6 Bab 6

Dr. Nora Yuhanis kembali menjalani kehidupan normal seperti sedia kala sementara menunggu keputusan ujian fizikal yang telah dilakukan. Dia meletakkan sepenuh kepercayaan jawatankuasa pemilihan untuk memilih di antara yang terbaik selain kekal berdoa agar Allah SWT mempermudahkan segala urusannya. Dia percaya jika itulah rezekinya yang telah ditakdirkan, maka, dia hanya berserah kepada takdir setelah segala usaha yang telah dilakukan.

Sementara itu, semasa melakukan tugas hariannya di hospital, Nurse Orkid ada menanyakan tentang perkembangan proses pemilihan kerana hanya Nurse Orkid sahaja yang mengetahui akan keterlibatan Dr. Nora Yuhanis akan program Angkasawan kedua itu.

"Doc, macam mana dengan pemilihan haritu, okay tak?" Nurse Orkid berbisik-bisik sambil tersengih-sengih apabila mengetahui Dr. Nora Yuhanis berjaya memasuki fasa kedua pemilihan. Seakan-akan mak cik bawang yang sedang mengorek cerita-cerita sensasi daripada rakan sekerja lagaknya.

"Okay je. Cuma kena buat medical check up yang details, terkejut saya kena bogel dalam bilik tu. Nasib yang check tu doc perempuan, last-last katanya pernah nampak saya dulu, saya manalah nak ingat. Tapi saya buat-buat sengih je lah mengiakan." Dr. Nora Yuhanis membuka bicara. Keadaan di kantin hospital pagi itu agak lengang sedikit, hanya mereka berdua sahaja yang kelihatan duduk di bangku kantin selain mak cik kantin dan pembantunya yang berada di bahagian dapur.

"Betul ke doc depa suruh bukak baju... Ish ish ish... Tapi kan, memang logik laa kan? Bukan benda kaleng-kaleng nak cari orang yang betul-betul boleh bawak misi besar pergi angkasa. Siap wakil negara lagi tuu. Fuyooo..." Nurse Orkid hanya menggelengkan kepalanya.

"Haa betul lah tu. Cuma saya tak pasti laa berapa lama nak tunggu results. Harap-harap ada berita gembira lah nanti gamaknya. Letih dok asyik menunggu aje." Dr. Nora Yuhanis kembali melemparkan pandangannya ke luar tingkap kantin hospital berkenaan sambil termenung jauh.

"Doc... Doc... Ramai tak bakal zauj (lelaki bujang) kat situ? Mesti ramai kan? Kan?" Nurse Orkid meleret-leret alis matanya ke arah Dr. Nora Yuhanis sambil tersengih-sengih manja ke arah Dr. Nora Yuhanis. Walaupun berperangai begitu seperti keanak-anakan, namun Nurse Orkid sudah mempunyai 2 cahaya mata.

"Ishh kamu ni. Sampai ke situ pulak perginya. Saya bukan ke sana untuk mencari jodoh yer, wahai Puan Nurse Orkid. Saya kan ada misi penting, misi untuk negara. Ada-ada je lah kamu ni." Nada suara Dr. Nora Yuhanis sedikit tinggi lalu mencebikkan mukanya tanda sedikit angry.

"Ala... Itu pun nak amik hati. Maklumlah, doc kan muda lagi, single trang tang tang, wajah dah seakan-akan aktress yang ada chinese look mix Pakistani, mestilah ramai yang tergoda, tertarik! Apa ek yang orang zaman sekarang cakap, i've lots of mix... Tak gitu docs?" Nurse Orkid berseloroh dengan Dr. Nora Yuhanis. Dia tahu Dr. Nora tidak akan mengambil hati dengan kata-katanya kerana dia hanya berniat untuk menyakat sahaja, tidak lebih dari itu.

"Ishh... Memandai je lah kamu. Dah dah... Kang kita lepak lama-lama kat sini, banyak pulak mata-mata yang memerhatilan kita ni. Haa just nak inform, harini saya ada appointment dengan patient yang ketegaq tak nak vaksin anak depa tu. Kamu call dia sampai dapat, suh dia datang hospital hari ni. Tak pagi, petang pun saya free sampai pukul 3. Pukul 3 saya ada meeting audit pengurusan kewangan sebab dah hujung tahun dah kan, pukul 4 pula saya ada taklimat pasal bajet tahun depan. Kalau tak silap saya anak dia yang bersalin dengan doula kat rumah dulu tu ada jaundice, bacaan kuning tinggi sangat tu. " perintah Dr. Nora Yuhanis kepada Nurse Orkid.

"Baiklah doc. Nanti segala fail patients tu, saya serahkan kat doc. Kalau patients dah mai, saya suruh depa daftar dulu kat kaunter. Satgi apa-apa saya inform doc yer." Nurse Orkid bangun lalu berlalu pergi ke arah kaunter untuk mencari fail-fail pesakit yang mempunyai temu janji hari itu. Dr. Nora Yuhanis hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihatkan gelagat pembantunya itu.

***

GENAP sebulan selepas proses pemilihan untuk pemeriksaan perubatan asas, Dr. Nora Yuhanis menerima sepucuk surat rasmi dengan kepala surat daripada Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan logo 'Program Angkasawan Negara' dibahagian bawah envelope berkenaan. Surat itu menyatakan bahawa Dr. Nora Yuhanis berjaya layak untuk ke peringkat seterusnya dan dia diminta untuk hadir ke Pusat Penyelidikan dan Simulator-G (PULLS-G), Subang pada hujung minggu ini untuk proses pemilihan yang seterusnya. Yang peliknya, surat ini dihantar ke pejabatnya di hospital dan bukannya ke rumah kediamannya seperti kebiasaan. Apapun, Dr. Nora Yuhanis merasa amat gembira dengan kelayakannya untuk ke peringkat seterusnya dan pasti tidak akan mensia-siakan ruang dan peluang yang ada ini untuk membuktikan bahawa dia juga layak untuk menjadi angkasawan negara.

Namun, tidak disangka-sangka, berita mengenai surat yang diterima oleh Dr. Nora Yuhanis telah tersebar dengan luas sehingga ke pelusuk hospital. Medical assistance (MA), nurse, cleaner mahupun mak cik kantin hospital sudah mengetahui hal ini. Walaupun mereka tidak pasti mengenai apakah isi kandungan surat berkenaan, namun, mereka telah dapat boleh meng-agak bahawa terdapat sesuatu yang positif telah berjaya dicapai oleh salah seorang kakitangan hospital berkenaan. Sesuatu yang boleh dibanggakan akhirnya menerpa ke dalam sanubari setiap kakitangan hospital berkenaan.

Disepanjang perjalanan Dr. Nora Yuhanis ke kantin pagi itu, setiap orang yang berselisih dengannya akan mengucapkan ucapan 'tahniah doc' namun dia tidak mengetahui akan apakah ucapan tahniah itu ditujukan. Hanya sekuntum senyuman yang menjadi balasan kepada setiap ucapan tersebut. Hendak kata dia sudah mengumumkan tarikh pernikahan, tidaklah pula kerana dirinya itu pun masih bujang, tiada tunangan mahupun boyfriend. Hendak kata dia sudah berjaya naik pangkat, tidak mungkinlah kerana dia baru sahaja berkhidmat disitu, masakan terlalu awal untuk naik pangkat walhal senior-seniornya masih lagi dalam gred yang sama. Pelik bin ajaib.

"Orkid, apasal semua orang dok ucap tahniah kat saya ni? Saya ada edar kat kahwin kat dieorang ke?" Dr. Nora Yuhanis melabuhkan punggungnya di atas kerusi di kantin hospital berkenaan.

"Ishh doc ni. Manalah saya tahu. Itukan hal peribadi doc, takkanlah saya pulak yang lebih sudu dari kuah. " Nurse Orkid yang sedari tadi sedang menyuakan roti sandwich nya hampir tersedak apabila Dr. Nora Yuhanis bertanyakan soalan berkenaan kepada nya.

"Saya pun tak pasti. Tapi saya cuma dapat meng-agak. Mungkin dieorang semua dah tahu kot?" Dr. Nora Yuhanis meneka. Kemungkinan isi surat rasmi berkenaan telah tersebar luas ke serata pelusuk hospital. Siapa tahu.

"Entahlah doc. Tak payah lah doc fikir. Fokus pada misi doc yang seterusnya je. Takkan lari gunung dikejar. Tapi doc kenalah hati-hati, mesti ramai punya yang akan dengki nanti. Ibaratnya menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Haa gituhh." Nurse Orkid mula bermain dengan peribahasa-peribahasanya.

"Ishh kamu ni. Dah lah, kang lewat pulak nanti."

***

Seusai sahaja Dr. Nora Yuhanis melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk pejabatnya, dia menerima satu panggilan daripada telefon pejabatnya.

"Dr. Nora. Boleh berjumpa saya di bilik saya sekarang?" Kedengaran suara Ketua Jabatan, Dr. Amzar Syakif di hujung talian.

"Baik tuan. Saya datang sekarang." Dr. Nora Yuhanis meletakkan ganggang telefon dan lantas keluar daripada pejabatnya menuju ke bilik ketua jabatan di paras 2.

Bilik ketua jabatan terletak berdekatan bilik bahagian pengurusan, kewangan dan pentadbiran. Pintu bilik ketua jabatan diketuk perlahan dan satu suara garau kedengaran daripada bahagian dalam bilik berkenaan.

"Ya. Silakan masuk." pintu bilik ketua jabatan di kuak perlahan oleh Dr. Nora Yuhanis. Terpacul sosok tubuh seorang lelaki yang berumur hampir separuh abad, bermisai nipis serta berjanggut tebal.

"Silakan duduk, Dr. Nora Yuhanis." Dr. Amzar Syakif membuat isyarat duduk di kerusi yang tersedia di hadapannya.

"Tuan mahu jumpa saya?" Dr. Nora Yuhanis memulakan bicara.

"Iya, betul. Saya nak jumpa dengan Dr. Nora." ujar ketua jabatan Dr. Nora Yuhanis tersebut.

***

avataravatar
Next chapter