Ice of Dawn tidak memilih untuk hidup semula serta-merta. Dia hanya mahu muntah darah sekarang.

Bergabung dengan Excellent Dynasty untuk bunuh Herb Garden?

Memang mereka telah bunuh Mugwort dari Herb Garden, tetapi selepas itu dia sendiri pula yang dibunuh!!

Roh Ice of Dawn terapung-apung sambil menonton perang yang berlangsung di antara ketiga-tiga persatuan.

Pemain Herb Garden menyerang Blue Brook. Pemain Blue Brook menyerang Excellent Dynasty. Pada mulanya mereka hendak menyelamatkan ketua masing-masing, tetapi sekarang ketua mereka telah mati dengan cepat.

Tanpa ketua, Blue Brook dan Herb Garden tidak ada strategi yang boleh digunakan. Mereka hanya bertarung dengan niat membalas dendam. Asalkan pemain di hadapan mereka bukannya dari persatuan sendiri, mereka akan menyerang.

"Kamu… terlalu… keji!!" kata Chen Guo dengan mata terbeliak. Perkataan 'keji' itu pun sebenarnya tidak cukup hendak menggambarkan perasaannya.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter