4 Bab 4

"Nora, nanti lepas habis kerja, Nora terus balik yer. Ibu nak dinner sama-sama dengan Nora. Ibu ada masakkan makanan special untuk Nora hari ini. Jangan lambat tau." pesanan ringkas daripada Aunty Anne untuk Dr. Nora Yuhanis. Dr. Nora Yuhanis mulanya agak suspicious dengan tingkah laku hanya membiarkan sahaja, dan menganggapnya sebagai makan malam yang biasa sahaja.

"Mungkin birthday budak-budak jagaan ibu kot. Tu yang ibu masak lebih" getus hatinya untuk menyedapkan hati. Ibunya, Aunty Anne mengambil upah untuk menjadi penjaga kepada beberapa orang anak jirannya yang bekerja pada waktu pejabat sebagai mengisi masa lapang yang ada selain dapat membantu meringankan beban jiran-jiran tetangganya. Aunty Anne akan menetapkan anak-anak jagaannya mestilah berusia dalam lingkungan 1 tahun sehingga 5 tahun, dan bayaran kebiasaan dikira sebanyak RM250 sehingga ke RM350 sekepala untuk tempoh sebulan, lebih rendah berbanding market price di pusat jagaan swasta berbayar di lokasi kotaraya terbabit yang terkadang boleh mencecah sehingga ke harga RM800 hingga ke RM1,000 sekepala.

Seusai sahaja selesai tugasan di hospital, Dr. Nora Yuhanis memecut kenderaan Proton X50-nya yang berwarna merah menyala itu terus pulang ke rumah tanpa singgah di mana-mana seperti yang dipinta oleh ibunya. Sampai sahaja di hadapan pintu pagar rumahnya, ibunya telah setia menunggu di pintu utama rumah, dan Dr. Nora Yuhanis terus mengukirkan senyuman dan mencium tangan ibunya.

"Ayuh masuk. Kita dinner sama-sama. " Aunty Anne hanya tersenyum.

"Ada apa ni ibu? Masak makanan special ni, ada birthday anak jagaan ibukah?" Nora Yuhanis menyoal ibunya sambil melabuhkan punggungnya diatas kerusi jati berhadapan meja makan terbabit.

"Ishh bukanlah. Duduk dulu. Nanti kita cerita. Nah, ceduk nasi ni. Ada macam-macam lauk ni. " ujar Aunty Anne sambil membuka tudung saji. Ada lauk pauk seperti Ikan Siakap masak tiga rasa, Ayam masak lemak cili api & sayur cendawan campur.

"Cerita? Cerita apa tu ibu? Banyaknya lauk. Siapa nak makan ni banyak-banyak?" Sambil menceduk lauk-pauk yang tersedia di atas meja makan malam tersebut. Memang sudah menjadi tradisi keluarga kecil Aunty Anne ini untuk makan malam seawal pukul 6 petang.

"Ibu sudah beri lauk-pauk kepada jiran-jiran kita, usah risau. Ni pun, ibu ada benda special nak tunjukkan kat kamu. Ibu tahu kamu mesti suka ni." ujar Aunty Anne dengan loghat hokkien-nya yang sedikit pekat.

"Special? Special apa tu ibu?" Nora Yuhanis masih tertanya-tanya maksud di sebalik kata-kata ibunya.

"Nah. Ini surat untuk kamu. Kamu pasti suka punya." Aunty Anne menghulurkan sepucuk surat, kelihatan surat rasmi dengan kepala surat tertera jata negara dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

"Surat apa ni ibu?" Nora Yuhanis kelihatan agak terkejut sambil menyambut surat yang dihulurkan oleh ibunya.

"Pagi tadi, posmen datang hantar surat ni." ujar Aunty Anne sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

Dr. Nora Yuhanis seakan-akan tidak percaya. Namun, dia berdebar-debar untuk melihat isi kandungan surat rasmi berkenaan.

"Jemputan untuk Menyertai Larian ke Orbit 2. Adalah dengan ini, anda dijemput untuk menyertai acara Larian ke Orbit 2 yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai memenuhi syarat kelayakan dan pemilihan Program Angkasawan ke-2 negara." Nora Yuhanis membaca isi kandungan surat sambil didengari ibunya.

"Untuk memenuhi syarat kelayakan pemilihan, anda akan diberi masa kurang 25 minit bagi melengkapkan jarak 5.0 km larian. Acara pemilihan akan diadakan pada hujung minggu ini dan semua peserta diminta untuk hadir awal untuk proses mempersiapkan diri dan juga acara regangan pagi. Flag off larian akan dimulakan pada pukul 9.00 pagi." Nora Yuhanis nyata teruja dengan kehadiran surat berkenaan. Setidaknya benarlah program Angkasawan kedua negara ini legit dan wujud.

"Alhamdulillah,  syukur." Nora Yuhanis menadah tangan sambil mengucapkan kesyukuran. Aunty Anne hanya tersenyum melihat gelagat anaknya itu.

"Dah. Habiskan nasi tu. Nanti boleh tatap surat tu sampai masuk ke dalam mimpi."

***

Sinaran fajar subuh belum menyingsing lagi. Namun, Dr. Nora Yuhanis telah bangun seawal pukul 4 pagi untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran yang pertama. Walaupun terbit perasaan sedikit kerisauan dan bimbang, namun ianya masih mampu dikawal dengan baik. Di keheningan itu, tidak seperti kebiasaan pagi yang lain, dia memulakan harinya dengan bersolat hajat bagi memohon ke hadrat Allah SWT supaya segala urusannya dipermudahkan.

Selesai sahaja menunaikan solat sunat dan solat fardhu subuh, Dr. Nora Yuhanis memulakan sesi memanaskan badan yang ringkas tetapi berkesan, teknik-teknik yang telah diajarkan oleh jurulatih peribadinya. Sementara itu di dapur, Aunty Anne sedang sibuk menyiapkan hidangan makan pagi yang berkhasiat buat Nora Yuhanis, seperti roti bakar dan quaker oat. Aunty Anne juga akan menemani Nora Yuhanis ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi itu untuk memberi sokongan moral kepada satu-satunya anak kesayangan yang ada.

Selesai sahaja mengambil sarapan, mereka berdua terus bergegas ke Stadium Nasional Bukit Jalil yang perjalanannya daripada rumah kediaman mereka mengambil masa selama 20 minit. Sementelah ketika melalui kawasan Puduraya dan sekitar Sungai Klang, Aunty Anne kelihatan sebak dan hampir menitiskan airmatanya. Dia seakan-akan teringat kembali zaman kesusahan kedua beranak ini yang pernah melalui episod kedukaan dan kesedihan, terpaksa tidur beralaskan kotak-kotak yang dikutip disekitar pasaraya dan terkadang berbumbungkan konkrit jambatan apabila musim tengkujuh, terkadang pula akan hanya berbumbungkan langit biru dan hamparan bintang-bintang, hidup sebagai golongan gelandangan amatlah memeritkan.

"Ibu ingat lagi dahulu, Nora. Kita pernah berteduh di bawah jambatan ini ." Ujar Aunty Anne sambil menunjukkan ke arah tebing Sungai Klang terbabit. Ada nada kesedihan bercampur tangisan yang terpendam daripada lantunan suara tersebut.

Nora Yuhanis hanya terdiam kaku dan membisu. Tidak pernah sekalipun terpadam momen-momen itu daripada kotak ingatannya itu. Namun, dia sedar, dia harus kekal fokus dengan misi besar ini. Dia harus jadikan sejarah lepas sebagai ejen pembakar semangat untuk dia berjaya dalam menggapai cita-cita kelak. Ini bukanlah masa untuk meratap merayu dan diselubungi kesedihan, malah ini seharusnya menjadikan dirinya sebagai salah seorang yang layak untuk bergelar angkasawan. Perasaannya ketika itu bergelodak dan bercampur baur antara sedih, sayu, cemas, bimbang dan teruja. Fikirannya menerawang sehingga ke imaginasi andai sekiranya dia berjaya melakukan larian 5.0 km dibawah masa 25 minit.

20 minit berlalu, akhirnya kedua beranak terbabit sampai diperkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Kehadiran mereka disambut dengan sebuah banner besar 'Larian ke Orbit 2' dan 'Selamat Datang Calon-Calon Angkasawan Kedua Negara'. Lantas, dia dan ibunya pergi ke pondok pendaftaran sambil membawa surat daripada Agensi Angkasa. Pada waktu itu, sudah kelihatan para pelari berbaris panjang untuk mendaftarkan diri serta mengambil kit larian masing-masing. Turut kelihatan mereka yang berimej seperti anggota askar dan polis, jika melihatkan kepada penampilan fizikal mereka seperti imej berambut pendek, kemas dan tuck-in.

Aunty Anne mendapat tiket untuk duduk dikerusi penonton didalam stadium terbabit. Untuk rekod, SNBJ boleh memuatkan kira-kira 80,000 orang penonton pada satu-satu masa dan antara stadium yang terbesar di Asia Tenggara. Kali terakhir stadium ini diselenggara secara besar-besaran adalah ketika negara menjadi Tuan Rumah Sukan SEA ke-29. Sedikit fakta, SNBJ pernah memperlihatkan kemashuran negara dalam menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa seperti Sukan Komanwel ke-16, Sukan SEA dan sukan-sukan lain yang bertaraf antarabangsa.

Nora Yuhanis pula ditempatkan dikawasan tengah stadium yang mana terdapat sebuah pentas besar dan pembahagi yang memisahkan antara peserta lelaki dan wanita. Di baju kit-nya tertera nombor '657' dan turut diberikan adalah beg galas, sebotol minuman isotonik sumbangan penaja, sebungkus roti sumbangan syarikat roti terkenal dan kit gel tenaga. Difahamkan, seramai 2,567 peserta yang mengambil bahagian dalam acara 'Larian ke Orbit 2' ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 944 orang peserta wanita mengambil bahagian manakala selebihnya adalah peserta lelaki.

Acara dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan aktiviti senaman dan regangan badan. Setiap peserta perlu memanaskan badan masing-masing kerana mereka perlu mengerahkan sepenuh tenaga untuk melepasi cut-off time yang telah ditetapkan oleh penganjur. Turut sama hadir bagi menjayakan pencarian angkasawan kedua negara adalah Menteri Belia, Sukan dan Rekreasi (KBSR) dan juga Menteri Sains, Teknologi dan Hal Ehwal Angkasa (MOSTSPACE MY). Selain itu, ketua pengarah agensi yang bernaung dibawah kementerian MOSTSPACE adalah Agensi Angkasa Negara (MYSA) yang bertanggungjawab dalam misi pencarian angkasawan kedua ini.

Akhirnya, tepat pukul 9.00 pagi, kesemua peserta dilepaskan secara serentak dan cip yang terpasang didalam kit nombor masing-masing akan mengaktifkan kiraan undur masa atau countdown bermula minit ke-25. Mana-mana peserta yang tidak melepasi masa yang ditetapkan ini adalah dikira tidak layak. Laluan perjalanan larian ini akan keluar dari stadium SNBJ dan melalui Bandar Sukan Bukit Jalil (BSBJ) sepanjang 5.0 km sebelum masuk semula ke stadium untuk proses pengiraan masa. Tiada hadiah mahupun pingat yang akan diberikan kepada para peserta yang layak, hanya e-sijil sahaja yang akan diberikan kepada para peserta.

***

avataravatar
Next chapter