2 Bab 2 - Perjalanan

Kereta Toyota putih milik Kausar menyusuri jalan berbukit yang dikelilingi hutan dan pokok sawit. Dalam perjalanan, Maya bercerita mengenai kawasan perjalanan tersebut. Maya biasa lalu jalan tersebut semasa zaman belajarnya dari Pekan, Pahang ke Johor Bahru

''U tahu tak kat tepi jalan ni kan ada 4 ke 5 kubu lama.'' kata Maya apabila ternampak satu kubu lama di bahu jalan.

''Ayah u punya ke apa?'' seloroh Kausar.

''Eh, mesti lah.'' jawap Maya dengan nada menyampah. Kausar ketawa.

''U nak i cerita tak pasal kubu lama tu? Ada banyak cerita tau!'' Kata Maya dengan nada yang sangat teruja. Kausar 'hmm' kan je.

Kubu di laluan ini dikenali sebagai Pill Box dalam kalangan orang tempatan Johor. Kubu hasil peninggalan pihak British ketika perang dunia ke-2 untuk menyekat kemaraan tentera Jepun. Ramai yang beranggapan kubu ni kubu Jepun. Tapi tidak. Menurut cerita, kubu ini tak digunakan pun sebab Jepun membuat serangan udara.

''Short quiz. Bilakah perang dunia ke-2?'' sengaja Maya nak menguji Kausar punya sejarah.

'' Yang i tahu ended 1945. When it started I'm not sure la. And kita ada Jepun kat Tanah Melayu. Hebat tak i?''

''Awesome!! Perang dunia ke-2 berakhir lepas 6 tahun. So, bermula tahun 1939. Kubu paling famous kat Malaysia ni apa?''

''Senang sangat. A Famosa la. Alfonso de Albuquerque. Portugis punya kubu kan. Cuba la tanya soalan mencabar sikit.''

''Riak sungguh mamat ni. Sebutan betul A.Famosa bukan 'a' tapi 'ah'. 'Ah' Famosa.'' balas Maya.

''Baik cikgu! Tu kubu lagi. Jom berhenti ambik gambar nak?'' minta Kausar.

''Always okay. Jom!''

Kausar memberi signal ke kanan. Kereta di parkir betul bersebelahan kubu. Enjin dimatikan. Pintu ditutup serentak. Terdapat bahagian kubu yang sedikit kehijauan disebabkan oleh lumut. Terdapat juga vandalisme oleh sesetengah manusia tak bermoral. Mereka mengambil beberapa keping gambar sebelum mengelilingi kubu tersebut.

''Macam mana nak masuk?'' Kausar mencari pintu masuk ke dalam kubu tersebut.

''Eh jangan nak gedik. Tak boleh masuk laa.'' Tegur Maya.

''Kenapa? Dah tu macam mana askar masuk?'' Kaisar tak berpuas hati.

''I pernah dengar cerita seram tau area sini.'' Bisik Maya. Kaisar tesenyum sinis.

Ada pemandu pernah nampak kelibat tentera Jepun dekat kawasan kubu ini. Kawasan kubu ni jugak kerap berlaku kemalangan bahaya. Ada juga cerita yang mengatakan, ada orang pernah jumpa senapang lama zaman peperangan dahulu. Masakan ada cerita begitu jika tiada angin.

''U nak cakap i karut marut la tu. i serious ni tau. Bahaya laa!'' Marah Maya. Kaisar buat tak dengar. Masih mencari di sekeliling kubu.

Pintu kubu jenis begini biasanya terletak di bahagian atas. Maya tahu tapi bila tengok Kausar yang bersungguh nak masuk, Maya malas nak bagi tahu. Bukan ada apa yang menarik pun di dalam tu. Hanya batu dan mungkin... rumput atau daun kering.

''Maya.. Come here! I think I saw something.'' Kaisar menarik lengan Maya menunjukkan sesuatu di tepi kubu tersebut. Mereka saling berpandangan.

avataravatar