452 Serang Balas dengan Kebenaran

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Jahanam! Excellent Era memang tak tahu malu!"

Pada akhirnya, laporan surat khabar tidak meliputi segala maklumat. Petang itu, beberapa laporan baru muncul dengan lebih banyak maklumat daripada pelbagai pemain profesional yang ditemu ramah pagi itu. Program itu tidak dapat menunjukkan perbualan dengan setiap pemain profesional, tetapi tumpuan pastinya diberikan terhadap perbualan dengan pemain tahap Dewa.

Seolah-olah telah berpakat, kesemua persatuan kecuali satu mengaku yang mereka pergi menonton kerana mengesyaki yang Lord Grim adalah Ye Qiu. Namun, tidak ada seorang pun berkata dengan nada yang pasti.

"Mungkin? Seseorang pemain perlu memiliki pengetahuan dari setiap kelas untuk memainkan watak Unspecialized. Dari apa yang saya lihat, Ye Qiu adalah suspek utama." Ini adalah jawapan Wang Jiexi dari Tiny Herb.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter