1 Welcome To My Life

🍁🍁🍁🍁🍁

CHAPTER 1

🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Flashback....

Segalanya terasa berat dan kedap.

Sesiapa!Tolonglah selamatkan dia.

SESIAPA!!!!!!

           "ARGHHHHH!!!!!!LEPAS!LEPASKAN AKU!!!!!" sedayanya dia bergelut agar dirinya dilepaskan. Sampaikan rasa sakit tidak dirasai kerana perasaan takut yang menguasai diri ketika itu memaksa dia untuk melupakannya.

Lelaki yang ada di atasnya malah meneruskan perbuatan terkutuk itu terhadap dirinya tanpa hati perut.

              "Diamlah...kau kata kau dah janji nak bersama dengan aku...cintakan aku!!!Apa salahnya kalau kita buat semua ni?"suara bisikan itu kedengaran rapat di tepi telinganya.

Sambil teresak-esak menangis, dia merintih sakit.

           "Aku tak nak...tolonglah berhenti! Sakit!!!!Arghhh"ibarat jeritannya hanya kedengaran dalam kepala saja waktu itu. Hendak terkeluar anak tekaknya tetapi dia tidak dapat hendak menolaknya.

Badannya di'jajah' tanpa kerelaannya. Dipaksa walaupun dia menjerit tidak mahu. Didesak walaupun dia menolaknya.

Namun apakan dayanya, kudrat seorang perempuan menentang daya lelaki yang telah meracuni dirinya dengan dadah.

Betapa remuknya hatinya waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu dirinya ini tidak lagi suci!

Dinodai lelaki yang dulu dia anggap sebagai sahabat dan kekasih hatinya. Lelaki yang dia percayai telah memperdayakan diri 16 tahunnya.

Hancur punah semuanya!

Kalau la dia tidak bersetuju untuk keluar   bersama dengan teman lelakinya. Sudahpasti dirinya tidak bercela!

Pasti dirinya dulu tidak akan jadi dirinya yang sekarang ini....

End of flashback.

Knock!

Knock!

Buku ruas itu hinggap di permukaan kaunter. Menerbitkan menung pekerja yang sedang berdiri dengan topeng kebersihan di mulut. Disebabkan kepalanya turut di kenakan topi, hanya mata pekerja itu sahaja dapat di lihat oleh pelanggan tersebut.

             "Morning...saya ganggu awak termenung ke?"tegur pelanggan lelaki itu dengan mesra. Senyuman manis kemudian terukir di bibir sesaat selepas itu. Buatkan wajah itu kelihatan sedap mata memandang.

Zehra yang sedang berdiri di belakang kaunter lekas-lekas menggeleng kepala. Bahang terasa di segenap inci wajahnya. Buat malu je! Mujur bukan supervisor bakery yang tegur dia! Kalau orang tu pasti sudah di leteri! Lantas dia pun menyambut.

             "Selamat datang ke Sunflower Bakery, boleh saya bantu?" ucap Zehra dengan formaliti.

Pelanggan lelaki yang berpakaian sweatpant dan set pakaian berjogging itu pandang sekitar kaunter dan rak display yang penuh dengan roti dan pastri untuk seketika.

             "Hmmm...nak apa ya?"jeda lelaki itu dengan panjang. Tidak lama dia lihat makanan yang ada, dengan bersahaja tubuhnya di sondong ke depan Zehra. "Saya baru pindah ke sini...jadi tak sure makanan mana yang sedap. Perut saya ni senang meragam....awak ada apa-apa cadangan?"

Untuk seketika, tindakan tiba-tiba lelaki itu buatkan Zehra hampir mahu mengundur ke belakang kerana refleks. Tetapi dia kawal dirinya supaya peristiwa yang sama seperti tempoh hari tidak akan terjadi semula.

Walaupun 5 tahun berlalu, rasa trauma dan rasa takut dia pada lelaki masih ada. Malah perasaan jijik dan kotor itu sentiasa berlegar-legar dalam kepalanya setiap kali dia menghembuskan nafasnya.

Berasa tidak layak sama sekali untuk hidup di muka bumi ni!

              "Encik alergi terhadap gandum?" Zehra pandang tidak berminat akan pelanggan lelaki di hadapannya ketika itu. Dalam diam tangan yang berada di bawah kaunter digenggam seeratnya supaya tidak hilang kawalan di situ.

              "Tak."

              "Kalau macam tu saya cadangkan chocolate swissroll. Ianya ada menu popular kami." ujar Zehra dengan susah payah mengawal nada cemasnya.

Seperti manusia paling bahagia di dunia, pelanggan lelaki itu mengangguk kepala sambil tersenyum menampakkan barisan gigi putihnya.

              "Sure...untuk minuman berikan saya hot latte."suara itu lunak dan tenang sahaja untuk di dengar.

Tapi semua itu sikit pun tidak dapat hilangkan rasa takut yang dirasai Zehra.

Zehra mengangguk kepala. Dia mula gerak ke kanan kaunter dan mula membungkus pesanan pelanggannya itu.

Semasa dia tunduk membongkok mahu membungkus makanan di dalam kotak khas, fikirannya menerawang akan kejadian dimana dia diserang histeria apabila seorang pelanggan lelaki memegang lengannya.

Pelanggan itu bukannya hendak apa-apakan dia. Lelaki itu hanya mahu meminta pertolongan saja dari dia memandangkan waktu itu dia langsung tidak dengar dirinya di panggil.

Zehra pun apalagi, terpegang sahaja lengan dia, menjerit sekedai la dibuatnya. Terperanjat semua pengunjung dan supervisor dia waktu itu. Pelanggan lelaki tu jangan cakap la. Malu teruk!

Tak pasal-pasal kena bebel dengan supervisor bakery dia tak lama lepas tu.

Sumpah ianya benar-benar menakutkan dia. Kalau boleh dia nak semua lelaki di muka bumi ini lenyap! Dia enggan melihat mereka apalagi berada hampir dengan kewujudan mereka di suatu ruangan!

          Tidak semena tangannya mula menggigil.  Menyebakan penyepit makanan yang dipegang terjatuh ke lantai. Menghasilkan bunyi yang menarik perhatian pelanggan lelaki tadi. Zehra yang tersentak menahan nafas terkejutnya. Dia lihat tangan kanan dia mula menggeletar. "Sh*t!"lafaznya dari balik topeng mulut itu.

Takkan la masa ni jugak badan dia nak buat hal!?

           "Kenapa?Awak tak apa-apa?"tanya pelanggan itu sambil jengah kepala ke balik kaunter semata hendak lihat keadaan Zehra di situ. Terkejut punya pasal!

            Kepala Zehra dengan lekas tersentak memandang pelanggan lelaki itu. Dadanya sempit dan kepalanya terasa ringan. Haish!Kenapa la sibuk bertanya!Buat dia makin takut je la.  "Maaf...saya terlepas pegang."ucapnya dalam keadaan menggeletar itu. Dalam keadaan lutut kaki seperti mahu hilang daya, dia atur langkah ke kaunter semula. Mula menyediakan minuman pula.

Pelanggan lelaki tadi tidak beri sebaramg komen. Dia berkerut kening tidak faham dan ingin tahu. Dalam hati, dia harap kehadirannya itu tidak menyusahkan staf bakeri ni.

Tiga minit kemudian, selepas bergelut bagai nak apa, akhirnya Zehra selesai menyiapkan pesanan tersebut.

            "Maaf kerana lama menunggu. Ini pesanan encik. Semuanya 12$." plastik berisi kotak pastri dan satu papercup berisi latte di sua ke depan ata kaunter.

Pelanggan lelaki itu ikut sua duit di atas kaunter itu. Lantas mengangguk kepala sebagai balasan ucapan itu.

             "Terima kasih..." ujarnya sambil mematai Zehra dengan lama. Bukan apa, dia cuma nak tahu je. Sebab sepasang mata yang terlindung di balik topi, topeng mulut dan uniform labuh terlebih saiz itu buatkan perasaan ingin tahu dia membuak-buak!

Zehra beri tundukkan kecil sejurus itu. Langsung tidak memandang pelanggan tersebut kerana berasa tidak sabar supaya orang itu lekas keluar.

Buat kali terakhir saat dia membuka pintu kaca bakeri itu, pelanggan itu sempat mengerling ke nametag yang dipakai oleh staf itu.

Zehra Ivory.

🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂

Hi Buddies Webnovel.

Ini adalah cerita terakhir sebelum Tinta hiatus buat sementara waktu.

Hope you guys enjoy it.

Please leave comment or anything if you want me to keep the chapter on.

terima kasih sebab sudi baca.

avataravatar
Next chapter