21 Kebolehannya Mengingati Segala-galanya

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Senyap seketika, kemudian Ye Wan Wan berkata bersahaja, "Jadi, bapak borek anaknya tentu rintik… Jadi saya boleh kata seperti guru, seperti itu juga anak muridnya? Kelas F adalah kelas paling teruk di sekolah ini. Apa perasaan awak tentang itu, Cik Liang?"

"Awak… budak tak ada adab!" Liang Li Hua begitu marah sehingga suaranya pecah.

Budak bodoh ini, dia berani hina cara saya mengajar!

Dengan keputusan kelas F yang paling teruk antara kelas lain, ia ialah punca kesakitan hatinya.

Semua pelajar di dalam kelas itu kehilangan kata-kata.

Celaka…

Ye Wan Wan sekarang sudah berani menjawab guru…

Adakah ini Ye Wan Wan sama yang tidak berani mengeluarkan bunyi apabila dia di herdik?

Liang Li Hua ketawa dingin. "Ye Wan Wan, awak ingat awak boleh melawan saya? Saya akan paksa awak keluar dari pintu pagar Sekolah Menengah Qing He!"

Ye Wan Wan ketawa perlahan dan memandang Liang Li Hua. "Apa yang hentikan awak, Cik Liang? Awak sungguh berpengaruh, sudah tentu awak boleh kawal pelajar macam saya."

Ye Wan Wan sengaja menekankan perkataan "Awak sungguh berpengaruh", dengan jelas memberi petunjuk hubungan sulit antara Liang Li Hua dengan pemimpin sekolah.

Seperti yang dijangka, riak wajah Liang Li Hua berubah.

Walaupun Ye Wan Wan tiada bukti, dan orang juga tidak akan percaya apa saja yang dia kata, jika dia hanya perlu sebarkan khabar angin, itu sudah cukup. Pasti akan ada orang siasat perkara ini -- lagi-lagi isteri kepada pemimpin sekolah itu seorang guru di sekolah ini.

Budak bodoh ini, berani dia ugut aku!

"Ring--"

Loceng rasmi berbunyi, menandakan bermulanya pelajaran dan sekaligus memecahkan suasana tegang.

Wajah Liang Li Hua bertukar gelap dan berkata dengan marah, "Hanya tinggal seminggu sehingga peperiksaan. Terima kasih kepada awak, pelajaran hari terganggu! Saya akan uruskan awak nanti!"

Lupakan, budak bodoh ini akan tinggalkan sekolah ini tak lama lagi. Tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan.

"Semua pelajar, sila pergi ke halaman 72 buku teks anda!"

Semua pelajar mengeluh kecewa, melihat drama ini telah berakhir.

Kelas tahun senior selalunya banyak menghabiskan masa dengan peperiksaan besar dan kecil yang banyak. Peperiksaan kali ini dianggap lebih penting dan tempat duduk akan disusun semula berdasarkan keputusan nanti.

Ye Wan Wan menyelak halaman demi halaman dalam buku teks itu dan menutup mata.

Dalam masa beberapa saat, kandungan buku teks itu telah tertera dalam ingatannya dengan jelas.

Beberapa orang sahaja yang tahu kebolehan dia untuk mengingat apa sahaja yang dibaca.

Sebaik sahaja dia membaca maklumat dalam buku teks itu, dia boleh menulis semula semuanya, tanpa perlu mengingat dengan begitu gigih.

Berapa bagus prestasinya bergantung sepenuhnya pada betapa dia mahu berjaya.

Malangnya, keputusan dan markah Ye Wan Wan dahulu sudah tidak bermakna -- hatinya tidak pernah fokus pada pelajaran.

Jika dia mahu keputusan dia dibuang sekolah ditarik semula, peperiksaan kali ini sangat penting padanya.

Walaupun masa seminggu itu agak singkat, ia sudah cukup baginya.

avataravatar
Next chapter