2 Bab 2

Pagi itu, Dr. Nora Yuhanis amat sibuk dan sedang merawat seorang pesakitnya yang dipercayai merupakan salah seorang daripada kelompok golongan anti-vaksin dan fahaman bumi rata di sebuah hospital kerajaan. Sambil membebel tentang pentingnya pengambilan vaksin terhadap tubuh kanak-kanak, Dr. Nora Yuhanis juga sempat memberi peringatan keras kepada pesakit terbabit yang menggunakan khidmat doula ketika bersalin anak keduanya di rumah.

Walaupun pagi itu cuaca kelihatan agak dingin yang menggigit hingga ke tulang belulang dengan hujan lebat telah turun sejak sedari awal pagi, namun hospital pagi itu kelihatan agak sibuk dengan ramai pesakit yang sedang menanti giliran untuk dirawat, manakala Dr. Nora Yuhanis pula masih memakai sut perlindungan PPE yang diperbuat daripada plastik anti-bakteria dan juga alat pelindung muka atau face shield.

Semenjak peristiwa pandemik Covid-19 yang melanda dunia lebih 5 tahun lalu, sut PPE telah menjadi kebiasaan baru bagi anggota bahagian hadapan atau frontliners selain sebagai langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku penularan kembali wabak yang serupa dengan pandemik Covid-19. Pada waktu ini, wabak pandemik Covid-19 telah mencapai tahap imuniti kawanan atau juga disebut sebagai 'Herd Immunity' selepas bertahun-tahun tanpa vaksin penyembuh yang benar-benar berkesan dalam melawan wabak yang berasal dari Wuhan, China ini.

Seusai selesai sahaja sesi bersama pesakit terbabit, seorang jururawat yang dikenali sebagai Nurse  Orkid datang ke meja Dr. Nora Yuhanis dengan membawa sebuah telefon pintar berjenama dan terpampang skrin yang menunjukkan sebuah poster pencarian angkasawan ke-2 negara. Mukanya tersengih-sengih penuh keterujaan apabila menerpa ke arah Dr. Nora Yuhanis yang sedang mencatat sesuatu didalam buku log bewarna pink.

"Doc, tengok ni. Ada pencarian angkasawan lagilah doc. Rasanya doc sesuai ni kalau nak sign up." ujar Nurse Orkid terbabit dengan nada yang teruja.

"Ishh kamu ni. Ada-ada je lah. Mestilah dia nak cari angkasawan lelaki je kan? Mana mungkin saya layak nak join benda-benda macam ni. Kamu pun tahu kan saya busy?" Dr. Nora Yuhanis membelek-belek skrin telefon pintar terbabit sambil zoom in zoom out poster tersebut. Namun, jauh di lubuk hatinya amat menginginkan untuk mengisi borang penyertaan itu.

"Alah cuba je doc. Kat sini pun dia ada bagitau lelaki ataupun perempuan masih boleh join, takde diskriminasi gender bak kata orang putih, janji sihat tubuh badan dan boleh bertahan dengan segala modul latihan selama setahun. Cuba jer doc, mana tahu berkat rezeki kan, boleh kahwin dengan orang Rusia ke, orang Khazakstan ke... Hihi..." Nurse Orkid menyakat Dr. Nora Yuhanis. Tersenyum sinis Dr. Nora Yuhanis apabila disakat jururawat kesayangannya itu.

"Okaylah... Okaylah... Nanti saya isi borang penyertaan tu. Tapi ingat, jangan bagitahu sesiapa tau, ini rahsia antara kita berdua jer. Saya tak nak nanti ketua pengarah tahu, habis saya kena jawab tak pasal-pasal pulak nanti kena tukar ke tempat baru. Awak tak nak kan saya pindah ke mana-mana?" Dr. Nora Yuhanis mencebik mulutnya tanda setuju namun ada perjanjian yang harus dipegang antara keduanya.

"Okay... Okay Doc. Saya janji takkan bagitahu sesiapa." Nurse Orkid tersengih-sengih dan berlalu pergi. Dr. Nora Yuhanis hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja sambil memerhatikan Nurse Orkid.

"Mungkinkah ini takdir aku?" getus hati Dr. Nora Yuhanis sambil termenung jauh.

***

Seusai sahaja Dr. Nora Yuhanis pulang ke rumahnya sekitar jam 5.30 petang, beliau terus sahaja membuka Macbook Air Pro Max nya untuk melayari laman sesawang rasmi Program Angkasawan ke-2 negara. Akhirnya, dia menemui sebuah poster, seperti yang ditunjukkan oleh Nurse Orkid pada lewat pagi tadi. Selain itu, terdapat borang permohonan daripada Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang kini berada dibawah Pelan Tindakan Agensi Angkasa Lepas Nasional dengan borang permohonan terbabit telah dimuat turun lebih 10,000 permohonan  pada waktu itu.

Lalu, dia memanggil ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur dengan penuh keterujaan.

"Ibu.. Ibu... Lihat ni. Permohonan untuk menjadi angkasawan negara sudah dibuka. Apa pendapat ibu?"

Aunty Anne yang sedari tadi sedang sibuk berada di bahagian dapur terus menerpa laju ke arah Nora Yuhanis apabila dipanggil anak tunggalnya itu. Aunty Anne hanya tersenyum setelah melihat poster dan borang permohonan yang terpampang di hadapan peranti berjenama Apple terbabit bersama riak wajah keterujaan anak tunggalnya itu. Gambar-gambar poster itu telah ditunjukkan oleh anak perempuan kesayangannya itu satu persatu. Lalu, dia mengusap lembut bahagian ubun-ubun Nora Yuhanis sambil mengangguk-angguk tanda bersetuju.

"Pergilah nak. Pergilah kejar cita-citamu ini. Ibu merestui segala apa yang engkau impikan selama ini. Usiamu muda lagi, cubalah mohon, manalah tahu ada rezekimu disini. Ibu akan tetap mendoakan semoga impianmu tercapai suatu hari nanti." ujar Aunty Anne dengan sedikit loghat hokkien-nya sambil tersenyum.

"Tapi... Tapi... Nanti ibu pasti keseorangan kelak ketika ketiadaanku." Nora Yuhanis menyambut tangan ibunya lalu digenggamkan seeratnya dan diletakkan di bahagian organ jantungnya.

"Nora, cubalah. Peluang ni datang sekali seumur hidup, entah bila lagi kamu boleh dapat peluang macam ni kalau tidak sekaranglah masanya. Bilakah lagi kamu mahu membanggakan ibu dan keluarga kecil kita ini jika tidak sekaranglah waktunya? Usah bimbangkan ibu. Ibu boleh jaga diri ibu. Jiran-jiran kita juga ada untuk tengok-tengokkan ibu. Kalau kamu rindu, boleh saja kamu facetime ibu. Takde masalah bukan?" Aunty Anne mengelus-elus rambut ikal mayang Nora Yuhanis.

Air mata Nora Yuhanis hampir berguguran namun tetap diempang sehabis baik apabila memikirkan nasib ibunya nanti, namun, benar kata ibunya. Peluang keemasan ini hanyalah datang sekali dalam seumur hidupnya. Entah bila lagi kerajaan akan membuka peluang begini dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu ini.

"Cubalah nak. Ibu restui andai engkau terpilih untuk program ini. Gapailah cita-citamu ini, nak. Jika kau bahagia , bahagialah hati ibu. Cubalah..." Aunty Anne bersungguh-sungguh mahukan Nora Yuhanis untuk mengisi borang permohonan terbabit.

"Baiklah ibu. Nora isi borang permohonan sekarang juga. Insya-Allah, ada rezeki, adalah peluang ke Rusia, ibu. Nanti Nora bawa ibu jalan-jalan ke Moscow ya." Nora Yuhanis hanya tersengih-sengih manja dengan ibunya.

"Macam tu laa anak ibu. Saaayanggg Nora. Dah cepat isi, ibu duduk kat sebelah." Aunty Anne mengusap-usap kepala satu-satunya anak kesayangannya itu.

Dada Dr. Nora Yuhanis berdebar-debar ketika mengisi borang permohonan terbabit. Ibunya yang duduk di sebelahnya tetap memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepadanya. Papan kekunci Macbook Air Pro Max ditaip satu persatu. Semasa menaip, seakan ada satu perasaan aneh yang tiba-tiba muncul dan menerpa di dalam hati Nora. Perasaan yang bercampur antara terharu, sedih, teruja dan berdebar-debar. Perasaan keterujaan yang tinggi dalam mengapai cita-cita nan sejati demi melengkapkan kepuasan diri dalam berbakti kepada masyarakat, agama dan negara.

***

avataravatar
Next chapter