1 Bercadang Untuk Ke Malaysia

"What? Esok ibu nak balik Malaysia?" Alisa terkejut dengan keputusan ibunya secara tiba-tiba.

Aleya terus saja bangun dari sofa apabila mendengar kata-kata ibunya.

"Ibu! Ibu dah janji takkan jejakkan kaki ke Malaysia. Kenapa tiba-tiba ibu nak balik ke Malaysia? Why?" Alisa melihat ke arah ibunya. Dia tak puas hati. Dia inginkan penjelasan.

Alina hanya duduk diam membisu di sebelah ibunya. Dia sedar kedua-dua kakaknya pasti tidak akan setuju dengan rancangan ibu mereka untuk pulang ke Malaysia.

"Abah kamu sakit" beritahu Munirah. Dia terkejut apabila mendapat panggilan daripada Maria semalam. Maria merupakan sepupu suaminya. Kata Maria, suaminya kini berada di wad ICU.

Sudah seminggu suaminya terlantar akibat penyakit jantung malah doktor juga beritahu harapan untuk suaminya sedar juga amat tipis. Tujuan Maria menelefon adalah untuk mengajak Munirah pulang dan berjumpa dengan suaminya buat kali terakhir. Puas semalaman dia berfikir dan akhirnya dia membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Dia tahu Aleya dan Alisa takkan setuju dengan keputusannya.

Alisa terdiam seketika.

"Abah sakit. Along, angah! Jomlah, kita balik jumpa abah buat kali terakhir," pujuk Alina.

"For what? kenapa kita nak jumpa dia sedangkan kewujudan kita pun dia tak tahu. Tak ada faedah pun. Bukannya dia kenal kita. After all this time, ibu yang besarkan kita. Dia tak mainkan apa-apa peranan pun." Aleya bersuara. Nada suaranya tegas. Dia geram apabila Alina begitu senang menerima orang yang menghalau ibu mereka sehelai sepinggang hanya disebabkan ingin berkahwin dengan pelakon terkenal. Kerana pelakon itu, ibu mereka disisihkan. Habis madu sepah dibuang.

"Kenapa tiba-tiba saja kita perlu terima dia dalam hidup kita? Selama 25 tahun, kita tinggal di London! Ada tak dia cari ibu? Ada tak? Tak! Tak berbaloi kita buat baik dengan orang seperti itu," tegas Alisa.

Telinga Alisa panas mendengar kata-kata adik kembarnya. Walaupun mereka bertiga kembar seiras namun personaliti mereka jauh berbeza.

"Dia tu..... abah kita! Walau apapun kesalahan abah, dia tetap abah kita. Ayah kandung kita," ucap Alina lembut. Dia tahu Aleya dan Alisa berdendam dengan ayah mereka sehingga menyebabkan hati mereka sukar untuk menerima abah dalam hidup mereka.

"It's easy for you to said!" Aleya merenung adiknya. Aleya tak mahu hati ibunya terluka lagi. Kembali ke Malaysia, bukanlah idea yang baik. Luka lama akan terbuka kembali.

"Kami takkan balik," tegas Alisa. Mereka berdua tetap dengan keputusan mereka.

"Ikut suka hati kamulah! Ibu malas nak cakap lagi." Munirah tiba-tiba bangun dan berjalan terus masuk ke dalam biliknya. Dia malas nak dengar anak-anaknya berbalah. Apa yang penting sekarang ni, sempatkah dia berjumpa dengan suaminya esok?

"Ibu!" panggil Alina apabila ibunya meniggalkan mereka. Alina menoleh ke arah kakaknya. Aleya dan Alisa terus memandang ke tempat lain apabila Alina memandang ke arah mereka berdua. Alina mengeluh. Degil! Keras hati.

avataravatar
Next chapter