Setelah menemui jalan penyelesaian untuk cabarannya di Arena, Ye Xiu menghabiskan masa sepanjang hari bertarung di sini. Di forum, pelbagai perbincangan mengenai Lord Grim diadakan. Semakin banyak topik yang dicipta dan diulang-ulang. Pada masa yang sama, ramai pemain membuat laporan tentang Lord Grim.

Lord Grim adalah penggodam.

Ramai pemain mempercayai ini adalah kebenaran kerana 3 perkara.

Satu, ada perbezaan 20 tahap dari segi tahap pemain serta kelengkapan, tetapi dia tetap membelasah semua pihak lawannya.

Kedua, senjata di tangannya mampu berubah bentuk. Ini tidak pernah kelihatan sebelum ini. Dia juga bukannya bertukar-tukar senjata, tetapi menggunakan senjata yang sama.

Ketiga, para pemain yang ditewaskannya telah menerima kombo dari mula hingga akhir. Dia jauh lebih jitu berbanding komputer atau mesin.

Mana-mana sebab di atas pun sudah cukup untuk membuatkan seseorang pemain curiga, apatah lagi Lord Grim ada ketiga-tiga sebab.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter