webnovel

Apa yang Awak Suka?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Mata Si Ye Han begitu dingin apabila dia melihat gadis itu dan berkata, "Mari sini."

Ye Wan Wan terus menerpa kepada Si Ye Han seperti meriam kecil sebaik sahaja mendengar pelawaan lelaki itu.

Badan Si Ye Han tertolak ke belakang sedikit kerana impak itu dan dua butang bajunya terbuka.

Pandangan Si Ye Han bertembung dengan mata bersinar gadis itu dan dia merangkul lembut pinggangnya. Nada suaranya kedengaran begitu lembut. "Mari berbual."

Ye Wan Wan mengerutkan keningnya. "Awak cakap kita akan tidur lepas saya minum ni…"

"Ya, saya ada cakap macam tu. Tapi biar saya tanya awak satu soalan dulu." Suara Si Ye Han begitu memukau ketika itu.

Muslihat itu jelas sekali sangat berkesan. Ye Wan Wan mengangguk dengan patuh. "Okey…"

Si Ye Han menatap wajah gadis itu dan bertanya perlahan, "Awak suka saya atau awak suka muka saya?"

"Muka awak," jawab Ye Wan Wan tanpa teragak-agak.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter