776 Tidak Boleh Menjadi Serius

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Chen Guo adalah seseorang yang akan mengotakan kata-katanya. Selepas menyedari akan masalah ini, dia mula bertindak untuk menyelesaikannya, jadi dia segera mengumpulkan semua pemain untuk membincangkan hal ini. Hasilnya, mesyuarat pertama yang dianjurkan oleh pemilik Happy bermula. Apabila semua orang mendapat berita yang Chen Guo ingin mengadakan mesyuarat, ekspresi semua orang menjadi aneh. Chen Guo tidak terasa seperti seorang bos. Dia lebih kepada penjaga pasukan yang mengendalikan segala hal remeh…

"Ehem, bos nak adakan mesyuarat. Semua orang, tolong pandang serius perkara ini." Melihatkan semua orang mahu ketawa, Ye Xiu memberikan peringatan.

Semua orang duduk tegak dan Ye Xiu bertanya kepada pekerja yang menyampaikan berita, "Bos ada kata dia nak buat mesyuarat di mana?"

"Oh, di bilik sana," jawab pekerja.

"Muat ke untuk kita semua?"

"Kami dah masukkan kerusi ke situ," jawab pekerja.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter