webnovel

Memori Hitam [1]

Pada malam yang tenang, Xiao Yun Er beserta abangnya, Xiao Yun Zi sedang bersiar-siar bersama di tengah kota dengan di temani oleh beberapa pengawal peribadi mereka yang menyamar sebagai orang biasa. Hal ini uuntuk mengelakkan mereka berdua ditangkap oleh pihak polis yang memburu mereka serta ibu bapa mereka.

"Abang~ boleh tak Yun Er nak pergi kedai buku, ada komik keluaran terbaru kegemaran saya" , rayu Yun Er sambil mengerdipkan matanya ke arah abang kesayangannya itu.

"Haih... ada - ada sajalah kamu ni. Oklah abang benarkan ", kata Yun Zi samabil mengeluh melihat telatah Si Adik.

"Horeeeee. Terima kasih abang. Saaaayangggg abang", jawab Yun Er sambil memeluk abangnya.

Mereka pun pergi ke kedai buku yang dikatakan oleh Yun Er dan membeli buku komik kegemarannya.Setelah selesai mereka pergi ke Restoran Diamond dan Si Abang memesan beberapa makanan dan dua gelas air sementara pengawal peribadi mereka mengawal di sekitar kawasan restoran.

Tidak lama kemudian, mereka menyudahkan makan malam mereka. Dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan musuh lama ayah mereka dan beberapa orang suruhan bagi orang itu menembak beberapa das peluru ke arah mereka. 6 orang pengawal peribadi mereka membalas tembakan yang mereka terima sementara 4 orang pengawal peribadi mereka lagi membawa mereka pergi dari sana.

Malang tidak berbau apabila 8 orang daripada 10 pengawal itu ditembak dengan tepat di bahagian dada dan kepala mereka. Kedua - dua beradik itu terpana melihat kejadian yang berlaku di hadapan mata mereka. Terkejut bukan kepalang apabila mereka melihat dua lagi pengawal mereka ditembak di hadapan mata mereka.

Mereka cuba untuk melarikan diri daripada tempat tersebut akan tetapi kaki mereka terasa seolah - olah melekat dan tidak mahu berganjak dari tempat itu . Mereka melihat orang - orang tersebut mendekati mereka sambil darah menitik turun dari baju dan muka mereka. Si adik menjerit apabila salah seorang daripada orang - orang itu mengacukan pistol ke arah mereka. Si abang cuba menenangkan adiknya dengan menyorokkan adiknya di belakangnya.

" Hahahahahah" , ketawa musuh ayah mereka.

" Korang tak akan berjaya melarikan diri dari aku. Aku akan pastikan ayah korang terima balasan atas apa yang telah dia lakukan pada keluarga aku! Tapi jangan risau, aku akan siat kulit korang dulu sebelum aku pengal kepala korang dan hantarkannya sebagai hadiah untuk ayah korang nanti. Hahahhahahahhahah," kata orang itu sambil ketawa lagi .

Ketika lelaki itu cuba untuk menembak mereka, tiba - tiba langit menjadi bising dengan bunyi guruh yang kederangan secara tiba - tiba. Semua orang yang berada disana memandang ke arah langit yang gelap itu tanpa menyedari terdapat dua pancaran yang mendekati mereka dan pancaran tersebut menuju kearah dua beradik itu tanpa dua beradik itu sedari.

Sebaik sahaja mereka melihat sesuatu yang terang datang dari arah belakang mereka. Akan tetapi semua itu telah terlambat apabila mereka mata mereka terasa silau dari cahaya itu dan mereka merasakan keadaan di sekeliling mereka mula menghilang.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Di kediaman Xiao

"Apa yang telah berlaku kepada Tuan Muda Kedua dan Cik Muda Kedua, hah!" kata Tuan Tua Xiao.

" Macam mana perkara ini boleh berlaku....kenapa kedua Tuan Muda dan Cik Muda boleh terjatuh kedalam gaung pula...", sambung Tuan Xiao pula.

" Se...benarnya..... Tuan Muda dan Cik Muda sedang berlatih di Bukit Bulan Darah sebentar ta.....di apabila bebe....rapa haiwan ma...ma..magis tiba - tiba datang ke arah mereka semasa mereka sedang ber..ber..berlatih da..dan mereka terus terjatuh ke dalam gaung... Tu..tuan Xiao", kata pengawal dan pembantu yang telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan mereka sambil tergagap - gagap

Next chapter