37 Selesaikan dalam Satu Gelombang (3)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Cepat, cepat bersedia untuk menyerang!" jerit Blue River serta-merta. Proses paling sukar dalam kaedah 'Penyelesaian Satu Gelombang' ialah proses penarikan raksasa, dan betapa terkejutnya mereka apabila ia dilakukan oleh satu-satunya pemain yang tidak memilih kelas pertarungan bagi wataknya. Tetapi, bukan mudah juga untuk mereka membunuh kesemua raksasa yang telah dikumpulkan. Dua jenis serangan daripada ahli sihir mereka pun belum cukup untuk membunuh semua sekali raksasa yang datang!

Thundering Light dan Returning Cloud mengambil posisi masing-masing. Seorang menggunakan kemahiran Bara Marak manakala seorang lagi menggunakan kemahiran Ribut Salji.

Kedua-dua serangan ini tergolong dalam jalanan yang berbeza. Sungguhpun ia mempunyai tahap yang sama, ia mendatangkan efek yang berbeza. Keistimewaan serangan jenis api ialah kuasa letupannya. Sebaik sahaja Bara Marak dilepaskan, satu gelombang api yang besar muncul dari bawah telapak kaki para raksasa Goblin. Gelombang ini menjulang naik dari bumi ke langit, setinggi 3 meter!

Goblin yang terkena serangan ini terpelanting tinggi ke udara. Bara tersebut terus membakar buat seketika, tetapi ia tidak bertahan lama. Gelombang api yang terbentuk tadi lesap tidak lama kemudian, dan kesemua Goblin kembali mendarat. Tetapi, pada saat itu jugalah serangan Ribut Salji mengenai mereka semua. Hujan ais turun dari langit dan menghempap kesemua raksasa tanpa belas kasihan! Setiap titik hujan ais tersebut mempunyai saiz sebesar kuih pau! Serangan Ribut Salji ini bertahan selama 4 saat lamanya. Ternyata Ribut Salji mendatangkan 'damage' yang lebih besar, tetapi 'Bara Marak' pula memberikan efek letusan yang sangat berguna. Inilah keistimewaan dan perbezaan jalanan api dan ais.

"Masa untuk Doll Shururu!" jerit Ye Xiu.

Lunar Grace sudah lama bersedia, dan dia lantas menyasarkan serangan tersebut tepat di tengah-tengah tempat kesemua raksasa Goblin sedang berkumpul.

Doll Shururu ialah sejenis patung kain. Apabila dilepaskan, raksasa dalam radius 2 meter daripada patung ini akan digoda untuk menyerang patung tersebut. Tetapi terdapat beberapa syarat yang harus dipatuhi. Pertama sekali, tahap kekuatan Doll Shururu harus lebih tinggi daripada musuh.

"Doll Shururu!" Ye Xiu yelled. Lunar Grace was already prepared and she immediately cast "Doll Shururu" in the center of the mob. Kedua, Doll Shururu tidak akan berkesan terhadap raksasa jenis elit, bos ataupun Maharaja. Memandangkan Lunar Grace telah memastikan Doll Shururu berada pada tahap tinggi sejak dari mula lagi, kesemua Goblin serta-merta tergoda untuk menyerang patung tersebut apabila ia dilepaskan!

"Patung itu takkan bertahan lama!" jerit Lunar Grace sebaik sahaja menyempurnakan serangannya itu. Sebenarnya, kesan godaan patung tersebut agak panjang, iaitu sepanjang 20 saat. Masalahnya, HP (kuasa nyawa) patung tersebut tidak banyak. Apabila diserang secara beramai-ramai oleh raksasa Goblin, sudah tentulah ia akan musnah dalam sekelip mata. Tambahan pula, serangan Bara Marak dan Ribut Salji yang dilepaskan tadi mempunyai 'cooldown' masing-masing. 'Cooldown' Bara Marak ialah sepanjang 6 saat, manakala 'cooldown' Ribut Salji ialah 8 saat. Pada ketika ini, Thundering Light dan Returning Cloud masing-masing terpaksa menggunakan kemahiran yang berkuasa lebih rendah untuk menyerang. Ternyata kuasa serangan mereka tidak cukup kuat untuk membunuh kesemua sekali raksasa yang datang.

"Cukup!" Jerit Ye Xiu sambil mengarahkan Lord Grim untuk mara ke hadapan. Seperti yang dijangka, Doll Shururu hanya mampu bertahan selama satu saat sahaja apabila diserang beramai-ramai oleh Goblin bersenjatakan kayu dan panah. Tetapi, masa ini sudah lebih dari cukup buat Lord Grim menghampiri mereka semua. Kali ini, tombak pertarungannya telah lesap dari pandangan. Sebaliknya, kedua-dua tangan kanan dan kirinya sedang menggenggam senjata kayu 'Tonfa' pula!

Dia menggenggam seekor Goblin dan melakukan serangan 'Back Drop' untuk melontarkan Goblin tersebut. Hasil daripada lontaran itu, terhasil gelombang yang menjatuhkan kesemua Goblin lain.

"Hei, 'Blade Master', bersedia untuk menggunakan 'Falling Light Blade!' Gunakannya apabila mereka semua hendak bangun!" jerit Ye Xiu.

Blue River yang belum diberikan sebarang arahan dari mula tersentak dengan arahan ini. Tetapi dia segera menstabilkan diri dan menghunuskan pedang Flaming Sun miliknya lalu mara ke hadapan.

Kesemua Goblin sedang mencuba untuk bangkit pada ketika ini. Blue River sudah meloncat tinggi ke langit dan menempatkan dirinya tepat di tengah-tengah kumpulan raksasa itu. Dia menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk menikamkan pedangnya ke bumi.

Kemahiran Blade Master: Falling Light Blade

Untuk kemahiran ini, semakin tinggi loncatan pemain, semakin tinggi kuasa serangan dan radius gelombang yang akan terhasil. Ternyata Blue River layak untuk digelar sebagai salah seorang 5 Jaguh Utama Persatuan Blue Brook kerana dia telah memahami niat Ye Xiu berdasarkan satu arahan ringkas sahaja. Disebabkan oleh kesempurnaan serangan ini, para Goblin yang mencuba untuk bangkit tadi telah jatuh ke tanah sekali lagi.

Serangan-serangan Doll Shururu, Back Drop dan Falling Light Blade telah digunakan untuk memastikan kesemua raksasa kekal terbaring, bukan untuk 'damage' semata-mata. Tetapi, kesemua serangan ini tetap mempunyai 'cooldown' masing-masing, terutama sekali Doll Shururu yang mempunyai 'cooldown' panjang selama 30 saat!

"Serangan apa pula dia nak lakukan selepas ini?" tanya Blue River pada dirinya sendiri. Mindanya tidak henti-henti memikirkan kemungkinan yang ada, tetapi dia terdengar arahan Ye Xiu yang seterusnya tidak lama kemudian:

"Shadow Cloak!"

"Betul! Itulah dia!" jerit Blue River dengan riang. Dia melihat Lunar Grace mara ke hadapan dan mengeluarkan sehelai jubah hitam daripada lengan bajunya. Jubah tersebut membalut tubuh kesemua Goblin dengan ketat sekali! Para Goblin menjerit kesakitan apabila mereka semua terbalut seakan-akan bola gergasi!

"Rasanya semua kemahiran yang digunakan awal tadi sudahpun selesai 'cooldown' masing-masing" teka Blue River. Ternyata jangkaannya tepat apabila mendengarkan Ye Xiu menjerit "Bara Marak!"

Thundering Light sudah lama bersedia dan Bara Marak digunakan sekali lagi sebaik sahaja 'cooldown' selesai. Serangan gelombang api itu sekali lagi menyerang para Goblin apabila mereka cuba untuk bangkit. Gelombang api itu menjulang ke langit dan kesemua Goblin tercampak tinggi. Apabila mereka kembali mendarat, dua saat sudah berlalu, dan tentulah ada kemahiran lain yang boleh digunakan kerana 'cooldown' sudah berakhir.

"Jaguh, dia sememangnya seorang jaguh. Dia dapat mengatur dan mencantumkan kesemua serangan kita satu demi satu demi mencapai tujuannya. Pada tahap serendah ini, dia mampu untuk melakukan 'Penyelesaian Satu Gelombang', dia memang terlalu hebat!" kata Blue River dalam hatinya.

Pada ketika ini, Blue River, Lunar Grace, Thundering Light dan Returning Clouds masing-masih telah memahami yang mereka akan berjaya menyempurnakan rancangan 'penyelesaian dalam satu gelombang' asalkan mereka tidak melakukan kesilapan selepas ini. Berpandukan arahan Ye Xiu, mereka memainkan peranan masing-masing dengan cantik sekali. Para raksasa Goblin jatuh dan bangun dan jatuh lagi tanpa henti. Apabila mereka mula menjatuhkan ganjaran, barulah para pemain sedar yang kesemua 20 ekor Goblin tersebut telah mati!

"Cepat, kita teruskan!" Ye Xiu tidak sedikit pun berminat untuk melihat pada ganjaran yang diperoleh, dan mengarahkan mereka semua untuk terus mara.

Blue River dan rakan-rakannya melihat seketika pada ganjaran yang diperoleh. Ternyata tidak ada barangan yang berharga pun. Tambahan pula, mereka sedang mengejar masa untuk memecahkan rekod. Mereka tidak ada masa untuk merisaukan ganjaran!

Di luar 'dungeon', Flower Lantern menghantar mesej. "Jadi, macam mana semua? Hidup lagi ke?"

"Dewa, dia memang seorang dewa!!" jawab Blue River.

"Apa yang kamu cakapkan ni?" tanya Flower Lantern.

"Satu gelombang! Kita bereskan dalam satu gelombang sahaja!"

"Kepala otak kamu! Apa benda ni??" Flower Lantern tidak faham.

"Kita bunuh semua raksasa Goblin dalam satu gelombang sahaja tadi!"

"Kamu bergurau kan?" Flower Lantern tidak percaya.

"Tunggu nanti bila kita nama kita semua muncul dalam pengumuman sistem! Ha ha ha!"

Flower Lantern menutup ruangan mesej.

"Macam mana mereka?" tanya Bound Boat.

"Mereka…..mereka melakukan 'Penyelesaian satu gelombang'," jawab Flower Lantern.

"Penyelesaian satu gelombang?" Bound Boat tergamam.

avataravatar
Next chapter