1 Bab 1 - Percutian

Angin pagi pantai bertiup halus membelai rambut lembut Maya. Matahari mula menyinari pantai yang kelam. Kedengaran tenang ombak menghempas pasir pantai. Maya menghirup kopi mocha kegemarannya yang masih panas. Jarinya sibuk scrolling email di Outlook. Setelah beberapa minit melihat tiada email penting dari klien, Maya meletakkan telefon di atas meja. Keluhan kecil dihembus.

Kedengaran pintu biliknya diketuk bertalu-talu dari luar. Pasti rakannya si Kaisar. Pintu dibuka, kelihatan rakannya Kaisar menguap dengan muka baru bangun tidur. Dia hanya berseluar pendek hitam tanpa baju.

''Haa, dari tadi i call tak angkat. Pukul berapa ni baru bangun?'' tanya Maya sambil mencekak pinggang.

''Eh, u tu bangun awal sangat kenapa? Kita tengah holiday ni kan. Relax laa.'' jawap Kaisar perlahan.

''Semalam siapa yang cakap nak tengok sunrise tu? I kejutkan tak bangun pulak. I tengok jela sorang.'' Bebel Maya. Kaisar tersengih menampakkan barisan gigi putihnya.

"Tak payah nak sengih sangat. Pergi mandi, packing barang then kita turun breakfast.'' sambung Maya.

''Okay. Alahh u ni. Pagi lagi dah bebel.'' Kaisar berjalan ke arah biliknya. Maya mengeleng gelengkan kepalanya sambil memerhatikan rakannya itu.

....

Jam menunjukkan pukul sembilan tepat. Maya menarik bagasi kecilnya keluar bilik. Kunci bilik dipulangkan di kaunter. Maya sempat mengerling ke arah Kaisar yang pakaian serba hitam, bertopi menunggunya di luar chalet mereka.

''Tengok! I jugakkan yang siap dulu.'' Kaisar mengangkat kedua keningnya. Bangga.

''Yelah. U menang. Happy?''

''Apa la yang perempuan siap lama sangat. Padahal lebih satu baju je dari lelaki.'' kata Kaisar sambil ketawa perlahan.

Mereka berjalan beriringan ke jeti. Kelihatan beberapa pelancong sedang bersembang dan letawa gembira menunggu feri. Setelah tiga hari di Pulau Tioman, terasa berat untuk pulang dan kembali bekerja di Kuala Lumpur.

Maya dan Kaisar masing-masing berkongsi cerita setelah beberapa lama mereka tidak bersua. Kadang diselingkan dengan ketawa dengan pelbagai cerita lucu. Mereka merupakan kenalan dari video game dan menjadi kawan baik selama dua tahun tanpa mereka sedar. Perjalanan selama lebih dua jam membuatkan mereka kehabisan cerita.

Kaisar mendapat beberapa hari cuti ganti disebabkan perlu bekerja dan ganti rakan sekerja yang sakit. Dia merupakan seorang doktor di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Seorang yang tinggi, kurus dan mempunyai kulit yang cerah.

Maya pula bekerja di syarikat swasta sebagai junior eksekutif. Dia juga tinggi jika dibandingkan dengan wanita lain yang rendah di Malaysia. Kurus dan mempunyai kulit yang sedikit gelap. Disebabkan Kausar mengajak untuk pergi bercuti, Maya mencadangkan untuk pergi ke Pulau Tioman.

Feri tiba di Jeti Tanjung Gemok. Maya yang pening berjalan mendahului Kausar. Mereka berhenti untuk minum dan menggilangkan pening sekejap di kedai makan berhampiran. Kausar pergi ke kaunter untuk membayar parking kereta. Bagasi ditinggalkan di meja makan bersama Maya.

Mereka mempunyai satu hari lagi cuti. Kausar mahu menghabiskan lagi satu hari di Johor Bahru. Hasil desakan Kausar, Maya menurutnya ke Johor Bahru. Ingin melihat pusat membeli belah dan ke Johor Premium Outlet (JPO) untuk membeli pakaian baru.

Bagasi dimasukkan ke dalam bonet kereta. Kausar menutup bonet kereta sambil memandang Maya yang berjalan ke arahnya. Maya mengangkat plastik makanan sambil tersenyum memandang Kaisar. Dia kelihatan cantik dengan blaus simple berwarna ungu dan berseluar jeans. Rambut beralun paras bahu diikat separuh tocang.

''Let's go!''

avataravatar
Next chapter