7 Bab 7

"Sebenarnya saya ada hal sikit nak bagitau kat kamu.. Err... Ada hal sikit nak bincang... Itu pun kalau kamu tidak keberatan lah." Dr. Amzar Syakif memulakan bicara.

"Hal? Hal apa tu tuan? Saya ada lakukan salah laku ke?" Dr. Nora Yuhanis memandang tepat kearah sepasang mata Dr. Amzar Syakif.

"Bukan macam tu. Er... Kat mana yer saya patut mula. Macam ni..."

"Saya mendapat surat daripada kementerian mengenai satu program yang kamu sertai, kamu sedia maklum kan program apa." Dr. Amzar Syakif mengeluarkan sepucuk surat rasmi daripada failnya yang bertanda 'confidential'.

Dr. Nora Yuhanis hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja. Sekali sekala rambut ikal mayangnya di rapikan tanda dia sedang gemuruh untuk mengetahui bait-bait kata yang bakal di luahkan oleh ketua jabatannya. Namun, dia yakin dia tidak melakukan sebarang kesalahan mahupun kesilapan.

"Saya diberitahu oleh pihak kementerian untuk memberi masa fleksibel kepada kamu, supaya kamu boleh fokus untuk menjalani tempoh latihan nanti. Pada pendapat peribadi saya, saya memang tak kisah pun kalau awak nak join program ni. In fact, saya sangat berbangga kalau awak terpilih untuk menjadi top 10 atau top 5 sekalipun. Tapi, saya agak terkilan sedikit sebab awak tak pernah berbincang dengan pihak pengurusan hospital yang awak nak sertai program macam ni. Awak dah melanggar polisi anggota perkhidmatan awam. Saya mahukan penjelasan awak." ujar Dr. Amzar Syakif panjang lebar.

"Sebelum tu, tuan. Saya nak minta maaf sebab saya tak berbincang dengan pihak pengurusan hospital ni. Untuk pengetahuan tuan, saya daftar masuk program Angkasawan kedua ni atas kapasiti sebagai seorang individu, bukan sebagai staff mahupun kakitangan awam. Namun, saya tidak menyangka untuk sampai ke tahap ini dan last pemilihan di Hospital Cyberjaya tempoh hari, memang kami (calon-calon) kena buat full physical check up dan kakitangan hospital tu pulak kenal saya, so, saya memang tak berniat untuk sorokkan apa-apa maklumat daripada pihak pengurusan dan pihak tuan sendiri. "

"Lagipun tuan, ini memang cita-cita saya daripada kecil untuk mengembara ke angkasaraya lagi, i wanna persue my dream." Dr. Nora Yuhanis menundukkan wajahnya.

"Dr. It's okay. Saya tak kata yang awak dah lakukan kesilapan. Saya just mahukan penjelasan awak. Kalau awak dah kata macam tu, it's okay. Saya faham. Everyone has a dream."

"Nanti, saya akan buat surat ke kementerian untuk tentukan masa-masa fleksibel buat awak. Saya juga akan buat surat untuk pihak pengurusan meminda jadual waktu bertugas doktor. Tapi, awak kena ingat, jika masa fleksibel telah ditetapkan nanti, kebarangkalian untuk awak masuk time weekend adalah tinggi, sebab awak dah dapat greenlight untuk masa fleksibel tau." Dr. Amzar Syakif menyemak semula jadual-jadual dan dokumen yang telah disusun rapi didalam failnya.

"Baik, tuan. Saya amat menghargai budi bicara dan kefahaman pihak tuan dalam menguruskan jadual masa fleksibel saya sewaktu latihan nanti sekiranya saya terpilih untuk menjadi angkasawan kelak. Insya-Allah." Dr. Nora Yuhanis tersenyum selepas mendapat kata putus daripada ketua jabatannya.

"Oh, one more things, saya difahamkan awak akan meneruskan kajian-kajian yang pernah dibuat oleh Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dahulu kan? Awak sudah sedia untuk terjun dalam bidang research & development?" Dr. Amzar Syakif memandang kembali ke arah wajah Dr. Nora Yuhanis sambil membetulkan kaca matanya yang tebal itu.

" Ya, tuan. Saya juga difahamkan begitu lah hendaknya, jika menurut kepada kenyataan ketua program semasa taklimat awal di hospital Cyberjaya bulan lepas." Dr. Nora Yuhanis kembali mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Baiklah kalau begitu. Dr. Nora Yuhanis, saya sebagai ketua jabatan amat berharap agar awak dapat mengharumkan nama hospital kita ini. Semoga terus maju jaya." Dr. Amzar Syakif melemparkan sekuntum senyuman di sebalik garis-garis penuaan yang terbit disekitar bibirnya.

"Terima kasih, tuan. Jasa tuan amat saya sanjungi. Terima kasih tuan kerana memberi peluang kepada saya untuk persue impian saya yang satu ini. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan tuan." Dr. Nora Yuhanis berterima kasih kepada ketua jabatannya yang tidak putus-putus memberikan sokongan padu kepadanya.

Dr. Nora Yuhanis bingkas bangkit lalu berlalu keluar daripada bilik ketua jabatan hospitalnya itu.

***

Latihan pertama bagi pemilihan peringkat seterusnya untuk menjadi angkasawan kedua negara berlangsung di Pusat Penyelidikan Dan Latihan Simulator-G (PULLS-G), Institut Perubatan Penerbangan yang berada di Subang. Melalui latihan ini, pemeriksaan perubatan yang lebih teliti, telus dan menyeluruh telah dilakukan bagi memastikan calon-calon yang benar-benar layak sahaja yang bakal terpilih untuk menyertai program berkos tinggi ini. Difahamkan, hanya seramai 110 orang calon sahaja yang layak ke peringkat ini dengan jayanya, iaitu terdiri daripada 80 orang calon lelaki dan 30 orang calon wanita, termasuklah Dr. Nora Yuhanis.

Sepanjang seminggu menjalani latihan, mereka telah didedahkan dengan pemeriksaan perubatan aero, pemeriksaan dedahan sinar radiasi, dan pemeriksaan kesihatan berkala. Pemeriksaan ujian perubatan aero melibatkan ujian darah, pemeriksaan penglihatan dengan bantuan teknologi kecerdasan pintar (AI), pemeriksaan audiometrik untuk mendapatkan skala numerik dan empirikal bagi tahap pendengaran calon-calon, ujian X-Ray abdomen khususnya dibahagian perut dan dada dan ujian elektro-kardiogram untuk mengesan kadar reaksi jantung yang tidak normal atau tidak stabil.

Seterusnya, ujian ultrabunyi (ultrasound) jantung dengan menggunakan sebuah peranti khas bagi menguji sejauh manakah kesihatan jantung bagi para calon yang disenarai pendek. Pemeriksaan gigi yang penuh teliti juga telah dilakukan, antaranya termasuklah ujian oropentogram ataupun X-ray di bahagian gigi, termasuklah tulang rahang bawah. Pemeriksaan gigi ini telah dinilai oleh seramai sepuluh orang pakar bedah gigi. Dr. Nora Yuhanis bersyukur kerana beliau amat menjaga kebersihan gigi dan gusi, dan kerap mengamalkan kumuran cecair Oradex selepas setiap kali memberus gigi. Difahamkan, kesihatan gigi merupakan aspek terpenting kerana jika calon-calon mempunyai masalah gigi di angkasa kelak, adalah amatlah sukar untuk mereka fokus kepada tugas hakiki mereka iaitu menjalankan eksperimen.

Pada hari keempat dan kelima, calon-calon telah menjalani ujian psikologi dan kebolehan berfikir, menyelesaikan masalah dan kemahiran bertindak aras tinggi. Pada mulanya, calon-calon akan diberikan 3,000 soalan dalam masa sejam setengah dengan kepelbagaian jenis soalan yang berlainan genre seperti adakah calon-calon gemar berkebun ataupun membela kucing, warna apakah yang lebih digemari calon dan posisi apakah yang paling digemari calon ketika tidur. Walaupun agak pelik dengan senarai soalan yang diberikan, Dr. Nora Yuhanis berjaya menghabiskan menjawab soalan-soalan yang lebih cenderung kepada psikologi ini dengan jayanya.

Mereka kemudiannya dibawa ke sebuah bilik khas dengan sebuah kerusi perbaringan seakan-akan kerusi untuk memcabut gigi telah tersedia. Peserta akan dimasukkan dengan sejenis cecair yang membuatkan calon-calon berada pada zon separuh sedar. Manakala kepala calon akan dilekatkan dengan 4 jenis wayar yang bersambung dengan satu alat radiogram khas bagi memantau sebarang tindak balas dan aktiviti abnormal pada bahagian otak khususnya di abdomen Medulla Oblongata. Minda mereka akan diuji dengan perasaan ketakutan yang paling dahsyat, iaitu perasaan ketakutan yang tersimpan jauh didasar lubuk hati paling dalam bagi setiap calon. Dalam keadaan separuh sedar dan berkhayal, hanya bahagian otak sahaja yang berfungsi. Para peserta akan diperlihatkan dengan setiap cabaran ketakutan masing-masing dan mereka perlu mencari jalan untuk mengatasi ketakutan tersebut dan apakah caranya mereka menyelesaikan masalah mengikut teknik kebolehan yang tersendiri. Untuk rekod yang lepas, kebanyakan calon gagal melepasi halangan emosi separuh sedar ini dan ada peserta yang terpaksa dibawa ke hospital setelah tidak sedarkan diri.

Ada yang mempunyai ketakutan dengan ketinggian, ada yang mempunyai ketakutan lemas di lautan, dan Dr. Nora Yuhanis juga mempunyai ketakutannya yang tersendiri. Beliau mempunyai ketakutan dengan ayahnya. Semenjak kecik lagi, beliau telah puas dibelasah dengan ayahnya, tidak kirahlah dengan menggunakan tali pinggang, tempat penyangkut baju mahupun getah paip, tidak pernah tidak segala kemarahan ayahnya dilampiaskan kearah Dr. Nora Yuhanis ketika dia berusia 3 tahun tahun lagi. Beliau adalah mangsa keganasan oleh bapanya walaupun bapanya kelihatan alim diluar. Tidak hairanlah sekurang-kurangnya, sekali sebulan dia akan termimpikan segala keganasan yang dilakukan oleh bapanya ketika dia masih kecil.

Ini menjadi satu episod trauma hitam yang paling terkesan dalam hidupnya. TIdak hairanlah dia amat membenci ayahnya dan sehingga kini, masih tidak berani untuk berhadapan dengan ayahnya walaupun sudah lebih 25 tahun kejadian tersebut berlalu. Namun, berkat kekuatan yang telah digarap dan bantuan amalan lucid dream ataupun kaedah mengawal mimpi ketika sedang tidur oleh Dr. Nora Yuhanis sejak sekian lama, dia berjaya mengharungi ujian halangan separuh sedar terbabit dan berjaya menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan membuktikan kejayaan hidupnya terhadap ayahnya.

Pada hari-hari terakhir, setiap calon akan menjalani sesi dengan tiga orang pakar sakit jiwa secara persorangan selama dua jam. Mereka akan di soal selidik bermula dengan latar belakang, keluarga, pengalaman zaman kanak-kanak, cara-cara mereka dibesarkan dan diberi pendidikan, sehinggalah kepada soalan-soalan berkaitan latar belakang pendidikan tertinggi dan pengalaman pekerjaan yang terkini. Calon-calon tidak boleh menyembunyikkan waima secebis maklumat pun kerana ianya akan direkodkan dalam satu dokumen untuk proses dokumentasi bagi proses pemilihan yang seterusnya. Namun, segala maklumat peribadi akan dirahsiakan oleh pihak kerajaan dan ini hanyalah sebagai rekod dokumentasi. Dr. Nora Yuhanis tidak teragak-agak untuk meyatakan dirinya merupakan bekas golongan gelandangan yang untung sabut timbul, untung batu tenggelam suatu masa dahulu.

Rezekinya pada waktu itu bolehlah diibaratkan sebagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun, ini semualah yang telah membina jati dirinya menjadi seorang yang berperikemanusiaan, berjiwa murni dan amat tersentuh dengan golongan yang susah kerana dia juga pernah berada pada tahap begitu suatu masa dahulu. Namun, itu semua tidak pernah melunturkan semangat dirinya untuk menjadi seorang insan yang boleh berbakti kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

***

avataravatar
Next chapter