1 Misi Menghantar Pesanan

Aliya berusia 24 tahun dan bekerja di sebuah cafe yang berdekatan dengan kawasan sekolah. "Siapalah tak tahu kan perangai orang perempuan ini suka marah orang sesuka hati dia je!! "

"kerja yang orang buat tu betul tapi dia suka cakap salah apa benda dia ini yang kuban-kuban je HAHAHA".

Tetapi Aliya ini dia seorang peramah pantang nampak lelaki kacak masuk cafe langsung bagi pick up line. Pick up line yang Aliya bagi semua sama je "awak² awak tau tak beza saya dengan kunci" tu je dia pandai bagi, "patut lah selalu kena reject HAHAHA", "hai ape ke benda dia ni nak kerja ke nak mengular".

Pada keesokan hari, Aliya di minta untuk menghantar air yang telah di pesan oleh guru di Sekolah Menegah Orang Kayangan pada pukul 7.30 pagi. Aliya pun tidak ada sebarang bantahan dia lalu membawa pesanan untuk di hantar itu langsung ke sekolah tersebut. Apabil nak sampai pagar sekolah dia teringat dia sudah terlupa membawa sesuatu, iaitu telefon bimbit ialahlah kan sekarang ini kan perlu mematuhi S.O.P mesti scan dulu baru boleh masuk sebab Aliya kan bukan budak sekolah dia orang luar. Jadi dia lalu meminta pak guard untuk hantar ke bilik guru tetapi pak guard tu "sombong pulak" !! Pak guard pun kata "tu bukan tugas aku pun, kau yang lupa bawak phone kau patah balik lah ambil phone kau" dengan nada yang sombong. Aliya pun apa lagi panas lah!!! Kau sudah bikin gua panas arrr!!! Tetapi Aliya mempunyai akal guyss!!! Dia panggil budak lelaki yang baru sampai sekolah, "adik!! sini kejap '' tapi orang yang dia panggil tu buat tak dengar lah pula dah!! Apa lagi Aliya pergi kat lelaki tu," oi pekak ke aku panggil kau saja kau buat tak dengarkan" dalam keadaan marah. Tapi lelaki tu diam je, sepatah kata pun tak cakap muka selamber je, walaupun pakai mask Aliya boleh tahu riak wajah budak itu, lelaki itu pun terus mengambil pesanan yang di bawa oleh Aliya dan langsung menghantar ke bilik guru tanpa mengeluarkan sepatah kata pun.

Aliya pun balik, dalam perjalanan balik dia berasa pelik, "asal eh aku marah budak tu, kenapa budak tu tak marah balik kat aku" dia pun berasa bersalah sebab mengarah budak itu dan marah budak itu tanpa sebab. " kan betul apa yang aku cakap orang perempuan ini suka cari gaduh dekat lelaki". Sampai saja Aliya di cafe, dia terus buat kerja seperti biasa mengelap meja, lap cawan, sapu lantai dan lap cermin. "orang perempuan kalau buat kerja tak pernah tak menyanyi, tak sah kalau tak nyanyi dah lah perasaan suara merdu tetapi suara sebenar sumbang" HAHAHA.

Pada waktu tengah hari, semua pelajar dari sekolah yang Aliya pergi, pun balik dari sekolah. Ada beberapa pelajar suka lepak di Cafe dimana Aliya bekerja. Aliya pun nampak seorang lelaki dia rasa macam kena tetapi dimana iya?

Nantikan bab yang seterusnya guys, siapakah lelaki yang macam dia kenal itu? Siapakah nama lelaki itu? Apakah status lelaki itu? Apakah lelaki itu cinta padang pertama Aliya? Sama-sama kita nanti kan di bab seterusnya...

avataravatar