1 Bab 1

Bismillah..

Aku keluar dari sebuah teksi yang menghantarkan aku tepat di hadapan rumah mama papaku. Hari ini aku baru pulang dari Perth, Australia setelah lima tahun belajar di sana.

Persoalannya sekarang, tak ada sesiapa pun jemput aku kat airport. And dengan paksarela nya aku pun balik naik teksi.

Then rumah aku ni? Kenapa banyak kasut-kasut manusia di hadapan pintu? Mama papa buat kenduri ke? Kenduri apa?

Kenduri untuk meraikan dan menyambut kepulangan aku? Takda pulak nampak bangsal dibina.

Lebih baik pergi cek sendiri.

Bagasi aku letakkan di luar. Apa yang membuat jantung aku tiba-tiba berdegup kencang, terdapat dua sosok tubuh manusia yang berselimut penuh sedang terbaring kaku di ruang tamu. Sambil yang lain membacakan yaasin.

Ya Allah, siapa mereka?

Baru saja selangkah masuk, muncul abang Kamil lalu terus menarik kasar lenganku dan dibawa ke luar jalan.

"Abang sakit." rintihku.

"Sakit apa? Hati aku lagi sakitlah!"

Serious aku sangat takut sekarang. Apalagi bila tengok abang Kamil macam membuak-buak marah dengan aku.

"Abang apa jadi? Adik baru pulang kan? Please explain dulu. Mayat siapa tu tadi?"

"Tu mayat mama papa. Puas hati kau?"

Serta-merta jantungku terasa bagai diraup kasar.

"Jangan main-main la abang Kam,"

"Siapa main-main?"

Bahu aku ditolak kasar. Lantas berguguran air mataku.

Mimpi buruk apa ini Allah?

"Adik nak pergi tengok mama papa.."

"Tak payah!" Ditolaknya badan aku yang sudah lemah sehingga aku terjatuh tidak berdaya.

"Dah puas kau habiskan duit mama papa belajar jauh-jauh macam tu ha? Kau balik ni bawa apa? Bawa sial! Kau tengok lah, mereka dah meninggal sebab kau!"

Kenapa aku disalahkan?

"Tolong jangan buat adik macam ni." rayuku dengan banjiran air mata.

"Kau berambus! Jangan bawa satu harta benda pun! Kau bukan anak mama papa lagi!"

Ya. Sememangnya aku hanyalah anak angkat di dalam keluargaku ini.

Tapi patutkah aku dilayan sebegini rupa?

Datang seorang lagi abang angkat aku iaitu anak sulung mama papa, Nizam. Dia cuba menghentikan abang Kamil.

"Aku dah lama nak halau perempuan ni bang. Aku tak nak ada kena-mengena dengan dia lagi. Kalau kau jejak rumah ni lagi, mati kau!" setelah itu abang Kamil terus masuk ke dalam rumah.

Tinggallah abang Nizam dan aku di situ.

Sejak aku diambil sebagai anak angkat dalam keluarga mereka, abang Kamil memang tidak suka akan kewujudanku. Aku dilabel sebagai "perampas" olehnya.

Tetapi tidak abang Nizam, dia menerima aku dalam keluarganya dengan hati terbuka. Dan aku hanya rapat dengan abang Nizam sehingga aku dewasa.

"Apa tunggu lagi? Pergi dari sini."

Kali ini aku terasa seperti menerima satu tikaman daripada abang Nizam. Tak sangka, ayat itu keluar dari mulutnya.

"Abang Zam, adik tak salah. Jangan hukum adik macam ni." Wajahku sudah dipenuhi air mata.

"Mama papa dah pergi Fira. So, sampai sini saja kami jaga kau. Kau pergilah."

"Fira nak pergi mana? Fira tak ada sesiapa lagi. Abang tak sayang Fira ke?"

Kasihanilah aku.

Tanpa menjawab, Nizam terus meninggalkan aku yang sedang merintih.

Kejamnya.

"Abang.." aku hendak mengejar tetapi terjatuh akibat kakiku yang terasa tiada daya lagi. Semangat aku juga hilang entah terbang melayang ke mana.

Ya Allah lemahnya aku.

Tidak lama kemudian, muncul sebuah kereta BMW kelabu tepat di tepi aku. Pemandunya terus keluar.

Ya Allah. Insan yang sangat aku perlukan sekarang tiba tepat pada waktunya.

Aqram Mukris, si encik tunang terus mendapatkan aku.

"Fira." Dia membantu aku untuk bangun semula.

"What's wrong?" soalnya prihatin. Sudah tentulah dia hairan dengan situasi aku sekarang. Tersadai di tepi jalan.

Aku masih menahan esakan tangis.

"Nizam and Kamil did this to you?"

Tidak tahu apa nak dijawab, aku terus membisu.

"Ya Allah Fira."

Kami menoleh. Puan Mastura, bakal ibu mertuaku yang baru keluar dari rumah mama papa, sedang menapak ke arah kami.

Sesampainya di situ, wajah aku lalu diraup. "Ya Allah Fira. Kenapa dibuat nya Fira macam ni?"

Aku semakin sebak mendengar kata-katanya.

"Mummy, Fira nak jumpa mama papa." rintihku lagi. Berilah kesempatan untuk aku menatap wajah mereka buat kali terakhir.

"Tak payah Fira. Nanti Nizam dan Kamil semakin menjadi." celah Aqram. Semestinya sudah dapat meneka bahawa mereka lah yang memperlakukan aku begini.

"Betul sayang. Fira ikut Am ye. Biar mummy yang bantu uruskan pengebumian mama papa Fira."

Tak nak. Aku tak nak. Aku nak kucup dahi mama papa aku buat kali terakhir.

"Jom Fira ikut I. Kalau you berkeras, macam-macam mereka akan buat kat you."

Aqram betul. Abang Kamil pun dan marah melampau dengan aku.

"Sabar ye sayang. Mummy yakin Fira kuat."

Ya Allah, mummy. Lantas mummy memelukku erat serta mengelus perlahan rambutku.

Aku terus menahan rasa sebak di dada. Perih. Aku dah di hadapan rumah mama papa dan dah melihat mayat mereka pula. Tapi aku tak bisa berada lebih dekat dengan mereka.

Hukuman apa ini?

"Fira ikut Am ye?" mummy terus memujuk.

Kepala aku angguk bersama jernihan air keluar dari kelopak mata.

Sedih yang teramat menguasai diri.

đŸ„€đŸ„€đŸ„€

"Fira, makanlah sikit." Aqram terus memujuk.

Nasi goreng tomyam yang dipesan, aku pandang kosong. Sememangnya ia adalah makanan kegemaranku, tapi sekarang aku betul-betul hilang selera makan.

Lihat aku masih menundukkan wajah dan membisu, Aqram bersuara lagi. "Don't hurt yourself like this dear. I don't like. Please."

Mata sembabku lalu memandangnya. Agak kasihan melihat si dia yang tak henti-henti memujuk aku sejak tadi.

"Serious Am, I tak ada selera." aku cuba membuka mulut.

"Tak kesian dekat I ke? You know right I hate your sadness."

Allahu. Aku sangat tersentuh.

"Yes. Kehilangan itu sakit Fira. But nothing will stay with us forever."

Air mata seakan mahu bertakung lagi. Mama. Papa. Di saat yang lain sibuk menguruskan pengebumian mereka di sana, aku di sini tidak dapat ikut serta.

Pilunya.

"Bila semuanya dah selesai, I janji akan bawa you pergi kubur mama papa you nanti. Tapi sekarang you isi perut dulu. Okey?"

Aku diam. Rasa pedih di hati. Bukannya aku tak redha tapi siapa je tak sedih kalau tak boleh tatap wajah orang tua kita buat kali terakhir?

"Fira.. ke you nak I suap?" nada lembut Aqram menyapa telinga lagi. Aku sedikit senang kerana masa susah begini masih ada orang tersayang yang menemani.

Terbit senyuman kecil di bibirku. "No, okay."

Aqram pun tersengih.

"Kalau macam tu makan cepat. Pasal Nizam and Kamil, I akan settle dengan mereka."

Ya. Mereka berdua tu. Yang tanpa perikemanusiaan buang aku macam tu je.

"I takkan diam tengok mereka halau you sesuka hati Fira. But don't worry okay? Let me handle that."

Aku sekadar mengangguk. Baru je nak mencapai sudu di atas pinggan, muncul suara seorang perempuan menyeru nama Aqram. Lalu kami sama-sama menoleh.

Memang ada seorang perempuan berdiri tidak jauh dari kami.

Yang hairannya, aku perasan riak wajah Aqram berubah. Seolah tidak suka dengan kehadiran insan itu.

Seketika kemudian, perempuan tersebut menghampiri meja kami.

🎈

avataravatar