83 sesiapa yang umi pilih..

" jarang mak limah nampak suami kamu.. awalnya dia keluar pergi kerja.." tegur mak limah sambil menungku perut rata cempaka. pelik dia,jarang sekali dapat melihat suami wanita ini. wanita lain selalunya ada sahaja suami yang menemani. agaknya beginilah hidup orang kaya ni. sentiasa kena tinggal. sedeyyyhhh.

" suami saya kerja mak limah. balik pun lewat. kerja dia bukan macam kerja kita ni.." maklum cempaka dengan mata terpejam. dia menikmati batu sungai yang suam-suam ditekap ke permukaan perutnya. terasa enak.

" o... sibuk kerjanya ya.. kesian.. isteri cantik ditinggalkan.." bidan limah bersimpati. cempaka duduk di villa besar 3 tingkat setengah. kelengkapan rumahnya lengkap namun terasa kosong walau dipenuhi pengawal peribadi dan tukang gaji. baginya kehidupan wanita ini seperti terkurung di dalam sangkar. tidak bebas.

" apa nak buat mak limah.." pasrah suara cempaka. dia tidak suka orang memandangnya dengan riak simpati.

" cik puan.. telefon cik puan berbunyi.." maklum mira sambil membawa telefon bimbit cempaka.

" siala call?" tanya cempaka membuka matanya. dia baru nak terlena.

" bff nad" jawap mira menyerahkan telefon itu ke tangan cempaka.

" terima kasih.." bisik cempaka mendail kembail nombor nadia.

" hmm.. kenapa call?" tanya cempaka sambil matanya memandang syiling bilik khas yang mak pah sediakan untuk urusan berpantangnya. konon memudahkan bidan limah. tak perlu susah payah naik tangga untuk ke bilik tidur utamanya.

" rindulah dekat kau.. macam mana babe keadaan engkau?? dah okey??" tanya nadia prihatin. dia ingin tahu keadaan semasa cempaka.

" well.. semakin pulih.. lagipun mak mertua aku upah bidan untuk jaga aku dalam tempoh dua minggu.." cerita cempaka dengan suara cerianya.

" syukurlah kalau begitu.. aku bukan apa.. risau dengan keadaan engkau.." nadia membuat suara sedih.

" dont worry.. aku okey dah.." cempaka tahu nadia pasti susah hati memikirkan keadaannya. sahabatnya itu walau sikapnya pelik namun sangat mengambil berat akan keadaannya.

" baguslah.. weh.. kau tahu tak siapa yang buat engkau??" tanya nadia sengaja mengembalikan cempaka ke saat kejadian. mahu melihat sama ada cempaka masih trauma atau tidak.

cempaka diam sejenak,menatik nafas.

" hmm.."

" baguslah.. aku dengar cerita perempuan tu datang tid berhad. tetapi kena halau dengan pengawal." bersemangat suara nadia bercerita tentang kisah putri yang kini sedang hangat menjadi bualan.

" iyer.. kenapa?" cempaka langsung tidak tahu menahu. semalam ikran balik lewat,dia sudah terlena. bangun pagi oun suaminya sudah ke tempat kerja. dia langsung tidak tahu apa-apa khabar pun.

" apa lagi.. nak merayu laki kau lah.. dah kau sakit.. dia konon datang nak serah diri ke laki kau la.." nadia mengubah cerita mengikut versinya dengan harapan fikiran cempaka bakal teracun.

" hmm.. baguslah kena halau.." cempaka menghela nafas. cemburu menggigit tangkai hatinya. membayangkan wajah kacukan putri itu pun sudah membuat dia jatuh tersungkur.

" tu lah.. dengar cerita kalau ikutkan dia tu yang sepatutnya bernikah dengan ikran.. namun saat akhir mak mertua kau reject.." nadia mula mengapi-apikan cempaka.

" babe.. tak payah lah cerita tentang hal macam ni.. biarlah dengan perempuan tu.." cempaka menolak untuk bercerita tentang putri. dengan keadaannya sekarang,dia rasa rendah diri lagi untuk menghadapi ikran. bila mendengar ada perempuan lain cuba menggoda suaminya dan peremouan itu pula model terkemuka yang cantik 1000 kali ganda darinya,mahu dia tak cemburu dan rendah diri.

" iyelah..ni last.. idham minta nombor telefon kau..dia cakap ada hal penting.." sebenarnya,inilah tujuan nadia menghubungi cempaka. kata idham,dia perlu berbicara dengan cempaka. nadia yang malas melayan redho sahajalah lantas berjanji akan bertanya dahulu kepada cempaka. dia juga teringin hendak tahu,hal apa yang penting sangat itu.

" hmm.. aku taknak.." tolak cempaka. teringat peristiwa dia dimalukan dan dituduh lesbian. tawar terus hatinya.

" suka hati kaulah.. yang penting.. kau jaga kesihatan elok-elok.." nadia tidak mahu memaksa atau mendesak cempaka. sifat cempaka,semakin didesak semakin dia tidak mahu.

" hmm... iye..wei.. thank sebab call.. kau tu pun sama.."

" iyerlah. jaga diri..aku letak dulu.."

akhirnya... talian mati. cempaka menyerah kembali telefonnya kepada mira yang masih menanti dan mendengar perbualannya dengan nadia.

ikran memarkir keretanya di tempat khas meletak kenderaan. lampu villa sudah gelap,namun hanya lampu bilik tidur utama terang benderang. tanda isterinya masih belum terlena. ikran dengan perlahan memasuki villa.

cempaka pantas bangkit apabila pendengarannya menangkap bunyi dari alat peranti keselamatan kereta ikran. rasanya sudah hampir seminggu lebih dia tidak melihat wajah suaminya itu.

" abang dah balik?" sapa cempaka di muka pintu bilik.

ikran mengangguk. dia menyerahkan beg bimbitnya kepada cempaka. kot ditanggalkan dimasukkan ke dalam bakul pakaian kotor.

" kenapa tak tidur lagi?" tanya ikran merapati cempaka dan menarik tubuh itu ke dalam pelukannya.

cempaka senyum senang apabila merasakan hangat pelukan suaminya. rindu sunggub dia dengan pelukan ini.

" abang rehatlah sekejap.. saya sediakan air mandian.. " ujar cempaka melepaskan diri dari pelukan ikran yang sudah lain macam rasanya.

" hmm.. sekejap lagi.." halang ikran. dia ingin menikmati bau-bauan dari tubuh cempaka. rindu dengan haruman manis daripada tubuh cempaka.

" kuatnya bau herba dekat badan sayang.." bisik ikran di telinga cempaka. haruman manis selalu dihidunya tiada pula. ditenggelami bau herba.

cempaka terus tergelak perlahan.

" okeylah.. meh sini saya sediakan air mandian.."

dengan berat hati ikran melepaskan cempaka. menahan keinginannya. memahami cempaka yang kini masih lagi dalam proses berpantang. dia bukanlah gelojoh. dia berjalan ke arah katil dan terus menghempaskan tubuhnya atas katil.

sambil menyediakan air mandian suam untuk suaminya,cempaka teringat peristiwa yang diceritakan oleh nadia. wajah cempaka terus berubah kelam. menonong langkah kakinya dibawa keluar dari bilik mandi.

" dah siap?" tanya ikran apabila telinganya menangkap bunyi tapak kaki cempaka. dia berbaring santai dengan tangan kanannya diletak di dahi. mata terpejam.

" dah.. ermmm... abang.. betulke putri ada datang pejabat abang siang tadi??" tanya cempaka perlahan.

" ermmm.." akui ikran.

" dia nak apa?" tanya cempaka lagi. nada suaranya berbaur cemburu.

" tah.." ikran memang tak tahu tujuan kedatangan putri.

" abang.. betul ke dulu abang hampir nak kahwin dengan dia..?" tanya cempaka lagi.

ikran senyum sinis. matanya dibuka. tubuhnya dipusing mengadap cempaka yang tegak berdiri di birai katil. tangan kirinya digunakan untuk memangku kepalanya.

" umi.. kalau boleh semua perempuan dia nak abang kahwin.." jujur jawapan yang ikran beri.

cempaka mengangguk. mengakui itu. ku najah memang suka memadankan anak-anak sahabatnya dengan anak-anak terunanya.

" tetapi..kenapa saya?" tanya cempaka seolah tidak berpuas hati.

" sesiapa yang umi pilih.. abang terima sahaja.." sememangnya sesiapa yang dipilih ku najah,ikran akan terima.

cempaka mengangguk. sedar dirinya adalah pilihan ku najah,bukan pilihan ikran.

" siapa pilihan hati abang?" tanya cempaka.

" hmm.. sesiapa sahaja yang dipilih umi.."

avataravatar
Next chapter