18 Belajar Bersungguh-sungguh

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sekolah Menengah Qing He.

Sebuah sekolah berprestij tinggi yang terkenal dengan standard pelajaran paling baik dan mempunyai pendaftaran paling tinggi di Bandar Empayar.

Ye Wan Wan telah belajar di luar negara dan kembali di umur 16 tahun. Dia tidak mengambil ujian kemasukan dan secara teknikal tidak boleh masuk ke Qing He.

Dia hanya boleh masuk hanya kerana ayahnya pemangku pengerusi di Yi Holdings pada masa itu, membenarkan dia masuk melalui pintu belakang.

Dia sudah berada di sekolah menengah ini selama 4 tahun, dari usia 16 hingga ke usia 20 tahun, namun dia masih belum lulus.

Hal ini kerana, dia tidak menunjukkan sebarang prestasi yang baik kerana telah jatuh cinta. Hati remajanya berada pada Gu Yue Ze, orang yang tinggi dan tampan. Dia telah menghabiskan masa seharian berfikir bagaimana untuk menggembirakan hati Gu Yue Ze, menulis beratus surat cinta dan melipat seribu kertas burung.

Selepas semua itu, sudah tentu prestasinya merana kerana budak lelaki itu.

Cahaya pagi bersinar terang pada rambut palsu hijaunya. Ye Wan Wan berdiri di hadapan pagar Sekolah Menengah Qing He dan melihat empat perkataan besar "Sekolah Menengah Qing He" di hadapan. Dia berjanji dengan dirinya sendiri di dalam hati--

Apa sahaja yang jadi, kali ini tiada siapa akan menghalang saya dari belajar bersungguh-sungguh!

Dia masuk ke kawasan sekolah yang biasa dilihat tapi kurang dikenali itu, dengan dua laluan yang dibarisi pokok-pokok tua besar bersama udara yang dipenuhi bau rumput segar. Di hadapan, barisan bangunan vintaj berjubin merah, dengan pembesar suara memainkan muzik merdu dan sekumpulan pelajar begitu asyik berbual sambil menggalas beg sekolah menuju ke kelas masing-masing...

Selepas begitu banyak hari selepas dilahirkan semula, ini kali pertama Ye Wan Wan betul-betul rasa hidup semula.

Melihat langit biru di atasnya, dia terasa seperti mahu menangis.

Dia sedikit pun tidak kisah pandangan pelik dan bisikan disekelilingnya.

Berbanding dengan apa yang dia lalui di kehidupan lamanya, gosip sekolah tidak akan menjejaskan dia walau sedikit.

"Whoa! Siapa itu! Dia buat saya terkejut sehingga nyaris terlanggar pokok!" seorang budak lelaki sedang mengelak satu pokok besar dengan wajah terkejut.

Seorang perempuan di sisinya membalas dengan suara nyaring, "Awak tak kenal dia? Dialah Ye Wan Wan dari kelas F!"

"Alamak! DIA memang Ye Wan Wan? Melihat dia sendiri seratus kali lebih baik dari mendengar dari orang lain."

Seorang perempuan lain berkata dengan jijik, "Tidak kisah dengan solekan tebal dan pakaian peliknya, tapi gred dia juga teruk seperti dirinya. Sudah 4 tahun dan dia masih tidak lulus. Saya dengar dia kehidupan peribadinya juga tidak senonoh, selalu ponteng sekolah untuk bermain. Kenapa orang seperti ini tidak dibuang sekolah lagi? Dia memalukan Sekolah Menengah Qing He!"

Salah seorang pelajar menyampuk, "Mungkin mereka tidak boleh buang! Nampaknya, dia datang dari keluarga kaya. Bukankah dia telah masuk melalui pintu belakang?"

Perempuan itu mencemuh, "Tolonglah! Shen Meng Qi beritahu yang ayah Ye Wan Wan menggelapkan duit dan telah dipecat. Dia juga berhutang banyak dengan lintah darat!

Nampaknya dia tidak akan tinggal lama di sini. Saya dengar sekolah memutuskan untuk memujuk dia berhenti. Lagipun, pemimpin pengurusan teratas akan datang untuk membuat pemantauan dan jika dia tahu ada pelajar seperti ini di sekolah ini, reputasi bagus sekolah kita akan musnah!"

Beberapa penonton di sekeliling berasa gembira semula. "Akhirnya kita tidak perlu satu sekolah dengan perempuan macam itu!"

...

avataravatar
Next chapter