185 Sayangnya Tangan Dia Cacat

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Lord Grim adalah Ye Qiu. Gegaran yang terasa akibat berita ini hanyalah sekadar minima sahaja. Cuma Blue River dan Bound Boat yang mengetahui rahsia ini di server kesepuluh. Selepas berbincang, mereka berdua membuat keputusan untuk merahsiakan perkara ini.

Persatuan yang tidak tahu tentang ini akan terus bertarung menentang Lord Grim. Tidak ada salahnya Blue River dan Bound Boat menyaksikan mereka bertarung dengan sia-sia.

Blue River berhenti bermain dan pergi ke forum untuk menonton video Poplar Beach dimusnahkan oleh Lord Grim.

Nama Poplar Beach sangat terkenal. Walaupun Poplar Beach membuatkan Blue River berasa benci, dia tetap seorang pemain terkenal dan salah seorang jaguh handalan Blue Brook. Kekalahan teruk seperti ini bukan sahaja memalukan dirinya sendiri, malah memalukan Blue Brook juga. Kesemua musuh dari persatuan lain pasti akan mengetawakan Blue Brook.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter