6 Menjadi Diri Sendiri

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ye Wan Wan terlihat wajah Xu Yi yang terkejut.

Dia membuka mulut untuk bercakap tapi Xu Yi dengan pantas meletak satu jari di bibirnya untuk mendiamkan Ye Wan Wan. Dia kemudian menyatukan tapak tangannya dan merayu padanya sambil mengerakkan mulutnya:

"Tuan ke-9 tidak tidur selama 3 hari!"

Tidak tidur selama 3 hari?

Adakah ini kerana dia yang mahu melarikan diri?

Selama 2 tahun itu, dia tidak pernah berputus asa untuk melarikan diri. Kali ini dia begitu dekat dengan kebebasan -- hanya sedikit sahaja lagi dan dia boleh belayar ke luar negara…

Tapi dia harus membayar dengan harga yang tinggi.

Sebelum ini, walaupun Si Ye Han memaksa dia untuk tinggal di sisinya, dia tidak pernah menyentuhnya. Kali pertama yang dia lakukan ialah tiga hari sebelum ini.

Disebabkan ini, dia percaya penyamarannya telah berjaya selama ini.

Baru sahaja Xu Yi menghela nafas lega, bunyi gemuruh kuat yang datang dari telefon bimbitnya bergema di seluruh ruang tamu itu, mengganggu kesunyian malam.

Xu Yi yang terlalu takut dan nyaris menjadi gila, hampir membuang telefon itu ke tepi. Dengan cepat ia dimatikan.

Tapi sudah terlambat.

Syaitan itu telah bangkit. Dengan perlahan dia membuka matanya, yang tidak menunjukkan sebarang tanda kemanusiaan di dalamnya. Dia melihat tepat ke arah Xu Yi dan tubuh Xu Yi bertukar pucat.

Ye Wan Wan juga turut serta terkejut!

Si Ye Han akan menjadi panas baran setiap kali dia bangun. Jika dia diganggu semasa tidur, ia seperti mengundang malapetaka ke dalam dunia.

Cemas, Ye Wan Wan menghulur tangan dan menutup mata Si Ye Han dengan satu tangan. Kemudian merehatkan semula kepalanya di bahu Ye Wan Wan dengan tangan satu lagi, sambil membelai rambut lembutnya dengan jari, "Tak apa… Tidur semula…"

Satu saat berlalu…

Dua saat berlalu…

Tiga saat berlalu…

Si Ye Han tidak bergerak.

Sejenak kemudian, perlahan-lahan Ye Wan Wan menurunkan tangan dari mata Si Ye Han. Matanya terpejam rapat dan telah kembali lena dibuai mimpi.

Tubuh Xu Yi kembali normal setelah darah mula mengalir semula; dia hampir pengsan sebentar tadi. Dia melihat Ye Wan Wan penuh terima kasih.

Ye Wan Wan kekal dalam posisi itu untuk sepanjang malam.

Tidak pasti bila dia terlelap, apabila dia bangun, pagi sudah menjengah. Dia sedang berbaring di katil besar bilik utama, dengan tiada tanda Si Ye Han di dalam rumah.

Ye Wan Wan menggosok matanya dan duduk. Tangan yang menggosok matanya comot dengan celak mata, bulu mata palsu, dan glitter dari pembayang matanya.

Semua perempuan mahu nampak cantik dan semestinya tahu tidur dengan solekan pasti akan merosakkan kulit. Tapi selama 2 tahun, dia tidak berani menanggal solekannya walaupun sebelum tidur.

Sebaliknya, sekarang dia sudah tahu yang penyamaran itu tidak berkesan, dia berasa lebih bebas.

Dia akhirnya boleh menjadi dirinya semula…

Sejak dia berumur 18 tahun, usia di mana bunga sedang mekar bagi seorang perempuan, dia tidak pernah berjumpa sesiapa tanpa penyamaran. Dia hampir lupa bagaimana rupa sebenarnya tanpa solekan.

Pertama sekali, tentulah tatu besar, berdarah dan menakutkan di tubuhnya.

Nasib baik, dia takut pada kesakitan jadi dia tidak dengar nasihat Shen Meng Qi untuk tatu yang kekal -- tatu di tubuhnya boleh dicuci dengan sabun.

Merata-rata Ye Wan Wan mencari akhirnya dia jumpa sabun di dalam kotak yang diisi dengan pelbagai benda lain. Dia bawa pencuci, penanggal solekan, pad kapas dan satu pek pupur muka yang Si Ye Han beri sebelum ini ke dalam bilik air.

Mula-mula dia tanggalkan stad telinga yang begitu banyak dan subang emas yang berat, kemudian rantai anjing di lehernya. Seterusnya, dia menanggalkan solekan. Akhir sekali, dia menuang sabun ke dalam tub mandi dan merendam tubuhnya di dalam.

avataravatar
Next chapter