3 cikgu suraya

Cikgu Suraya tinggal di rumah teres bersebelahan taman tempat aku tinggal, lebih kurang 2 km dari rumahku. Waktu cuti, aku selalu ronda dengan basikal ke taman perumahan tempat tinggalnya. Aku tahu rumahnya dan selalu bersiar-siar di situ.

Ada sekali tu, waktu sedang ronda, Cikgu Suraya sedang memasukkan sampah ke dalam tong di luar rumah. Dia ternampak aku, dan terus dipanggilnya. Aku pun segera pergi ke arahnya. Sungguh ayu aku lihatnya petang itu.

"Amir, hang dok kat sini ka?" tanyanya dalam loghat Kedah.

"Tak juga" balasku. "Dekat-dekat sini aje"

"Cikgu tinggal sini ke?" saja aku tanya, padahal sudah tahu.

"Haa.. "

"Sorang aje? Mana suami?"

"Ada kat dalam, dengan anak"

Sedang kami berbual, suaminya keluar, mendukung anak perempuan mereka. Terus aku diperkenalkan kepada suaminya. Aku berjabat tangan dan menegur anaknya, sekadar menunjukkan kemesraan. Suaminya taklah handsome sangat, tapi nampak bergaya, maklumlah pegawai. Setelah agak lama, aku minta diri untuk pulang.

Sudah 6 bulan Cikgu Suraya mengajar kami, aku bertambah pandai dalam matematik. Dan selama itulah aku seronok berada di kelasnya dengan wajahnya yang ayu, cantik, manis, kulit yang cerah serta hati yang baik.

Hari ini cuti, cuti peristiwa sebab Sukan Tahunan. Aku tak tahu nak ke mana, aku capai basikal dan mengayuh tanpa arah tujuan. Agak jauh kali ini aku ronda, masa nak balik aku lalu di kawasan perumahan Cikgu Suraya, langit gelap masa tu, nak hujan barangkali. Aku harap sempatlah sampai rumah.

Tapi, belum pun sampai di kawasan rumah Cikgu Suraya, hujan mulai turun, makin lebat. Habis lenjun pakaian aku. Aku tak berhenti, terus aje kayuh, aku tak sedar yang tayar basikal aku makin kempis, sepatutnya aku pamkan dulu semasa keluar tadi. Lagi sikit nak sampai di kawasan rumah Cikgu Suraya, aku tak boleh lagi menunggangnya, kalau ditunggang juga, alamat rosaklah tayar basikal aku. Aku menuntun basikal sampai ke rumah Cikgu Suraya. Niat aku nak pinjam pam kat dia. Bila tiba aje di depan pintu pagar rumahnya, aku tekan loceng. Tak lama kemudian pintu rumah dibuka, kelihatan Cikgu Suraya berkain batik dan berbaju T menjengok kat aku daripada dalam rumah.

avataravatar
Next chapter