Bakat Su Mucheng sederhana sahaja. Kemahirannya tidaklah dianggap terlalu menyerlah. Jika berdasarkan kelajuan tangan pula, dia tidak sepantas Tang Rou. Tetapi sebagai pemain profesional, semua orang di persekitarannya merupakan pemain bertahap tinggi. Tambahan pula, dia sentiasa ditemani oleh Dewa Ye Xiu yang teramat arif. Disebabkan itu, pengetahuan Su Mucheng berada pada tahap profesional. Malangnya, dia tidak memerlukan pengetahuan tinggi untuk menaikkan tahap di server baru. Dia tetap harus beratur di Beginner's Village untuk menerima 'quest' mudah dan mencuri bunuh raksasa.

Mujurlah server baru sudah dibuka selama beberapa hari. Ia juga awal pagi, jadi tidak ramai orang yang bermain. Su Mucheng bergerak dengan pantas dan mencecah tahap 5 seketika kemudian. Berbanding dengan Ye Xiu yang memerlukan 2 jam untuk sampai ke tahap 7, ini kelajuan yang biasa dalam Beginner's Village.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter