19 Tempatku Yang Sah

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ye Wan Wan tekun mendengar gosip di sekelilingnya dan terdengar beberapa perkara yang dia mahu lupakan sambil menuju ke pintu kelas F.

Sebaik sahaja dia sampai ke pintu, tiba-tiba bilik itu senyap dan serta merta terus bergema dengan bunyi meja diketuk dan siulan.

Semua orang cuba membuat masalah.

Dengan kata lain, dia ialah badut untuk kelas itu, hiburan pelajar bila-bila masa mereka bosan.

Dan Ye Wan Wan tidak pernah mengecewakan mereka.

"Hahaha wow! Ye Wan Wan, rambut awak hebat!"

"Ya ya ya, lebih bagus dari rambut meletup hari itu!"

Pelajar lelaki sibuk mengetawakan dirinya manakala pelajar perempuan pula melihat dirinya dengan benci dan jijik.

"Kenapa bising sangat?! Diam, semua orang! Awak tak dengar loceng berbunyi?" datang suara marah guru mereka dari pintu.

"Ye Wan Wan, awak lagi! Awak… sudah lihat diri awak dalam cermin? Pergi ke tempat duduk awak!" Apabila guru kelas itu melihat rambut hijau Ye Wan Wan, dia berasa sungguh marah hingga jantungnya hampir meletup -- dia mahu menyambung bebelannya pada Ye Wan Wan tetapi sebaliknya terus menuju ke mejanya, sesuatu yang tidak disangka.

Pelajar ini akan berhenti sekolah nanti -- tak perlu bazirkan nafas saya.

Ye Wan Wan melihat ke seluruh kelas. Dia tidak perlu cuba mengingat semula di mana tempat duduknya -- dia tahu di mana.

Memandangkan tempat duduk dalam setiap kelas disusun mengikut kedudukan pelajar di dalam kelas, dia selalunya akan berada pertama dari belakang, bermakna tempat duduknya di barisan paling belakang.

Di kerusi barisan paling belakang bersebelahan tingkap ialah seorang lelaki yang sedang berbaring di atas meja.

Rambut lelaki itu berserabut dan tidak disikat rapi dengan fon telinga disumbat ke dalam telinga, dan dia sedang tidur. Cahaya matahari menembus masuk dan menari-nari di wajah lembut lelaki itu, membuatkan dia kelihatan seperti seorang model dari majalah fesyen.

Si Xia, lelaki pujaan Sekolah Menengah Qing He.

Merokok, bergaduh, ponteng sekolah -- dia sudah biasa dengan semua itu. Walaupun gred dia teruk tetapi disebabkan rupanya yang tampan dan keluarganya yang kaya, dia mendapat gelaran lelaki pujaan sekolah ini.

Mendengar derap kaki menuju ke arahnya, remaja itu membuka mata dengan marah dan menjerit, "Berambus!"

Pelajar lain di dalam kelas, terutamanya pelajar perempuan, mencebik pada nasib malang Ye Wan Wan.

Mereka sedang menatap wajah Duli yang Amat Mulia yang sedang tidur tapi telah diganggu oleh perempuan hodoh ini.

Apa hak perempuan hodoh itu untuk berkongsi meja dengan Si Xia?!

Tetapi lelaki ini nampak, sungguh, sungguh, sungguh menawan walaupun dia sedang marah.

Sebelum dia dilahirkan semula, walaupun Ye Wan Wan mengenakan solekan tebal di luaran, tapi dirinya yang sebenar hanyalah seorang perempuan biasa. Keyakinan dirinya rendah dan wajahnya juga tampil suram.

Sebelum ini, jika diherdik oleh Si Xia, Ye Wan Wan dengan patuh akan duduk di kerusi rosak di sebelah tong sampah.

Tapi kali ini, selepas melihat kemarahan lelaki itu, Ye Wan Wan tidak berundur. Dia memberi senyuman nipis, melihat lelaki itu dan duduk di kerusi sebelah lelaki itu seperti tidak mendengar apa-apa.

Lelaki itu meletup marah. "Awak nak mati? Berambus!"

Ye Wan Wan meletakkan beg sekolahnya di bawah meja dengan bersahaja, keluarkan buku dan kotak pensel, dan menentang pandangan lelaki itu. "Kedudukan saya ialah pertama dari belakang dan ini tempat saya yang sah. Siapa awak untuk suruh saya pergi?"

Si Xia tergamam. "..."

Semua pelajar dalam kelas juga tergamam. "..."

Wajah guru kelas itu juga bertukar gelap.

avataravatar
Next chapter