webnovel

Perampas Teman Wanita

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Saat dan minit pantas berlalu, begitu sahaja, dua puluh minit akhirnya berakhir.

Namun, masa telah tamat, tapi kelibat Si Ye Han masih tidak kelihatan.

Tetapi setelah tepat dua puluh minit, Xu Yi membuat panggilan.

"Hello, Cik Ye, kami minta maaf. Tuan ke-9 sedang uruskan sesuatu; awak perlu tunggu lama sedikit sebelum kami tiba!"

"Ah… Kenapa?" Tanya Ye Wan Wan dengan cepat.

Nada suara Xu Yi seperti ada sesuatu yang tidak kena, dia menggumam perlahan dan diam di hujung panggilan dengan agak lama sebelum menjawab, "Tak… Tak ada apa sangat, awak hanya perlu tunggu lama sedikit!"

"Oh, baiklah." Dengan yakin Ye Wan Wan membalas.

Selepas dia memutuskan talian, Ye Wan Wan berkata kepada Ling Dong, "Teman lelaki saya ada urusan penting dia perlu uruskan jadi dia akan sampai lewat sedikit."

Ling Dong menyilangkan tangannya dan sudah menjangka gadis ini akan berkata begitu. Dengan bersahaja dia menjawab, "Tak apa, saya boleh tunggu."

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter