7 Bab 7: perjelasan sebenarnya

izara dan farisha lisa kebingungan apa yang cikgu mahu sampaikan. Cikgu zain memandang mereka seperti berikan perjelasan secepatnya boleh.

"Cikgu.. cikgu kan tahu saya macam mana? saya tak pernah buat perangai dekat sekolah" terang izara selepas apa yang cikgu zain seperti mahu mempercayai berita fitnah mereka berdua.

"Ouh disebabkan tak pernah buat salah jadi bolehlah buat hubungan songsang!? macam tu?" begitu tegas Cikgu zain terhadap mereka berdua.

izara hampir mahu menangis kerana cikgu zain tidak mempercayainya.

"cikgu! sebenarnya saya dengan izara bukan nak 'berkiss kissing' sebenarnya kami bermain siapa yang berkelip mata dia kalah. Jadi dia cuba tiup mata saya tapi tak tahu pula ada orang ambil gambar kitorang, mungkin sebab itu ada orang salah anggap" beritahu Farisha lisa dengan panjang lebar supaya cikgunya faham keadaan yang sebenar tapi 'tipulah sikit cerita dia' hehehe.

"Jadi awak rasa saya akan percayalah? awak dengar yaa walaupun awak cerita sebenarnya dekat saya tapi tak bermakna awak boleh bersihkan nama sekolah ni balik!" begitu tegas sekali Cikgu zain kepada mereka berdua.

Izara seakan membisu kerana menahan sebak manakala farisha lisa memandang wajah izara yang dari tadi menunduk. 'mungkin sedih agaknya'

"Cikgu boleh saya tahu siapa yang hantar gambar tu?" tanya Farisha lisa. Sebaiknya baik dia mengetahui siapa dan apa tujuannya ambik gambar tersebut.

"Penghantarnya saya tidak tahu tapi awak berdua perlu panggil ibu bapa awak masing-masing faham!" cikgu zain sudah tidak faham kenapa ada permainan sebegitu yang pasti dia perlu berjumpa keluarga izara dan Farisha lisa untuk keputusan terbaik buat mereka berdua.

Berfikiran bercelaru buatkan Izara sedih, malu dan marah sehingga tidak sangup mengangkat mukanya. Malu pada semua orang, malu kepada ahli keluarga, malu pada rakan-rakan. walaupun dia tidak melakukannya tapi gambar ini menunjukkan perkara hal itu benar.

Farisha lisa merenung gambar tersebut di depannya rasa sakit hati pula siapa yang memfitnah mereka. Kalaulah dia dapat tahu dia pasti mengheret kepermukaan pengadilan. Farisha lisa memandang izara seperti menahan air mata. Tiba sebak di hati nasib mereka berdua. Kuatkan hati kami

"Cikgu saya minta diri dulu" pinta Farisha lisa. Farisha lisa memujuk izara supaya mengikutnya pulang ke kelas, izara mengganguk tanda memberi kebenaran untuk beredar. Sebelum mereka berdua pergi Cikgu zain berkata pada mereka.

"Awak berdua jangan lupa panggil ibu bapa, banyak hal saya nak cakap tentang lanjutan hukuman awak berdua.

izara dan Farisha lisa mengganguk lalu beredar.

' bergurau biarlah berpada-pada' itulah perpatah berkata.

avataravatar
Next chapter