27 Oh, Matematik…

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

'Perempuan tak guna ini, sudahlah muka menakutkan tetapi dia berpakaian serba putih pula hari ini?! Terkejut beruk saya tengok!'

Mood Ye Wan Wan bertukar elok selepas melihat reaksi Si Xia.

Dia hampir buta dengan semua ulang kaji yang dilakukan dalam asrama selama 7 hari, siang dan malam.

Menolak semua itu ke tepi, lelaki ini telah mewarisi wajah tampan keluarga Si, menyenangkan mata yang melihat.

Ye Wan Wan tersengih melihat lelaki itu. "Saya tak tahu pemuda idaman kita takut pada hantu?"

'Dia lebih menakutkan dari hantu bila tersenyum…'

Sia Xia menarik nafas dalam. Dia tidak tahan melihat Ye Wan Wan lalu memalingkan kepala dan mengejek, "Sekurang-kurangnya awak sedar awak nampak macam hantu."

Tidak kira apa pun, dia perlu buat dengan baik dan berpindah ke tempat duduk yang jauh!

Dia tidak tahan walau sehari di sini!

Loceng berbunyi dan pengawas peperiksaan mula mengedarkan kertas soalan.

Sekilas rasa kagum menjengah mata Si Xia apabila dia menyedari Ye Wan Wan yang duduk di sebelahnya mula mengangkat pen untuk mula menulis.

Semua orang tahu Ye Wan Wan akan hantar kertas soalan kosong setiap kali habis peperiksaan.

Sementara dia masih berasa terkejut, apabila dia melihat cara Ye Wan Wan menjawab semua soalan itu, rasa menyampah mula timbul.

'Bagaimana dia menjawab soalan? Dia hanya mengisi ruang kosong itu secara membabi buta.'

Dia mengisi kertas soalan itu dengan pantas, memilih ABCD secara rambang, mungkin tidak kisah untuk membaca soalan dan hanya bergantung pada nasib.

Lelaki itu mengejek bodoh dalam hatinya.

'Jika awak nak bergantung pada nasib, mengapa tak isi B untuk semua soalan? Peluang lebih tinggi untuk betul, daripada hanya mengisi tempat kosong secara rawak, dan membuatkan awak salah.'

Lelaki itu berhenti memberi perhatian kepada orang bodoh di sebelahnya dan mula menumpu perhatian kepada peperiksaan di hadapannya.

Tempoh untuk peperiksaan Seni Liberal ialah 150 minit, mengambil masa seluruh pagi. Peperiksaan bahasa Inggeris akan menyusul pada sebelah petang.

Peperiksaan Bahasa pula akan berlangsung pagi hari kedua dan peperiksaan terakhir adalah Matematik.

Ye Wan Wan menerung soalan Matematik, melihat tanpa mengelip mata. Fungsi, algebra dan geometri itu seperti virus yang menyebabkan otaknya berhenti berfungsi.

Dunia sekeliling Ye Wan Wan mula berputar dan dia boleh melihat bintang-bintang mengelilinginya. Setelah hampir gila untuk 3 saat, dia menyerah kalah dari menjawab dan mula tidur.

'Kenapa ada perkara begitu menakutkan seperti Matematik dalam dunia ini?!'

Walaupun dia mempunyai ingatan fotografi, masanya hanya cukup-cukup untuk selesai membaca semua buku teks untuk tiga tahun itu. Satu perkara yang mustahil untuk cemerlang dalam Matematik dalam masa yang singkat, jadi dia terus memilih untuk menyerah kalah.

Loceng berbunyi dan peperiksaan terakhir telah berakhir.

Si Xia menoleh pada jiran di sebelahnya dan menyedari dia tidur dengan lena di atas kertas soalan yang kosong sepenuhnya.

'Melihat tingkah laku Ye Wan Wan di peringkat awal, dia ingat Ye Wan Wan mungkin ingin berubah. Sudah tentu, seperti satu pepatah, awak boleh ubah gunung dan sungai tapi bukan perangai seseorang!'

Selepas menyerahkan kertas jawapan, semua pelajar kelihatan kepenatan.

"Akhirnya, peperiksaan telah berakhir! Kita bebas!"

"Paling penting, pemuda idaman kita akhirnya akan kembali ke tempat asalnya! Si hodoh dan pelik, Ye Wan Wan, pula semakin hari semakin hodoh. Si Xia kelihatan sengsara kerana terkejut melihat Ye Wan Wan pagi tadi sehingga wajahnya pucat!"

"Bukankah awak mahu tempat duduk pertama dari belakang? Mari lihat jika awak boleh berpaut pada Si Xia kali ini!"

"Awak semua berfikir terlalu banyak, dia akan dibuang sekolah sebelum keputusan peperiksaan akan keluar! Sebelum ini, semua guru terlalu sibuk kerana peperiksaan jadi mereka tiada masa untuk melayan dua. Sekarang peperiksaan sudah berakhir, mereka pasti akan uruskan perkara ini."

"Sepatutnya mereka tendang dia keluar sebelum peperiksaan. Markah kelas kita pasti akan ditarik turun kerana dia lagi!"

...

avataravatar
Next chapter