33 Bab 33 : Not The End

Mentari senja semakin tenggelam di ufuk barat, keadaan tepi pantai yang tenang dengan kicauan burung-burung yang balik ke sarang masing-masing membuatkan jiwa Orange semakin tenang. Ditambah lagi dengan hembusan bayu petang yang sepoi-sepoi bahasa. Dia memejamkan matanya seketika, membayangkan wajah Selina, senyuman manisnya, derai tawanya dan juga gurau sendanya. Dia rindu dengan adiknya itu. Dia tidak mampu untuk membohongi perasaannya saat itu. Kalau boleh dia mahu mengulang semula semua kenangan lama bersama dengannya. Menghargai tiap masa yang mereka kongsi bersama-sama. Tanpa dia sedari air matanya menitis membasahi pipinya. Rindu yang dia rasai tidak berpenghujung dan juga rindu yang paling menyakitkan.

"Selina, i miss you so much. Tiada saat yang berlalu pergi tanpa merindukan kamu. Sampai hati awak tinggalkan saya seorang diri."

"Here you are. Puas saya cari awak...rupanya awak kat sini."

Noah menegurnya seraya duduk di sebelah gadis tersebut. Cepat-cepat Orange mengesat sisa air matanya, dengan harapan lelaki itu tidak melihatnya menangis.

"Awak menangis lagi ke tue?"

Selamba Noah bertanya, Orange pula pantas menggelengkan kepalanya tidak mahu mengaku. Walaupun dia tahu yang matanya sudah kemerahan. Anggap sajalah pedih dimasuki pasir.

"Saya faham awak rindukan Selina, i miss her too. Walaupun saya tidak sempat untuk mengenali dia dengan lebih rapat lagi tapi waktu yang sekejap itu meninggalkan kesan yang cukup besar kepada saya. I remember how protective she is to you." Bibir Noah mengulum senyum, memikirkan kembali gelagat Selina menasihatinya agar menghantar kakaknya balik sebelum jam10.00pm. Kemudian isyarat matanya untuk membuatkan Noah takut kepadanya. Dia tertunduk, hampir menitis air matanya.

"Thank you, Noah. Sebab mengingati Selina."

Orange menyandarkan kepalanya di lengan Noah. Tenang. Semoga awak tenang di hujung sana adik ku sayang. Kakak mu merindukan mu selalu.

Noah membiarkannya, kemudian bersama-sama mereka menikmati keindahan matahari terbenam, mengagumi alam ciptaan Tuhan.

"Noah..."

Orange berbisik perlahan, dia tidak tahu sama ada lelaki itu mendengarnya atau tidak.

"Emm..."

Senyuman terukir di wajah Orange, dia dengar.

"Saya mahu menjadi cinderella kamu." Ucapnya lembut. Cinderella yang sentiasa bersama-sama dengannya untuk selamanya. Cinderella yang akan sentiasa menurut arahannya.

Perlahan Noah memeluk bahu gadis tersebut kemudian mengucup mesra dahinya. Dia bahagia bersama dengan Orange.

"Saya berjanji akan sentiasa berada di sisi awak, Orange. Melindungi awak dalam apa pun keadaan sebab saya ialah putera kepunyaanmu seorang."

Kemudian mereka tersenyum saling berpandangan. Hubungan yang dulunya berlandaskan kepada gurauan dan persengketaan kini menjadi lebih bermakna. Mereka tidak menjanjikan hubungan tanpa pertelingkahan atau hubungan yang sempurna tapi mereka menjanjikan kasih antara satu sama lain untuk saling melengkapi. Melengkapi kekurangan masing-masing dan menjadi cermin sesama sendiri.

"Dear, diary...thank you."

Orange berbisik di dalam hati kerana diarinya dia mengenali Noah dan kerana diarinya dia berjaya mengubah dirinya dan kerana diarinya juga dia menemui putera hatinya.

"On monday awak jemput saya di rumah, okay."

Orange mengerutkan dahinya.

"Why? Its your turn lah untuk jemput saya." Dia merengek.

"Anggap sajalah sebagai balasan sebab belikan awak rantai baru." Ujar Noah selamba kemudian bangun dari duduknya dan berlari anak meninggalkan Orange.

"Hei, tak adillah! Asyik-asyik sebagai balasan, asyik-asyik sebagai balasan. Banyak sungguh alasannya...ini memang nak kena nie!"

Orange menyusul di belakang Noah, mengejar untuk mencubitnya.

"No, jangan nak cubit-cubit! Sakitlah!" Dia menjerit sambil langkah kakinya juga semakin pantas di hadapan.

"Slow downnnnn..." Giliran Orange pula menjerit geram apabila tidak mampu untuk menyaingi lelaki tersebut. Langit senja menjadi saksi kepada pasangan kekasih tersebut, menganyam kasih di tepi pantai. Melupakan kisah lalu untuk sejenak demi masa depan yang lebih cerah.

********

Kini, Caleb masih berada di penjara menanti hukuman gantungnya dijalankan, menyesali semua yang berlaku. Jika sahaja dia tidak meragut nyawa Leon dahulu, pasti saat ini dia bukan berada di dalam ruang gelap dan keseorangan itu. Dia telah mendapat balasan yang setimpal dengan kesalahannya. Ibu bapanya berusaha untuk mencari peguam terbaik untuknya tapi sia-sia. Kini, dia redha dengan semua yang bakal berlaku. Maafkan saya Leon. Maafkan saya Selina. Maafkan saya Noah. Maafkan saya Orange. Percayalah, saya pernah mencintaimu.

********

Elisya meneruskan pengajiannya dia London dan mengambil keputusan untuk menetap di sana sehingga pengajiannya tamat. Cuti semester yang memberikannya banyak pengajaran. Tidak perlu memaksa diri untuk seseorang yang tidak ditakdirkan menjadi miliknya. Dunia ini luas untuk diterokai, peghuninya juga ramai, sudah pasti ada seseorang dalam kalangan ramai-ramai itu adalah pasangannya.

********

Corina masih setia bersama teman lelakinya, Hans. Walaupun mereka sering bertengkar kerana hal-hal yang kecil tetapi itu tidak menjadi masalah bagi mereka. Hubungan mereka semakin erat. Hans dan Noah juga sudah berdamai, mereka tahu kisah lalu itu berlaku kerana mereka masih belum matang. Perkara biasa dalam proses mematangkan diri sendiri.

********

~~~~~~~~ The end ~~~~~~~~

avataravatar