435 Sesiapa Bertindak Dahulu akan Kalah

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Jawapan Chen Guo membuatkan mereka berdua muntah darah. Biarpun kata-katanya memang masuk akal, mereka berdua tahu yang jaguh-jaguh Kafe Internet Gembira tidak mungkin adalah pelanggan biasa. Mereka pasti ada di sini, bersedia untuk mencipta pasukan bersama Ye Qiu. Bos ini memang berbohong kepada mereka.

Namun, mereka berdua tidak boleh mengatakan yang mereka tahu Chen Guo berbohong. Mereka hanya mampu mengeluh dan berkata, "Jadi kamu tahu tak bila para jaguh ini biasanya akan datang?"

"Saya tak pernah perasan!"

Chen Guo seolah-olah sedang bercakap benar. Entah berapa ramai orang yang telah dibohonginya seperti ini. Raut wajahnya benar-benar seperti langsung tidak bersalah. Kedua-dua perisik ini seperti sudah terpesona dengan bohongnya itu.

Selepas menenangkan diri, mereka bertanya dengan tenang, "Komputer dah sedia ke?"

"Kawasan 14, nombor 15." Chen Guo menuding ke arah lokasi komputer.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter