Tidak lama kemudian, kelas itu dipenuhi bisikan.

"Apa! Ye Wan Wan sudah gila? Berani dia menyinggung perasaan Si Xia!"

"Jelas sekali dia cuba ambil peluang untuk rapat dengan Si Xia! Nampaknya ia peluang yang baik!"

"Celaka! Dia tak tengok rupa dia macam mana?! Berani orang macam dia cuba berbaik dengan lelaki pujaan kita?"

Guru kelas perempuan itu sungguh marah sehingga wajahnya bertukar hitam. "Ye Wan Wan! Awak akan dibuang sekolah tak lama lagi, kenapa awak masih di sini membuat masalah?! Awak fikir kedudukan kelas sesuatu yang membanggakan? Bagaimana saya boleh seorang pelajar tak malu seperti awak?!"

Serta merta, semua pelajar perempuan di dalam kelas itu berasa gembira mendengar kata-kata guru itu.

"Haha, saya hampir terlupa yang Ye Wan Wan akan dibuang!"

"Jadi berita itu memang betul!"

"Baguslah! Mari lihat macam mana dia nak berlagak selepas ini."

Guru kelasnya pada mulanya mahu bertolak ansur dengan Ye Wan Wan sehingga notis pembuangan dikeluarkan secara rasmi, tapi dia tidak boleh bersabar lagi dan memarahinya di hadapan semua orang, "Pergi lihat diri awak depan cermin dan tengok betapa teruknya rupa awak, selalu berpakaian bukan seperti manusia mahupun hantu. Gred awak juga sama teruk, selalu berada di kedudukan terakhir dalam kelas -- reputasi kelas F telah dihancurkan oleh sampah seperti awak! Sampah macam awaklah yang telah menarik turun seluruh kelas dan awak masih tak menyesal selepas apa yang awak buat! Awak, keluar dari kelas ini, sekarang!"

Melihat Ye Wan Wan akan dihalau, semua pelajar perempuan tidak sabar melihat dia keluar.

Orang pelik yang hodoh ini mahu menguasai Tuanku!

Ini balasan awak!

"Keluar, keluar!"

"Cepat keluar!"

Berhadapan dengan ejakan dari semua pelajar, Ye Wan Wan kekal tanpa emosi dan melihat podium dengan mata dingin. "Keluar dari sekolah? Saya tertanya-tanya siapa yang berikan Cik Liang kuasa untuk menghalau saya keluar?"

Melihat Ye Wan Wan berani mempersoalkan kuasanya, wajah Liang bertukar buruk sekelip mata dan dengan tegas membalas, "Melalui keputusan sebulat suara pemimpin sekolah, awak telah dibuang!"

Mendengar kata-katanya, Ye Wan Wan skeptikal.

Oh, keputusan sebulat suara pemimpin sekolah? Walaupun dia telah melanggar beberapa peraturan sekolah, kesemuanya kesalahan kecil seperti mengenakan solekan, tidak memakai uniform seolah dan ponteng kelas. Mengikut peraturan sekolah, anda hanya akan dibuang sekiranya anda didakwa dengan 3 kesalahan besar.

Jadi, dia akan dibuang sekolah kerana Liang Li Hua telah memburukkan dia di hadapan pemimpin sekolah.

Sebenarnya, seorang guru tidak perlu menyusahkan hidup seorang pelajar. Namun, Ye Wan Wan menganggap dirinya "terlalu bertuah" kerana dengan tidak sengaja terserempak dengan Liang Li Hua semasa dia membuat hubungan sulit dengan seorang pemimpin sekolah yang telah berkahwin.

Jadi, Liang Li Huan akan cuba pelbagai cara untuk memastikan dirinya berjaya dibuang!

Perkara yang sama berlaku di kehidupan lamanya. Liang Li Hua telah menyusahkan kehidupan harian Ye Wan Wan, mengejek dia di hadapan kelas, oleh itu menyediakan hiburan kepada semua pelajar kelas itu.

"Kenapa awak termangu lagi, pergi sekarang!" herdik Liang Li Hua, menunjuk ke luar kelas dengan bersemangat.

Ye Wan Wan ketawa dingin. "Oh, tanpa notis pembuangan dan saya patut dibuang hanya berdasarkan kata-kata Cik Liang? Awak yang mengawal sekolah ini?"

Wajah Liang Li Hua berubah serta merta, menghentak penumbuknya di podium dan menjerit, "Ye Wan Wan! Kurang ajar! Begini cara awak bercakap dengan guru awak? Bagaimana ibu bapa awak besarkan awal?!"

Dengan wajah yang berkerut dan melihat Ye Wan Wan dengan penuh kebencian. "Tapi ini perkara tak pelik -- bapa borek anaknya tentu rintik! Dengan ayah yang gelapkan duit dan berhutang banyak, apa yang bagus boleh datang dari keluarga ini?"

Liang Li Hua mendedahkan urusan peribadi keluarganya dengan wajah meluat dan sindiran di hadapan semua pelajar.

Serta merta, bisikan mula kedengaran dengan wajah semua pelajar kelihatan jijik.

Ye Wan Wan berdiri dengan senyap membatu di tempat yang sama, tiada perasaan.

Hanya Si Xia yang paling dekat dengannya boleh melihat selepas kata-kata Liang Li Hua mengenai ayahnya, matanya yang kaku berkecai ibarat ais, mendedahkan kesejukan yang menakutkan.

Kening lelaki itu berkerut dan perasaan ragu mula kelihatan di matanya, adakah itu ilusi?

avataravatar
Next chapter