webnovel

Bab 31 : Is It You?

Sudah seminggu lebih berlalu, siasatan tentang kes misteri kematian Selina masih  giat dijalankan. Belum ada jawapan yang pasti untuk setiap persoalan yang timbul. Who? And why?

Telefon Orange berdering di tepi katilnya, dia yang masih lena diulit mimpi terjaga dari tidur. Dia merenung siling biliknya seketika, kemudian barulah dengan malas-malas dia mencapai telefon bimbitnya itu.

Nombor yang tertera tidak dia kenali kerana tidak mempunyai nama pemanggil. Unkown caller. Orange ragu-ragu mahu mengangkatnya kerana malas mahu bercakap dengan orang yang tidak dikenali tetapi setelah berfikir sejenak akhirnya dia menekan butang sambut.

"Hello...Orange?"

Suara perempuan tetapi Orange tidak dapat mengecam empunya suara itu.

"Iya, saya. Who is this?"

Diam. Hanya hembusan nafas sahaja yang kedengaran.

"Elisya...this is Elisya."

Elisya? Orange memandang ke arah jam dindingnya, jam6.00 pagi. Apa mimpi perempuan tersebut menelefonnya awal pagi di hujung minggu. Takkan salah nombor nak call Noah tapi tercall nombornya? Mustahil, sebab namanya disebut sewaktu awal-awal tadi dan bukan Noah.

"Hello, Orange..."

Orange tersentak dari lamunannya.

"Iya, saya...kenapa call saya tiba-tiba?" Soalan yang agak rude tetapi dia tidak mempunyai pilihan yang lain. Perasaan ingin tahunya tiba-tiba membuak-buak. Lagi satu, bagaimana Elisya tahu nombor telefonnya?

"I need to see you, ASAP."

Orange menggaru kepalanya yang tidak gatal, but why?

"Please..."

Suara Elisya seakan merayu.

"Okay, but i will bring Noah with me."

"No! Saya mahu berjumpa dengan kamu seorang diri. Please, jangan bawa Noah."

Orange bertambah hairan.

"I have something important to tell you but you need to come alone. Kita jumpa di cafe tempoh hari 30 minit dari sekarang."

Orange tidak menjawab, dia ragu-ragu untuk mahu menerima ajakan Elisya. Mereka bukan kenalan yang rapat, bersua muka hanya beberapa kali itu pun dalam situasi yang agak awkward. Tiba-tiba hari ini dia mahu bertemu dengannya seorang diri. Jangan sahaja perempuan tersebut mahu membelasahnya kerana marah dengan hubungannya bersama Noah. Tapi apa-apa pun don't worry dia adalah pemegang tali pinggang hitam tae-kwan do. Tiada apa yang perlu dia risaukan. Maybe.

"Orange, are you still there?"

"Okay, see you in 30 minutes." Orange akhirnya bersetuju selepas berfikir masak-masak. Paling-paling pun perempuan itu akan memberinya kata-kata ugutan sahaja, dia tidak perlu risaukan apa-apa. Lagipun, mereka akan bertemu di tempat yang terbuka bukan di tempat yang tersembunyi.

"Okay..."

Kedengaran helaan nafas lega di hujung talian.

********

Setelah memaklumkan kepada mamanya dia mahu ke mana barulah Orange keluar dari rumah. Sejak kejadian hitam yang berlaku dalam keluarga mereka, mamanya seakan trauma untuk membiarkan Orange ke mana-mana sendirian. Kalau boleh dia mahu Noah atau Corina atau dirinya sendiri akan menemani Orange. Namun, hari ini Orange berjaya menyakinkannya untuk tidak menemaninya keluar.

"Sekejap sahaja, mama. Don't worry. Lagi pun di cafe hujung taman sahaja."

Setelah beberapa ketika dia berdiam diri dan berfikir akhirnya, Pn.Amily membenarkannya.

Orange memarkirkan keretanya di hadapan cafe, nasib baiklah masih ada parking yang kosong. Almaklumlah, matahari baru sahaja terbit di ufuk timur. Cafe itu juga baru sahaja beroperasi, biasalah tumpuan penduduk setempat untuk bersarapan, lepak dan bersantai.

Orange memanjangkan lehernya mencari-cari kelibat Elisya di dalam cafe, nasib baiklah dindingnya diperbuat daripada kaca maka mudah bagi Orange untuk melihat walaupun dari luar cafe. Lama dia mencari, barulah dia melihat kelibat gadis tersebut di hujung cafe. Siap dengan cap dan kaca hitam, kalah-kalah artis keluar sendirian.

Orange meneliti pantulan dirinya di dalam cermin, setelah yakin dengan penampilannya barulah dia keluar. Here i am, ready untuk bertarik rambut atau berguling-guling di lantai. Dia berjalan dengan yakin masuk ke dalam cafe.

"Good morning."

Orange menegur sambil mengambil tempat di hadapan Elisya.

"Good morning, sorry ganggu awak awal pagi."

Orange hanya tersengih. Wow, sopan pula. Berbeza daripada Elisya yang dia kenal selama ini.

Orange memanggil waiter yang ada kemudian dia memesan hot matcha latte dan brussels waffle, alang-alang sudah berada di luar tidak salah baginya untuk bersarapan. Tidak kisahlah apa yang akan terjadi selepas ini. Mahu berperang atau mahu bertarik rambut atau berguling-guling di lantai, itu kisah selepas ini.

Yang penting sekarang adalah makan kerana seleranya yang mati sejak kejadian itu, beransur-ansur datang kembali dan hari ini kiranya yang paling baik. Selalunya tidak terlintas di fikirannya untuk mahu memesan apa-apa walaupun dia berada di kedai. Bekalan yang disediakan oleh Noah untuknya juga selalu dibiarkan tidak bersentuh. Nasib baiklah lelaki itu tidak pernah merungut dan  masih setia menyediakan bekalan khas untuknya setiap hari. Well, the devil juga ada hati perutnya melihat keadaan dirinya yang kadang-kadang tidak terurus. Okay, lupakan tentang Noah.

"Awak nak tunggu makanan kita sampai atau awak nak beritahu sekarang tujuan awak nak jumpa saya?"

Orange berbasa-basi bertanya. Elisya yang dari tadi kelihatan agak gelisah memandang Orange sejenak kemudian memandang sekelilingnya. Dia kelihatan berbeza daripada yang biasa yang mana selalunya kelihatan yakin dalam semua perkara tetapi kali ini dia kelihatan tidak keruan. Mukanya pucat tanpa secalit mekap, bibirnya juga kelihatan kering tiada sebarang calitan lip-tint atau lip-balm dan yang sama waktu dengannya.

"Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara, Orange. Saya benar-benar tidak tahu." Suaranya kedengaran sedikit bergetar.

Orange merenungnya dalam-dalam. Apa yang membuatkan gadis tersebut  kelihatan begitu takut? Informasi apa yang dia mahu kongsikan? Dia membetulkan duduknya kemudian mencari kata-kata yang sesuai untuk dikatakan.

"Saya sentiasa ready untuk mendengarkannya lagipun kita ada banyak masa untuk diluangkan bersama." 

Elisya menarik nafasnya dalam-dalam, mungkin cuba untuk mencari kekuatan untuk meluahkan apa yang di dalam hatinya. Tapi apa? Persoalan itu menekan Orange.

"Its about your sister."

Berdesing telinga Orange mendengarnya, perasaannya yang tadi tenang kini berubah menjadi resah tiba-tiba. Tentang Selina? Apa maklumat tentang Selina yang dia tidak ketahui tapi diketahui oleh Elisya? Elisya yang tidak pernah mengenal adiknya apatah lagi bertemu dengannya. Jantungnya berdegup semakin kencang, seleranya tadi mati begitu sahaja.

"What are you talking about? About my sister? Do you know my sister?" Kali ini giliran suara Orange pula yang semakin bergetar menahan perasaannya. Pelbagai andaian muncul di fikirannya. Namun, tidak ada satu pun yang kedengaran masuk akal.

"I don't know your sister, saya juga tidak pernah berjumpa dengan adik awak, seriously. Tapi ada sesuatu yang saya ketahui secara tidak sengaja and its killing me." Elisya memandang lagi sekelilingnya, dia kelihatan sedikit paranoid dengan pelanggan yang keluar dan masuk dari dalam cafe. Setiap kali loceng di pintu masuk berbunyi, dia akan menoleh ke belakang dan setiap kali ada kereta yang lalu di luar cafe, matanya tajam mengekori arah tujuan kereta tersebut sehinggalah hilang dari pandangan mereka. Dia kelihatan seperti seorang banduan, banduan yang melarikan diri dari penjara dan sedang diburu polis.

"Well, i don't know what is your reaction after i tell you what i know. I just wanna let you know because i don't want you to be in danger."

Elisya senyap sejenak, cuba menyusun kata-kata yang paling sesuai.

"But please, trust me. You need to trust me no matter what happen, everything that i'm going to tell you after this is the truth."

Orange menelan air liurnya, tidak sabar untuk menanti apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Elisya. Kebenaran apakah yang dia maksudkan, jantungnya berdebar lebih kencang. 

"Okay, i'm ready."

Orange cuba untuk bertenang. Entah, mengapa dia semakin cemas sedangkan belum tentu apa yang Elisya akan katakan adalah satu perkara yang perlu dia risaukan. Bertenanglah wahai hati.

"Saya tahu siapa yang telah menyebabkan kamu kehilangan adik tersayang."

Mata Orange terbeliak mendengar kata-kata Elisya. Dia tahu siapa yang telah menyebabkan Selina meninggal dunia? Dia hampir tidak percaya dengan kata-kata Elisya, mustahil Elisya tahu tentang hal tersebut sedangkan pihak polis juga belum mempunyai petunjuk tentang kes tersebut.

"Awak jangan nak buat lawak dengan saya, Elisya. Benda ini bukan benda yang boleh dibawah bergurau." 

Elisya menghela nafas berat, dia sudah menjangka yang Orange tidak akan mempercayainya. Perkara ini adalah isu yang sensitif dan besar padahnya jika dia jadikan sebagai satu gurauan. Namun, apa yang dia mahu katakan bukanlah gurauan semata-mata tapi satu kebenaran. Kebenaran yang tidak ada siapa yang tahu.

"Orange, i'm telling you the truth. Saya tidak berani untuk menjadikan hal seperti ini sebagai satu gurauan, saya juga manusia biasa Orange. Saya punya hati nurani sebagai seorang warga masyarakat yang prihatin. Kita mungkin bukanlah kawan atau juga kenalan, hubungan kita berdua memang agak tegang tapi saya tidak sanggup membiarkan adik awak teraniaya begitu sahaja."

Orange diam membisu, dia cuba untuk mencari di manakah rasionalnya untuk dia mempercayai kata-kata Elisya. Bagaimana kalau dia sengaja mahu memerangkapnya dan melukainya. Orange juga tahu yang Elisya cuba untuk kembali kepada Noah dan sanggup melakukan apa sahaja tapi takkan sampai ke tahap seperti ini. Dia memandang Elisya, cuba untuk menyelami apa yang terkandung dalam hatinya.

"Saya bukan tidak mahu mempercayai kamu, Elisya. Tapi kenapa kamu tidak laporkan sahaja kepada pihak polis? Kenapa kamu perlu beritahu saya terlebih dahulu." 

"Saya memang mahu laporkan kepada pihak polis selepas ini tapi saya mahu kamu merupakan orang pertama yang tahu tentang kebenaran ini."

Keadaan senyap seketika, yang kedengaran hanyalah alunan muzik jazz yang dimainkan di dalam cafe itu. Mereka berdua masing-masing hanyut dalam lamunan.

"Okay, sekarang beritahu saya apa yang kamu tahu. Saya sudah siap sedia untuk mendengarnya dari A sehingga Z." Ujar Orange, walaupun dia takut untuk mahu mendengar dan mengetahui kebenaran itu tapi dia kuatkan juga hatinya. 

" Do you believe me if i tell you that Caleb is the murderer?"

Terlopong Orange mendengarnya, benarkah apa yang dia dengar? Caleb? The Caleb that she know or they know? Nonsense. Tawa Orange meledak, adakah Elisya sedang membuat lawak bodoh kepada dirinya? Memang taklah dia percaya. Kenapa dia tidak katakan yang Noah sahaja pembunuh tersebut.

"Orange, ini bukan gurauan. Saya tengah serius ini." 

Dia cuba untuk menahan tawanya tapi tidak mampu, kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia menampar gadis yang sedang duduk dihadapannya itu kerana  mempersendakan kes adiknya. Namun, fikirannya sedikit terganggu apabila melihat raut wajah Elisya yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda gurauan. Riak wajahnya masih sama seperti tadi, serius dan gelisah. Malahan kini dia kelihatan mahu menangis kerana ditertawakan oleh Orange. Adakah dia memberitahu hal yang sebenar? Tapi kenapa Caleb? Itu semua tidak masuk akal.

"How did you know?" Orange bertanya.

"Sebab saya secara tidak sengaja melihat dia menumpangkan adik awak di hadapan sekolah kamu pada hari kejadian. I thought she was you, saya lupa yang awak tidak memakai baju sekolah untuk ke sekolah. So, saya follow dia dengan tujuan mengambil gambar awak dan dia secara diam-diam dan memberikannya kepada Noah. Saya tidak menyangka akan menjadi saksi kepada apa yang berlaku seterusnya. I'm sorry, Orange. Saya terlalu takut sehingga tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Saya tidak mampu untuk tidur berhari-hari kerana rasa bersalah yang menebal."

Keadaan kembali menjadi sepi, Orange hampir tidak mampu untuk berfikir mendengar kata-kata Elisya. Dia masih tidak dapat menerima kebenarannya tetapi jauh di dalam lubuk hatinya, dia seakan percaya bahawa lelaki itu mampu melakukannya malahan lebih lagi. Senyuman Caleb suatu ketika dahulu ketika memandang dirinya membuatkan dia takut tiba-tiba. Kemudian perasaan itu digantikan pula dengan perasaan marah yang teramat sangat. Why? Why Selina? Apa salah Selina kepadanya?

"I'm so sorry, Orange. Saya tidak mampu membantu adik awak ketika itu kerana saya juga berada dalam ketakutan yang saya tidak dapat gambarkan. Maafkan saya juga kerana lambat memberitahu awak tentang hal ini, kadang saya terasa mahu mati sahaja kerana tidak berdaya lagi untuk menanggung beban yang saya terpaksa pikul." Air mata jatuh membasahi pipi Elisya, dia menangis teresak-esak. Baru terasa sedikit ringan beban yang dia rasakan selama ini, seminggu lebih dia cuba untuk mencari kekuatan berhadapan dengan Orange. Kini dia mampu menarik nafas lega sedikit.

Pelbagai bayangan muncul di benak Orange saat itu, kalau boleh mahu sahaja dia menyerbu ke rumah Caleb dan menanyakan hal sebenar. Kenapa Selina? Apa salah yang Selina telah lakukan kepadanya? Why? why? why?

"Awak pastikah apa yang awak baru sahaja beritahu saya adalah benar?" Dia bertanya lemah, satu kenyataan yang sukar untuk dia terima. Elisya mengangguk sungguh-sungguh kerana dia tidak mereka-reka apa yang dia katakan kepada Orange. Dia cuma mahu keadilan terhadap Selina juga dapat dituntut. Keluarganya juga berhak untuk tahu kenapa perkara tersebut terjadi kerana tiada siapa yang layak diperlakukan sedemikian rupa.

"I'm only telling you the truth. Walaupun dia ialah sahabat saya tapi dia tidak sepatutnya melakukan hal tersebut. Saya tidak tahu sejak bila tapi saya mulai tidak mengenalinya lagi. He changed, totally changed. He is not Caleb that i ever know before."

Air mata yang tadi bertakung di kelopak mata Orange kita menitis membasahi pipi gebunya. Sakit yang cuba dia sembunyikan dan lupakan kini luka kembali. Dia tidak dapat mencari jawapan bagi persoalan yang timbul dalam fikirannya. Dia tahu hanya seorang yang mampu menjawab semua persoalan tersebut iaitu Caleb sendiri. Iya, dia perlu berjumpa dengan Caleb dan menanyakan semua persoalan yang dia mahu tanyakan. Saat itu, tidak ada lagi perasaan takut yang wujud dalam dirinya kecuali keinginan untuk mendapatkan penjelasan kepada semua yang berlaku.

"I need to see him!" Orange bingkas bangun dari duduknya tapi sempat ditahan oleh Elisya.

"Where are you going? Takkan awak nak pergi jumpa dengan Caleb? Awak tak sedar ke atau awak sengaja nak cari pasal? He is a murderer. We never know what will he do next, we need to tell the police about this."

Langkah Orange terhenti, murderer? Caleb is a murderer? Lelaki yang pernah meluahkan perasaan kepadanya? Lelaki yang mahu menjadi teman lelakinya? Lelaki yang menghadiahkannya sejambak bunga rose? Yang berusaha untuk mengajaknya keluar? Dia seakan berada dalam alam mimpi, tidak mampu untuk menerima sebarang maklumat saat ini. Is he the murderer? atau Elisya sengaja mahu menuduhnya? But why? Dia menoleh memandang gadis tersebut.

"Think about it, Orange. Saya terlalu takut untuk mahu mempercayainya juga sebelum ini but what i saw is real. Saya tidak mampu untuk membohongi diri saya sendiri, i know it sound ridiculous but trust me. I'm telling you the truth, only the truth." 

Mereka saling berbalas pandangan untuk seketika sebelum Orange kembali ke tempat duduknya, dia tidak mampu untuk mahu mengawal rasa marahnya dia perlu lakukan sesuatu. Rasanya dia mampu untuk mahu membunuh lelaki itu saat ini tapi dia sendiri masih kurang pasti tentang ketepatan maklumat yang diberikan oleh Elisya. 

"He is dangerous, Orange. Saya sepatutnya menjadi lebih alert dengan perubahan sikap dia selama ini tetapi saya sendiri hanyut dalam kelalaian kerana terlalu megikut perasaan. I'm sorry."

Pelayan yang datang menghantar pesanan mereka menyebabkan mereka diam seketika membiarkan pelayan tersebut meletakkan makanan mereka diatas meja kemudian berlalu. Brussels Waffle yang tadinya kelihatan cukup menyelerakan terbiar suram di atas meja mereka tidak bersentuh. Begitu juga dengan hot matcha latte yang dipesan oleh Orange. 

"Kita kena pergi ke balai polis, Elisya. You need to tell them everything that you saw. Awak ada apa-apa bukti untuk mengukuhkan apa yang awak ceritakan kepada saya tadi?" Orange mulai berfikiran waras kembali, jiwanya berkobar untuk memastikan keadilan terhadap Selina dapat ditegakkan.

"I think my dashcam got it. Everything that i saw had been recorded in my dashcam. We just need to give it to the officer and they will do the rest."

Caleb, apa yang telah awak lakukan? and why? You really owe me huge explanation and i want you to pay everything, every pain and sadness that my family endure. The pain that Selina went through and the life she lose, because of you.

Next chapter