54 Perbuatan Dia Menceritakan Semuanya

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ye Wan Wan telah berfikir panjang dan memutus untuk berjumpa dengan Puan Tua dalam uniform sekolahnya.

Walaupun nenek Si Ye Han mempunyai status terhormat yang luar biasa, dia rasa semua nenek dalam dunia mempunyai cita rasa yang sama. Kebanyakan mereka akan menghargai gadis kemas, bersih dan bersopan santun.

Tiada pakaian jenis lain akan memberi aura lebih patuh dari uniform sekolah.

Untuk wajahnya pula, selain dari menggunakan pupur muka malam tadi dan membuat rutin penjagaan kulit seperti biasa, dia tidak mengenakan sebarang solekan. Rambutnya diikat rapi ke belakang seperti ekor kuda, menyerlahkan dahinya yang cantik.

Melihat gadis itu bukan seperti hantu perempuan yang dia bayangkan tetapi seorang gadis ceria dan mudah didampingi, Xu Yi lama termanggu sebelum memberi reaksi. Dia keluar dari kereta dengan cemerkap untuk membuka pintu belakang kemudian sambung memerhatikan gadis itu melalui cermin pandang belakang dengan wajah bingung.

Hobi kegemaran Ye Wan Wan dulu ialah menentang Tuannya, mengambil kesempatan atas kasih sayang Tuannya kepada gadis itu. Tidak kira betapa mengarutnya tindakan gadis itu, Tuannya pasti akan mengalah padanya.

'Dia ada peluang terbaik untuk mencipta masalah hari ini tapi dia berpakaian begitu… normal?

'Ye Wan Wan yang ini… telah berkelakuan pelik kebelakangan ini, apa yang dia rancang sebenarnya?'

Setelah Ye Wan Wan masuk ke dalam kereta, dia mengambil tempat duduk di sisi Si Ye Han. Dia tidak menjangka dari rupa luaran kereta ini, tapi rekaan dalaman kereta ini seperti suite presiden dalam hotel.

Ahli keluarga Si telah banyak berusaha hanya untuk memastikan Si Ye Han boleh hidup dengan selesa.

"Saya tak pasti jika saya akan bermalam atau tidak; saya belum siapkan lagi kerja rumah jadi saya bawa sekali."

Ye Wan Wan meletakkan beg galasnya di atas peha, menjelaskan sambil memasukkan kepala dalam beg untuk mencari buku kecil, dan berkata dengan tergesa-gesa, "Ini senarai hadiah yang saya cadangkan. Saya merancang untuk ke dewan Wan Chun untuk mencari beberapa suplemen herba dan pergi pusat beli belah untuk membeli sedikit baju, beg, selendang atau sesuatu untuk Nenda. Tapi saya tak pasti tentang pilihan Nenda jadi awak perlu tolong saya. Dan, saya juga tak ada duit jadi saya yang akan pilih hadiah tapi awak yang akan keluarkan duit…"

Gadis itu telah berlari ke sini jadi ada satu lapisan peluh nipis di dahinya. Cara dia menatap buku kecilnya dan bercakap pada masa itu dengan sangat fokus dan satu pancaran kelihatan dari matanya.

'Wan Wan, jika awak menipu saya…

'Baik awak pastikan…

'Awak boleh tipu saya selamanya…'

Ye Wan Wan baru sahaja mahu menyambung percakapan apabila dia terasa dagunya diangkat. Nafas segar lelaki itu menyapu wajahnya; wajah tampan, mempersonakan lelaki itu semakin hampir dan satu kesakitan mengejut singgah ke bibirnya.

Berasa seperti satu perasaan bahaya kian hampir, Ye Wan Wan dalam kekeliruan – 'Apa masalah lelaki ini? Saya tak buat salah, bukan?

'Adakah ini kerana cara saya berpakaian?'

Menyangka Si Ye Han tidak suka penampilan dirinya, Ye Wan Wan hanya mampu mengikut rentaknya. "Hey, awak tak suka cara saya berpakaian? Memandangkan kita akan berjumpa Nenda hari ini dan orang tua sudah tentu tidak suka gadis bersolekan tebal, saya tak kenakan apa-apa hari ini jadi awak perlu bersabar sedikit…"

Mendengar gadis itu sengaja berpakaian begitu untuk neneknya, Si Ye Han terkejut.

Pandangan lelaki itu jatuh ke pipi, leher dan pinggang yang dibalut dengan uniform sekolah dan satu perasaan hangat muncul dalam mata dinginnya. Tiba-tiba dia mencium gadis itu semula, tidak seperti sebelum ini yang hanya menyapu luaran sahaja, tetapi kali ini ciumannya begitu menguasai dan lebih kasar, begitu agresif mencabul setiap inci mulut gadis itu…

Perbuatannya menunjukkan betapa jelas perasaan lelaki itu pada penampilan gadis ini.1

avataravatar
Next chapter