webnovel

CEO itu bukan bos aku.

Lyn asyik menikmati kopi Americano yang dibeli bagi menghilangkan ketagihan kafein yang sangat dicintainya, seawal pagi yang sangat sibuk hanya sekarang sempat mencari kesukaanya itu,sambil matanya liar memerhati manusia yang lalu lalang menjalani kehidupan masing-masing.Cemburu melihat pasangan yang bermanja dan bermesra,dia mengalih pandangan matanya melihat jam di pergelangan tangan ."Sudah jam 9 malam, ahh cepatnya masa berlalu, baru nak mencuci mata sebentar",fikir Lyn yang lelah mengadap hari-hari yang sama setiap hari.Sudahlah hidupnya serasa tiada kebebasan tiada kesempatan untuk berlibur dan hampir tiap masa walau hari cutinya,ketuanya,Tuan Arman Shah yang sangat-sangat cerewet dan sentiasa mencari salah sentiasa mengarahkan dia untuk melaksanakan tugasan mengikut rentak dan suka beliau.Memang la dia di bayar untuk setiap kerja lebih masa tapi.... 'Aku pun manusia juga yang nak memanjakan diri dan menghabiskan masa dengan keluarga dan teman, tiada masa untuk bersosial hanya kerja dan kerja..'. Dia baru berkhidmat tidak sampai tempoh sebulan untuk sang ketua. Sebelumnya dia berkhidmat dengan Puan Kasmah.Andaian diri bila berubah ketua hidupnya lebih aman kerana selalunya ketua perempuan yang lebih cerewet namun dia silap kerana ketua yang baru ini walau nampak sebaik malaikat, bak kata orang tua-tua pijak semut pun tak mati. Mampu kah Lyn untuk terus menjadi setiausaha kepada Tuan Arman Shah, CEO muda yang berkaliber dan gila bekerja?

NorST · General
Not enough ratings
35 Chs

Unplan

"Assalamualaikum kesayangan",ucap Lyn bilamana talian disambut.
"Mulaikumsalam wahai sahabat tercinta.Ini bunyi bunga salam semacam ja, ada sesuatu ke?" tanya Suhana laju.
"Ish Ana ni.Why you're so suspicious with me nowdays?".
"Hurm why? Kalau Ana bilang pasti Lyn terlalu tahu akan jawaban dia, should I be a stories teller?", Suhana sengaja memerli si sahabat.
"Alah Ana, Lyn tau la Lyn ada buat silap tapi kan dah jadi sejarah. So could you please forgive me, dear", pujuk Lyn manja kerana dia tahu Suhana kalah dengan rayuan sebegitu.
"Since it already a past and history boleh, but in future please do think careful before you make any crazy or spontaneous decisions".
"Noted and for a make up on this matter, will you Ana? join me together with Hakim for a family trip next week?", Lyn menyuarakan tujuan utama beliau menghubungi Suhana.
"To answer the request as usually permission can only grant by my big boss so later will reply to you,but need the details nak kena provide pada abe sorang tu".
"Tak lama just weekend as a get away and not to far, thinking to spend time in PD and looking forward for beach scenery", Lyn menjelaskan perancangan beliau.
"Okay noted on the info given but just a friendly reminder dah bagitau ke hubby you tu? Awak tu dah jadi bini orang sayang oii!".
"Alamak I lupa la you, dah lama single kan normally selalu sendiri buat keputusan ", tersedar Lyn yang beliau berencana tanpa berbincang atau kebenaran dari Arman terkesima beliau sendiri.
"Just my suggestion jer la Lyn, Ana rasa for trip this time better you ajak your hubby and your immediate family member jer mean spend time with him with Damian and Ikmal also get your postpone honeymoon", ujar Suhana memberikan cadangan.
"But Ana, Lyn tak ready",spontan jawapan Lyn.
"Ready ke tidak Lyn kena tanya dulu dengan hubby kalau dapat keizinan then let me know. Both of you need time to know each other's better. Insyallah nanti ada ler butterfly terbang dalam taman hati Lyn semula", pujuk Suhana lembut. Dia tahu sahabatnya itu memerlukan masa tapi tanpa usaha bagaimana rasa tersebut boleh mendekat jika sendiri tidak mencari persamaan bersama. Melihat Lyn bahagia dia juga tumpang bahagia. Dugaan yang Lyn hadapi bukan calang-calang. Tidak semua mampu menghadapi apa yang sahabatnya hadapi. Moga ada pelangi selepas hujan untuk sahabatnya.Lyn faham maksud Suhana, tidak baik membelakangi suami walau perkahwinan yang tidak berdasarkan cinta, dia sendiri yang memilih jadi dia harus berusaha.
"Okay Ana, Lyn akan berbicara dengan Arman soonest and later Lyn update Ana", lembut bicara Lyn sadar akan silap beliau.
"Okay Lyn, Ana nak kena ambik Hakim dari sekolah nanti you update Ana. See you when I see you. I love you my dear", ucap Suhana lagi.
"Baik, Ana take care tau drive carefully, love you too".

"Angah, hari ni Ikmal dah masak dinner tau ,ada bawah tudung saji tu, simple pizza jer ngan lasagna just beli kat Jusco jer", pengakuan jujur Ikmal pada Lyn yang baru duduk di kerusi dan berkira-kira untuk menyediakan makan malam mereka.
"Macam tau-tau jer Angah nak tanya. Mana Damian?", tanya Lyn kerana tidak melihat kelibat Damian sejak dia pulang tadi.
"Hari ini dia sibuk sikit buat kerja rumah. Berborak ngan Ikmal sekejap then tertidur, kesian keletihan minda",jelas Ikmal namun tumpuan beliau Masih di screen hp sibuk bermain game Mobile Legend.
"Adik angah ni memang sibuk dengan game kan lepas PS ,hp lepas tu movie, enjoy sungguh cuti kan", bebel Lyn berceloteh dengan tingkah Ikmal.
"Angah relax la, bukan selalu,just time cuti jer pun", tingkah Ikmal.
"Dah, tolong kejutkan Damian then kita dinner lepas tu solat berjemaah Maghrib, today Ikmal bagi sedikit takzirah dengan kita baca Yassin".
"Okay. Tapi sekejap ya, almost game over dah ini".
Di Luar kedengaran ucapan salam dan bunyi loceng.
"Suara Arman tu angah,tolong buka kan pintu tu. Yes today Arman punya turn", ujar Ikmal gembira tertawa kerana dalam masa yang sama team dia menang besar dalam ML.
"Masa untuk makan malam keluarga", ucap Ikmal gembira.