1 BAB 1

Laman sosial twitter di scroll penuh khusyuk. Kakinya digoyangkan mengikut lagu rancak. Sesekali kepala turut bergoyang.

"Aduhai, macam-macam orang sekarang ni. Dah langgar kereta orang boleh pulak tak nak ngaku. Siap nak report polis lagi."

Ruangan comment pula di buka. Hendak menghilangkan bosan kononnya. Setiap yang di scroll dibaca sekilas. Bibirnya diherotkan.

Scroll dan scroll tiba-tiba jarinya ditarik dari screen. Matanya terkelip membaca comment itu.

@razqil_ : Jap aku tak faham. Yang langgar tu perempuan ke laki?

Razqil.

Satu username twitter meniti dibibirnya. Kenapa aku harus tertarik dengan nama ini?

Tanpa mempedulikan persoalan di minda, jarinya terus menekan profil Razqil.

Ternganga bibir pink Naurah yang dioles aloevera saat melihat followers lelaki itu. Serta merta tubuhnya juga terbangun dari meniarap.

"Tweetfamous siaa." Naurah terkejut. Matanya terbeliak besar.

Twitter itu di scroll lagi. Bahagian curious cat dibuka. "Banyak gila yang masuk curious dia!" Sekali lagi dia terkejut.

"Perempuan misteri? Acah gila minah ni."

Lama dia memerhati semua tulisan yang tertulis disitu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengenali lelaki itu.

Screen yang tertulis 'Ask something' disentuh. Jarinya ligat menulis sesuatu.

Wey, aku nak kawan dengan kau boleh tak? - anon.

Iya. Itu soalan pertama yang di tanya. Langsung tidak memberi salam. Main terjah saja. Selepas menulis itu langsung butang patah balik ditekan.

Twitter di log out. Dirinya dibaringkan semula. Lagu 'Eastside' di buka. Bibirnya turut menyanyi sama. 

Sedang enak telinganya dibuai lagu indah, namanya dipanggil oleh emak.

"Adik. Dah solat belum?"

"Belum mak. Jap lagi adik solat."

"Tak ada kejap-kejap. Pergi solat sekarang!" Emak berkata tegas.

"Okey." Sepatah dia menjawab.

Malas-malas dia bangun dari pembaringan. Haih la mak... kenapa garang sangat.

"Bukan masalah garang. Masalahnya ini perintah Allah dik oi." Emak bersuara lagi.

Aik? Macam tahu-tahu je aku ngata dia. Kepalanya digeleng.

"Tak payah la nak geleng kepala. Waktu solat dah nak habis tu." Lah tak pergi lagi emak sayang ni.

"Iya mak. Baik. Adik nak pergi ambil wuduk ni. Jangan bebel sorang-sorang." Naurah akhirnya menjawab. Siap kenakan emaknya lagi.

Emak menjeling sebelum berlalu ke dapur.

___

Telefon bimbit yang di letak di atas katil diambil. Data internet dibuka. Laman twitter di log in semula.

Sekali lagi nama username Razqil ditekan. Dan taraa!

Ada maklum balas dari lelaki itu.

Anon

Wey aku nak kawan dengan kau boleh tak?

-boleh wak. Tak ade siapa menghalang.

Waktu itu, hati Naurah berbunga bahagia. Kau bayangkan tweetfamous balas curious cat yang kau send?

Jarinya sekali lagi menaip dia bahagian 'ask something'.

Aku pm kau kat twitter eh? - anon.

Beberapa saat kemudian ada maklum balas dari Razqil.

Anon

Aku pm kau kat twitter eh?

-oky boleh👍

Cepat lagi pantas Naurah keluar dari curious cat lelaki itu dan terus menekan butang mesej.

To Razqil

-Wey, sini wey.

Sesaat Naurah mendapat balasan dari Razqil.

From Razqil

-Ha kenapa? Kenapa?

Wah pantas mamat ni.

Naurah

-Jap. Sebelum tu...

-Assalammualaikum ya lelaki idaman perempuan misteri.

Razqil

-Waalaikumsalam..hahaha.

Naurah

-Siapa perempuan misteri wey? Sini ah citer dengan aku.

Seen. Perkataan typing.. kelihatan.

Lama Naurah memerhati tapi lelaki itu masih menaip. Mukanya berkerut.

Jarinya keluar dari chat dan menscroll feed twitter.

Ting.

Dua notification dari twitter masuk.

Razqil sent a message.

From Razqil

-Aku pun tak tau siapa. Dia tak pernah tunjuk muka.

Naurah

-Serius ah? Uish misteri gila. Hahaha.

Razqil

-Kan. Tapi kau pun misteri jugak ni.

Naurah tergelak.

Razqil typing...

Naurah setia menunggu walaupun jarinya sudah gatal hendak menaip.

Razqil

-Misteri nusantara.

-Ke kamu yang jadi perempuan misteri tu?

Naurah tergelak lagi. Mamat paling sengal pernah aku kenal.

Naurah

-Hahahaha kau buat lawak bang oi.

-Untung sangat aku perempuan misteri.

Razqil

-Untung tang mana sia? Aku biasa-biasa je.

Naurah

-Entahlah nak. Tapi dekat curious cat kau ada sorang ni mengaku dia awek kau. Gempak gila!😂

Razqil

-Hahaha...dia main-main ja tu.😂

Perbualan mereka masih diteruskan. Aneh. Tidak mengenali tetapi seperti sudah lama kenal. Tidak mengetahui nama. Hanya username yang mereka gunakan.

Ada apa dengan takdir?

___

avataravatar
Next chapter