu.

"Udah-udahla tu Am. Dari kamu tanya kat si Nana bila nak kahwin baik kamu tanya diri sendiri. Ada anak kawan Ibu baru lepas Diploma, kamu nak berkenalan tak?", tanya Ibu selepas menyindirku.

"Terima kasih je la bu.Am da lewat nie.", Balas ku sambil senyum.

"Padan Muka.", kata adikku padaku diikuti dengan senyum lebar.

"Mengelak cadangan ibu no.1", kata ibuku padaku.

Ku hanya bersenyum.Selesai makan ku salam ibuku dan gerak ke kerja. Sebelum sampai ku singgah ke Café berdekatan dengan office ku untuk membeli Kopi dan terjumpa rakan sepejabat ku Hakimi yang sedang membeli sarapan pagi.

"Mi?..Apehal tiba-tiba hang beli sarapan dekat sini?..Bukan selalu bini hang masak ke?", ku bertanya sambil order air kepada pelayan café.

"Yo..bini aku balik rumah mak aku.Tolong jaga mak aku yang sakit tu.Aku insyallah hujung minggu nie cuti aku balik tengok mak aku kot", balas Mi sambil menelan sandwich yang dibelinya.

"Owh..patutlah.Balik nanti kirim salam kat Mak..Ada masa insyallah aku singgah", balas ku sambil bayar.

"Orite..wei aku gerak dulu, aku nak jumpe Azri kejap ada hal sikit", katanya sambil bergegas keluar.

"Orite",balasku sambil menunggu kopi yang diorder.

"Cik..Ini kopi cik, gula didepan ye.Terima kasih", laju sangat kata-kata diungkap pelayan yang memanggil ku ini lantas memaling membelakangkan ku.

"Emm..sama-sama", kataku dengan nada pelahan.

Lantas aku bergerak keluar dan terus ke pejabat. Selesai "thumb" ku bergerak ke meja ku dan meneruskan kerja-kerja ku.Sekitar jam 12 tengah hari, Hakimi menegurku untuk bertanya hendak makan dimana rehat nanti.

"Am..rehat kat mana?", Mi bertanya sambil menyuakan kepalanya melihat ku.

"Ikut hang la. Aku mana-mana pon boleh", balasku

"Em…Apiz, hang nak rehat mana?", bertanya Mi kepada Hafizi kawan seperjabat merangkap kawan sekolah kami.

"Makan kat depan nie jom.Tapau kat mak cik Zanira pastu makan kat café depan tu. On?" bertanya kepada kami sambil membuat kerjanya.

"Ok kami on", jawab Mi.

Dan kami terus melangsungkan kerja kami sehingga tiba waktu rehat iaitu pada jam 1.00 petang. Lalu kami gerak ke gerai mak cik Zanira yang menjual nasi lauk berdekatan dengan pejabat kami.Selesai bungkus nasi kami bergerak menuju ke café. Kami duduk di kerusi bahagian luar café dan aku menyuruh Apiz pergi order air.Selesai order air dia kembali ke meja lalu kami berbual.

"Kenapa tiba-tiba harini hang makan makanan luar? Selalu hang bawa bekal dari rumah.",tanya Apiz kepada Mi sambil membuka lauk yang dibelinya.

"Dia jaga mak aku.Mak aku sakit,aku pun insyallah hujung minggu ni balik kot. Tapi kadang-kadang makan luar pon apa salahnya kan..hehe", balas Mi sambil senyum lalu menyuap nasi ke mulutnya

"Owh..nanti kirim salah Mak.", kata-kata Apiz terberhenti kerana pelayan datang menghantar pesanan.

Ku perasan itu adalah pelayan yang sama membuat air aku pagi tadi.Sama seperti pagi tadi selesai meletakkan air yang kami pesan,dia langsung meninggalkan meja kami tanpa memandang kearah kami.Dan sama seperti pagi tadi masih memakai mask berwarna hitam.

Tanpa menghiraukan pelayan itu, kami langsung mengambil air masing-masing dan terus makan. Sambil makan Apiz memulakan perbualan.

"Wei sembang pasal Mak si Mi nie, Ibu macam mana?Sihat? Lama tak singgah rumah hang", tanya Apiz pada ku.

"Alhamdulillah sihat,emm..",kataku sambil mengeluh.

"Apahal hang nie? Sembang pasal ibu pun mengeluh."kata Mi dengan tegas sambil minum airnya.

"Emm..bukan apa,aku stress la dengan ibu aku baru-baru nie.Asyik sembang pasal kahwin je,anak kawan dia la,anak jiran la,anak sedare la.Emm,,entah le",balasku dengan nada merungut.

"Biasa la tu wei, umur kita makin lama makin meningkat. For sure la diorang nak menantu ,lagi-lagi cucu. Lagi pun hang kan anak sulung.Chill je", balas Mi.

"Hang senang la cakap, jodoh hang sampai awal.Jodoh aku nie sampai sekarang dok sesat", balas ku sambil meneguk air.

Mi dan Apiz ketawa dan Apiz berkata.

"Apa kata hang try je cadangan Ibu, kot-kot jodoh. Kalau hang ok proceed with next step,tak ok tekan next untuk calon seterusnya",kata Apiz sambil senyum.

"Emm..tak mau la aku, tak adventure ah. Aku nak aku sendiri yang jumpe dan jatuh hati, dan perasaan masa nk ayat dia tu la ada feel adventure gitu.Hihi..",balasku.

"Fulamak..kalau adventure hang tu time sekolah menengah aku ok lagi.Nie umur da 25 tahun pon tak pernah bercinta, takkan hang nk tunggu lagi 25 tahun. Mau beruban da time tu",kata Mi padaku

"Betol. Selama aku kenal dan tahu, hang x pernah bercinta kan. Yang tetibe hang nak bercinta nie pasaipa?",kata Apiz sambil menyuap makanan ke mulutnya.

"Emm..Bercinta memang tak pernah…tapi perasaan cinta tu pernah je..wujud",balasku dengan nada perlahan.

"Erk,kami dengan hang dari zaman kolej kot..sejak bila pulak hang syok kat someone nie?', tanya Mi dengan riak wajah terkejut

"Emm..12 tahun lepas..tingkatan 1..disitu perasaan tu wujud sebelum aku mengenal erti cinta",ku membalas sambil mengimbas kembali kisah 12 tahun lepas.

bersambung...

avataravatar
Next chapter