2 Bab 2: tengah jemur baju

Senyuman sinis dileparkan setelah Farisha lisa dan izara ke kantin. Serta merta dia menuju ke beg Farisha lisa lalu membuka zip beg dan meletak sesuatu ke dalam iaitu satu sampul surat.

.....

Selepas pulang dari sekolah Farisha lisa terus meletak begnya di tepi katil lalu berbaring untuk lepaskan lelahnya. Baru ingin melelapkan mata Farisha lisa tersedar kembali apabila tahu ibunya sedang memanggilnya.

"risha... aishh budak ni ehh risha bangun" Puan rossa mengerakkan anaknya yang hampiri dibuai mimpi. Farisha lisa sengaja tidak sedarkan diri walaupun ketika itu badannya bergoyang ke kiri ke kanan. "kalu yee pom pergilah bersihkan badan dulu, ni tak terus tidur.. dengan pakaiannya sekolah tak salin" bebel puan rossa "hah! ni stoking pom tak... aishh kamu ni, ehh risha! bangun" sambungnya lagi.

"yee oma risha bangunlah ni.. ta..pi.. oma kene angkat risha dulu.. boleh?" rungut Farisha lisa sambil peluk ibunya. Puan rossa sudah masak dengan perangai anaknya yang sangat selalu manja dengannya.

Seusai mandi dan bersiap diri Farisha lisa menuju kedapur untuk menjenguk ibunya yang kusyuk memasak. "Hah! oma buat ape tu!" sengaja Farisha lisa menanya soalan cepus emas hihihi.

"Ouh Mak Kau!" terkejut Puan Rossa sambil sodek ke awan awangan "ishh budak ni terkejut oma" gelak sakan Farisha lisa tengok ibunya melatah.

"Tak adalah ni oma tengah jemur kain, kenapa nak join jugak ke?" sengaja Puan Rossa menjawab berloyar buruk kepada anaknya.

"boleh jugak" jawap Farisha lisa

ketawa mereka berdua di dapur

"hmmm oma mana adik dengan abang afiq ni?" tanya Farisha lisa berserta saki baki ketawanya.

"adik kamu ade kelas petang, abang kamu pula macam biasalah pergi bermain futsal dengan kawan dia" beritahu puan rossa, Farisha lisa mengangguk kepalanya tanda mengerti.

'hmmm kalau ayah macam biasalah pulang lewat kerja ikut shif'

*gelaran manja Farisha lisa oleh ibunya ialah risha*

avataravatar
Next chapter