17 Berhenti Usik Saya Atau Awak Akan Menyesal!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sebentar kemudian, sarapan telah dihidangkan oleh orang gaji. Keempat-empat mereka duduk dan mula makan sarapan masing-masing.

Ye Wan Wa melihat Si Ye Han yang duduk di sebelahnya dan berpaling melihat Lin Que dan Xie Zhe Zhi yang duduk berhadapan.

Seperti di alam khayalan, dia sedang makan semeja dengan 3 orang besar.

Lagipun, 3 lelaki ini akan menjadi orang penting dan berpengaruh di masa depan.

Tak perlu mengulas lebih lanjut untuk Si Ye Han, dia akan mengambil alih seluruh keluarga Si.

Manakala Lin Que pula, dia mungkin nampak tidak berkuasa sekarang tapi realitinya, dia dilahirkan dalam keluarga bangsawan politik tentera. Datuknya ialah salah seorang pengasas utama, Lin Zheng Rong, Jeneral Lin. Lin Que 7 tahun akan datang juga akan menjadi sungguh berkuasa dan kejam dalam adegan politik.

Namun, memandangkan keluarga Ye dalam industri hiburan, Ye Wan Wan menumpukan lebih banyak perhatian kepada pelakon Xie Zhe Zhi.

Xie Zhe Zhi pasti terasa Ye Wan Wan mencuri pandang padanya. Dia menyengetkan kepala, mengelipkan mata menggoda seperti bunga pic berkembang dan bertanya, "Si Kecil Ye, awak nak autograf saya?"

Alamak! Sekali pandang sahaja dia sudah perasan!

Lelaki ini penggoda- tidak hairan jika dia telah mencuri hati semua gadis di negara Z.

Autograf?! Mestilah saya nak!

Xia Zhe Zhi akan menjadi pemenang anugerah Oscar di masa depan! Pelakon lelaki pertama yang memenangi anugerah Oscar di negara Z! Nilai autograf ini akan melambung tinggi jika saya berjaya dapatkan!

Walau sekarang, Xie Zhe Zhi juga telah menerima pelbagai anugerah besar dan lelaki paling popular dalam industri hiburan -- pelakon lelaki setiap gadis remaja gilakan.

Selain dari autograf, mana-mana pondok telefon yang memaparkan gambarnya akan menjadi kawasan tarikan di mana peminat perempuan akan berkerumun untuk mengambil gambar.

Tetapi melihat betapa cemburunya si gatal Si Ye Han itu, Ye Wan Wan akhirnya menggeleng kepala kepada dirinya sendiri.

Bagaimana saya berani menyimpan autograf dari lelaki lain? Tidak mungkin melainkan saya sudah penat hidup!

Melihat Ye Wan Wan dengan jelas mahukan autografnya tetapi dengan kecewa membatalkan hasratnya selepas melirik pada Ye Si Han, Xie Zhe Zhi ketawa, "Si Kecil Ye sangat comel."

Ye Wan Wan tergamam. "..."

Hentikan, tuhan Filem Xie! Berhenti usik saya atau saya akan jatuh hati pada awak! Awak tak nampak awan berbentuk cendawan sedang terbentuk di atas kepala kawan awak ini?

Lin Que memandang Xie Zhe Zhi dan dengan tidak bersetuju, "Xie ketiga, mana standard awak? Awak juga usik orang macam Ye Wan Wan…"

Jari jemari Xie Zhe Zhi dengan perlahan mengelus embun dari kelopak bunga ros di dalam pasu dan berkata lembut, "Semua perempuan dalam dunia ini bagaikan bunga; mereka patut dihargai dan disayangi."

Kata-kata Xie Zhe Zhi terus masuk hati Ye Wan Wan. Ye Wan Wan terus menjeling Lin Que dan membalas, "Dengar tak? Belajar sesuatu dari itu, anjing bujang!"

Lin Que terbakar, "Celaka! Siapa yang awak panggil anjing bujang? Awak itu anjing bujang!"

Ye Wan Wan menyenget kepala kepada Si Ye Han di sebelahnya, "Sayang, Lin junior panggil saya anjing bujang! Apa yang dia maksudkan, adakah dia mahu kita berpisah?"

Mendengar Ye Wan Wan memanggilnya "Sayang" bagaikan air manis mengalir ke dalam otaknya yang rosak, tapi apabila mendengar ayat terakhir Ye Wan Wan, dia merenung dingin pada Lin Que.

Hati Lin Que mengecut serta merta, "Abang ke-9, saya salah *sob sob sob*..."

Ye Wan Wan, awak penipu!

Xie Zhe Zhi memandang Si Ye Han dengan kepala disengetkan, yang sedang menumpu sepenuh perhatian pada wanita di sebelahnya dengan solekan tebal dan rambut palsu hijau, "Hey kawan, beberapa hari saya tak jumpa awak dan budak perempuan kecil awak ini seperti sudah berubah menjadi orang lain?"

Si Ye Han melihat Ye Wan Wan.

Berubah menjadi orang lain?

Perubahan dia, menjadi lebih bijak dan memutuskan untuk mengubah strategi dari melarikan diri dari saya.

Sambil memerhati mata Si Ye Han bertukar gelap, Xie Zhe Zhi mengangkat kening dengan senyuman nakal di wajah, "Tsk, jika awak tahu motif sebenar dia, kenapa awak masih bertolak ansur dengannya? Ini bukan macam awak!"

"Saya kenyang! Saya pergi sekolah dulu!"

Pada masa itu, Ye Wan Wan telah menghabiskan sarapannya, menggalas beg sekolah dan bagasi, dan melambai selamat tinggal kepada Si Ye Han.

Sebaik sahaja dia mahu beredar, dia berpaling semula dan melompat menuju kepada Si Ye Han. Sambil menggalas beg sekolahnya, dia memeluk leher Si Ye Han dan mencium bibirnya, "Jangan lupa rindu saya!"

Selepas mengucapkan kata-kata itu, dia meninggalkan 3 lelaki yang terbungkam dan melompat pergi dengan gembira.

Selepas beberapa ketika, Si Ye Han duduk dengan malas di kerusinya dan melihat kawan-kawannya dengan bersahaja, "Kerana saya dapat tahu, saya sebenarnya… lebih suka tembikai manis."

avataravatar
Next chapter