52 Kenapa Awak Tidak Ada Adab?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Ah? Nenda…" Ye Wan Wan terkesima sebentar.

Pada masa yang sama, dia teringat sesuatu yang telah berlaku sebelum dia dilahirkan semula.

Dalam keluarga Si, orang yang paling Si Ye Han rapat ialah neneknya. Nenek tua ini berada di kedudukan yang sangat tinggi dalam keluarga ini. Disebabkan kematian awal ayah Si Ye Han, dia menjaga dan paling menyayangi Si Ye Han. Jika Si Ye Han sukakan sesuatu, dia akan memberi sokongan tidak terhingga kepadanya.

Tapi dalam kehidupan sebelumnya, Ye Wan Wan telah menyinggung perasaan nenek tua ini dengan teruk.

Pada kehidupan sebelumnya, apabila nenek Si Ye Han mahu berjumpa dengannya, dia tidak boleh menahan diri dari berbincang dengan Shen Meng Qi.

Shen Meng Qi juga berusaha dengan gigih dan mengajar dia dengan teliti bagaimana membuat nenek tua itu membenci dia. Sudah tentu Ye Wan Wan mengikut ajaran Shen Meng Qi seperti lembu ditarik hidung.

Bukan sahaja dia bertemu dengan nenek tua ini dengan solekan mengarutnya, dia juga bersikap dingin dari awal hingga ke akhir pertemuan, tidak mahu mengungkap walau satu patah perkataan.

Nenek itu begitu menyayangi cucunya jadi walaupun Ye Wan Wan bertemu dengannya dengan penampilan yang teruk dan mempersembahkan dirinya tanpa tatasusila, nenek tua itu masih tidak kisah.

Tapi itu, hanya sehingga Ye Wan Wan mencucuk tempat sensitif nenek tua itu, iaitu Si Ye Han sendiri.

Semasa nenek tua itu masih di rumah lamanya, Shen Meng Qi tiba-tiba menghubungi Ye Wan Wan untuk mengatakan Gu Yue Ze telah terlibat dalam satu kemalangan kereta dan dalam keadaan kritikal.

Bagaimana Si Ye Han melepaskan dia pergi ke Gu Yue Ze?

Bagaimana mereka berdua bergaduh besar pastinya suatu perkara yang boleh dijangka. Ye Wan Wan telah menjerit dan menggigit Si Ye Han seperti orang gila dan menyumpahnya mati serta merta.

Mendengar dia menyumpah Si Ye Han supaya mati, nenek tua itu menjadi terlalu marah sehingga terus pengsan di tempat kejadian. Selepas itu, nenek tua itu terus membenci Ye Wan Wan.

Tapi dia berjaya mencapai matlamatnya – nenek tua itu kerap membebel pada Si Ye Han untuk meninggalkan dia.

Tapi walaupun dengan kata-kata nenek tua itu, Si Ye Han tetap tidak melepaskan dia pergi.

Akhirnya, nenek tua itu jatuh sakit dan meninggal tidak lama selepas itu. Walaupun sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, penyakit cucunya dan duri di sisi cucunya masih satu perkara yang dirisaukan…

Perkara ini telah membuatkan Ye Wan Wan berasa sangat teruk.

Walaupun dia membenci Si Ye Han, dia tahu nenek tua itu pada mulanya sangat ikhlas kepadanya. Dia tidak kisah walaupun Ye Wan Wan kurang ajar dan tidak kisah langsung latar belakang keluarganya…

Kesunyian yang panjang melalui dua ruang waktu itu dan nada suara Si Ye Han bertukar kecewa, "Lupakan saja."

Ye Wan Wan akhirnya kembali semula setelah jauh berlayar dalam memorinya, dan dengan cepat menjawab, "Nenda nak jumpa saya? Jadi kita mesti pergi! Saya cuma gementar – ini kali pertama saya akan berjumpa dengan nenek awak! Nenda awak macam mana? Dia ada hobi? Apa patut saya pakai nanti? Adakah saya perlu sediakan hadiah?"

Mendengar Ye Wan Wan bertanya soalan bertubi-tubi, lelaki dalam panggilan lama mendiamkan diri.

Ye Wan Wan bertukar bimbang. "Helo? Helo? Awak masih di sana?"

"Ya." Nada suara lelaki itu masih mendatar, "Awak.. Nak pergi?"

"Kenapa tidak? Awak masih tak jawab soalan-soalan saya!" balas Ye Wan Wan.

"Awak tak perlu sediakan apa-apa, hanya tunggu saya jemput awak nanti," kata Si Ye Han.

"Macam mana kita boleh buat begitu, ini kali pertama saya jumpa dengan Nenda awak dan pandangan pertama sangat penting - awak kurang adab!" Ye Wan Wan tidak berpuas hati. "Apa kata begini, awak ambil saya awal hari Sabtu nanti dan kita boleh pergi membeli-belah bersama!"

Sama ada dia rasa bersalah kerana kehidupan sebelumnya atau kerana nenek tua itu sahaja yang boleh mengawal Si Ye Han, dia memutuskan sangat penting untuk membina hubungan yang baik dengannya.

avataravatar
Next chapter