webnovel

PERMULAAN KISAH

Aku belajar di kelas 4 Fantastik. Ini adalah kelas yang paling cemerlang antara kesemuanya. Nak tahu macam mana aku boleh kenal dengan lelaki ini dan suka kepada dia.

Nama dia Dan Fulon. Dia belajar di kelas sebelah iaitu kelas 4 Artistik. Nama kelas pun artistik sudah semestinya dia sangat popular dan digilai. Ya aku mengaku dia sangat kacak dan dia juga antara pelajar lelaki yang boleh dikatakan HOT.

Aku kenal rapat dengan dia masa kelas kami ada pembentangan dengan kelas mereka.

Dan bertuahnya aku dan kawan rapat aku Shin Duoren dipilih untuk membentang tentang bab 3 dalam biologi kepada kelas mereka. Dan untuk makluman kelas mereka sangat lemah dalam biologi. Jadi kami sebagai top student haruslah membantu betul tak?

Semasa dalam perjalanan ke kelas mereka aku nampak Dan Fulon pergi ke tandas. Sudah menjadi lumrah hidup orang yang popular akan ke tandas untuk menayang diri mereka kepada junior yang lalu lintas. Aku paling benci orang berlagak diri dia tu kacak dan popular. Tetapi pelikkan orang yang aku suka itulah perwatakannya