webnovel

berpisah katil??

selesai majlis pasangan pengantin diiringi oleh pelayan hotel diiringi ke suite khas untuk malam pertama. sepanjang jalan nak ke suite khas itu terasa berpeluh-peluh jugalah jari jemari cempaka. macam-macam dah terbayang kat otaknya. apakah malam ini dia akan dilayan seperti isteri atau bakal dibibikkan?? isteri tak diiktirafkah dia?? huh ni mesti hasil pengaruh novel yang dibacanya ni.

" selamat pengantin baru dan selamat menikmati malam pengantin." ucap pelayan khas itu setelah membuka pintu suite mewah itu seluas-luasnya.

ikran mengangguk. memberi isyarat mata suruh cempaka masuk dulu.

" kalau tengku nak apa-apa boleh lah dail nombor khas yang dah disediakan di meja telefon itu." pesan pelayan itu lagi sebelum berlalu.

ikran mengangguk lagi. perlahan pintu ditutup. kelibat cempaka yang berjalan ke jendela berkaca penuh suite itu menarik perhatiannya.

" tak nak mandi?" tanya ikran melabuh punggung di sofa khas dan mula mengeluarkan kotak rokoknya.

"are you smoking?" tanya cempaka berjalan mengambil tempat berhadapan ikran. astray dihulur pada suaminya.8

" sometime.. when i stress.." balas ikran mula menyedut rokoknya.

cempaka diam sahaja. nak buat macam mana. pasti ikran stress sebab kena paksa kahwin. sadis nasib kau cempaka.

" mandi dulu.. pastu tidur lah.. i penat gila sekarang ni.. nak rest sekejap sebelum mandi." ikran menyuruh cempaka mandi dulu.

" hmm.." cempaka bangkit perlahan. sempat lagi dia meregang-regangkan ototnya. dia melangkah ke ruangan beradu.

"wa.... cantiknya... mana telefon.. boleh ambik gambar ni.. update kat fb.." laju cempaka mencari beg tangannya yang sudah siap dibawa oleh orkid ke dalam suit ini. sony z ultranya pantas dicapai.

siap mengambil gambar cempaka berjalan ke almari ingin mengambil tuala dan pakaiannya.

" makk aiiii... ni baju ke bikini??" cempaka mengambil baju tidur yang teramat seksi di dalam almari itu. mata mencari beg pakaiannya. tiada. bahan mandian? pasti sudah disusun dalam bilik air.

pasrahlah.. pakai je baju ni cover dengan bathrobe warna pink. takkan nak suruh ikran guna bathrobe pink. dia pulak guna bathrobe putih. nampak sangat peliknya.

" diorang ni dah kenapa?? siap letak bunga-bunga dalam bathtab ni.. ingat kiteorang berdua ni jenis nak berenang-renang dalam ni ke.." rungut cempaka.

ikran menyandar kepalanya pada sofa. mata dipejam.

" you... taknak mandi ke?"

suara cempaka mengejutkan ikran yang terlena bersandar. terasa bahunya seperti digoyang-goyang lembut. kononnya sementara menunggu cempaka mandi tadi dia nak pejam mata je.. tak sangka terlena pula.

" i dah siap.. giliran you pula.." maklum cempaka pabila ikran sudah membuka matanya luas.

" ermm.. " perlahan ikran menjawab sambil bangun. tuala yang membalut kepala cempaka ditarik.

terkejut cempaka. mujur dia cuma letak sahaja,tak balut ketat. sabor je la. kalau minta takboleh ke.. bebel cempaka dalam hati.

" macam mana nak tidur?" tanya ikran saat melihat katil yang penuh dengan kelopak bunga mawar.

" you nak tidur atas katil ni ke?" tanya cempaka polos.

" kenapa?" ikran mengangkat keningnya. pelik dengan soalan cempaka.

" kalau you nak tidur atas katil..i buangkan bunga tu." hampa sedikit suara si cempaka. niat di hati nak conquer sorang-sorang katil tu. tapi ikran pula nak tidur atas katil. mati hasratnya.

" dah tu ada tempat lain yang boleh tidur ke?" soal ikran dalam nada curiga.

" ermm.. tak.. maksudnya kalau you tidur atas ni.. i tidur bawah." akhirnya terlepas juga permasaahan yang menimpa benak cempaka.

" malam pertama kena berpisah katil ke?" tanya ikran sarkastik. pandangan pelik dihulur pada cempaka.

" ye lah. kita kan terpaksa kahwin.. so.. mesti you nak tidur lain. dont worry.. i faham... i okey sahaja." nah laju cempaka menjawab.

ikran ketawa. faham sudah.

" you.. lepas ni please jangan baca banyak sangat novel cinta dengan tonton drama macam umi i.." pesan ikran sambil berlalu ke bilik air. ada bunga ketawa di hujung katanya.

cempaka tegak terpaku.

" ha.. lagi satu tak payah nak buang bunga-bunga tu.. biar je lah.. you tidurlah atas katil tu.. i lelaki sejati tak tolak ikan..lagi-lagi ikan yang memang halal untul i makan." maklum ikran sebelum menutup pintu bilik air. apa kebodoh isterinya itu. ingat mereka berlakon drama.

cempaka terasa sebijik penampar hinggap di wajahnya mendengar kata-kata ikran. penuh sindiran. cepat-cepat cempaka berjalan ke katil laju dia menarik comforter. ingin cepat tidur.

Next chapter