100 Saya Hanya Nak Mainkan Peranan Kecil Sahaja

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Kalau kamu pergi ke tingkap, kamu mungkin boleh nampak saya," Ye Xiu ketawa.

"Ah?" Su Mucheng masih dibaluti selimut. Dia terus membiarkan selimut itu membaluti tubuhnya dan pergi ke tingkap. Dia melihat ke luar dan pandangannya melihat pada jalanan. Walaupun dia berada di tempat tinggi dan semua orang di jalanan kelihatan sangat kecil, ia masih mudah baginya untuk mengenal pasti orang yang dikenali. Tetapi apabila dia melihat ke luar, dia tidak melihat sesiapa pun yang dia kenali: "Saya tak nampak kamu…"

"Di arah melintang berseberangan dengan kamu ialah sebuah kafe internet bernama Kafe Internet Gembira," kata Ye Xiu.

"Oh, saya tahu kafe internet itu," kata Su Mucheng. Lagipun, dia tinggal berhampiran kawasan itu. Walaupun dia tidak pernah ke sana, dia tahu tentangnya. Pandangannya beralih ke arah kafe internet itu, tetapi dia masih tidak dapat melihat Ye Xiu.

"Ya, saya di dalam kafe internet ini!"

"Kamu masih berjaga sepanjang malam lagi?" Su Mucheng sangat memahami perangai Ye Xiu.

"Untuk kerja," kata Ye Xiu dengan serius.

"Kerja?"

"Betul, saya bekerja di kafe internet ini sekarang," kata Ye Xiu.

"Oh, itu sangat sesuai dengan kamu!" Walaupun Su Mucheng berkata sedemikian sambil tersenyum, dia tetap berduka di dalam hati. Tidak kira apa pun pekerjaan barunya, pasti sukar untuk dia beradaptasi dengan cepat. Nada suara Ye Xiu mengatakan dia seolah-olah tidak peduli langsung. Malah, ada nada bangga di dalam pekerjaan yang diberitahunya. Tetapi Ye Xiu… dari dahulu lagi dia jenis 'mulut kata ya, hati kata tidak'. Su Mucheng yang sangat mengenalinya juga kadangkala tidak tahu apa yang difikirkannya.

"Ya, saya kerja syif malam setiap hari. Kehidupan saya sangat berdisiplin sekarang," kata Ye Xiu.

"Kamu tinggal di mana?" tanya Su Mucheng.

"Kafe internet ini menyediakan makanan dan tempat tinggal. Biar saya beritahu kamu sesuatu. Bos wanita kafe internet ini peminat setia kamu. Berikan saya tandatangan kamu nanti. Kalau saya berikan padanya, dia pasti akan naikkan gaji saya," kata Ye Xiu.

"Betul ke? Jadi, boleh saya datang melawat kamu?" kata Su Mucheng.

"Ini… kamu nak ke datang melawat saya di tempat yang penuh dengan peminat?" tanya Ye Xiu.

Su Mucheng terdiam. Dia memang tahu yang kafe internet merupakan tempat larangan utama bagi pemain profesional sepertinya. Jika dia ke sana, ia pasti akan menimbulkan kekecohan. Tahap kehandalan Su Mucheng tidak dianggap sebagai kelas atasan dalam kancah profesional, tetapi popularitinya tidak kalah pada sesiapa pun. Inilah akibatnya menjadi seorang gadis cantik. Dengan hanya bergantung pada penampilannya, syarikat pengiklanan sangat menyukainya. Ini juga antara sebab utama Chen Guo berasakan yang Su Mucheng pemain wanita terbaik.

Sebagai contoh, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Zhou Zekai dianggap sebagai pemain nombor satu dalam dunia Glory. Dia tidak sehebat pemain handalan seperti Huang Shaotian atau Han Wenqing, tetapi dia kelihatan sangat kacak dan bergaya. Dia sesuai ditonton oleh generasi muda mahupun tua. Peminat lelaki dan wanita, kedua-duanya menyukai dia. Pihak media memuji pencapaiannya. Syarikat pengiklanan menyanjungnya. Dari sudut pandangan bisnes, Zhou Zekai sememangnya nombor satu. Tambahan pula, kemahirannya juga sangat tinggi. Dia hanya kekurangan gelaran Juara Liga sahaja. Jika tidak, dia akan menduduki takhta dunia Glory sejak dulu lagi.

"Jadi, mungkin kemudian bila ada peluang!" Su Mucheng tidak tergesa-gesa. Memandangkan dia tahu Ye Xiu tidak terlalu jauh darinya, hatinya berasa tenang.

"Saya tonton perlawanan semalam. Kamu main dengan baik!" kata Ye Xiu.

"Saya tak suka Sun Xiang, tapi… dia memang agak kuat," kata Su Mucheng.

"Tapi dia masih kekurangan pengalaman," Ye Xiu mengeluh.

"Ya…"

"Kamu sibuk ke kebelakangan ini?"

"Kamu perlu bertanya soalan ini ke?" mereka berdua sangat rapat sejak bertahun-tahun dahulu. Mereka sangat mengenali gaya kehidupan dan tabiat satu sama lain.

"Datang ke server baru dan tolong saya pecah rekod."

"Kamu main di server baru?" Su Mucheng bertanya dengan nada terkejut.

"Ya!"

"Kamu…"

"Saya memindahkan Lord Grim datang ke server ini," kata Ye Xiu.

Pada ketika ini, Su Mucheng terdiam buat jangka masa panjang. Dia sangat tahu tentang akaun Lord Grim itu.

"Kamu merancang nak menaikkan tahap akaun ini?" Su Mucheng bertanya lagi.

"Betul."

"Kalau dibandingkan dengan menaikkan tahap, Payung Seribu Manifestasi itu lebih menyusahkan lagi, betul tak?"

"Betul! Tapi tempoh masa setahun sudah lebih dari cukup untuk saya," kata Ye Xiu.

"Dan setahun kemudian?"

"Saya akan kembali. Saya dah kata sejak hari itu lagi," kata Ye Xiu.

"Okey…" Su Mucheng tiba-tiba terasa hendak menangis.

"Rekod 'dungeon' mana yang kamu nak cipta?" Su Mucheng tiba-tiba berasakan yang ini mungkin menjadi satu masalah. Jika Ye Xiu hendak mencipta rekod di server baru, kenapa dia memerlukan bantuan Su Mucheng pula?

Ye Xiu menjelaskan kepadanya. Su Mucheng faham: 'Jadi kamu nak menggunakan kaedah ini untuk mengumpul bahan mentah. Patutlah kamu memilih server baru. Kalau semuanya berjalan lancar, mungkin kamu tak perlukan setahun pun."

"Perkara paling penting ialah tahap 50. Saya masih perlu mencari jalan untuk menaikkan tahapnya ke tahap 70," kata Ye Xiu.

"Saya pasti akan datang membantu kamu."

"Okey. Jadi, kamu perlu segera menaikkan tahap sebuah akaun ke tahap 25. Selepas itu, kamu harus terus menaikkan tahap lagi, supaya kamu boleh datang bila-bila masa sahaja," Ye Xiu mengarahkan.

"Boleh…" Su Mucheng tersenyum sambil bersetuju.

Setelah meletakkan telefon, perasaan Su Mucheng teramat baik. Sebenarnya, dia tidak terlalu berminat dengan Glory. Dia hanya mahukan peranan kecil sahaja sewaktu mula bermain Glory. Tapi, siapa tahu yang dia akan menjadi popular seperti sekarang? Begitu ramai orang mengaguminya, tetapi Su Mucheng tetap mahu memainkan peranan kecil sahaja.

Apabila Ye Xiu dipaksa untuk berasara, dia berasakan yang kerjaya dia sebagai watak kecil harus berakhir juga. Tetapi memandangkan Ye Xiu berkata yang dia akan kembali, Su Mucheng memutuskan untuk terus menyambung kerjayanya.

Setahun! Dia sangka Ye Xiu tidak akan menghubunginya sepanjang tempoh ini, tetapi tak sangka dia berbuat demikian selepas beberapa hari sahaja.

Ye Xiu belum kembali ke Pakatan Profesional, tetapi Su Mucheng tidak peduli tentang perkara ini. Dia hanya mahu terus memainkan peranan kecil di sisi Ye Xiu.

Su Mucheng bernyanyi-nyanyi sambil keluar dari katil. Sewaktu dia sedang membasuh muka, telefonnya berdering sekali lagi. Dia berlari untuk menjawabnya.

"Helo."

"Mucheng… Kamu kata kamu nak berpindak kelab, tapi itu bukan mudah untuk dilakukan! Saya tahu persaraan Ye Qiu telah membuatkan kemu bersedih. Tetapi kamu harus tahu yang Excellent Era tidak akan melepaskan kamu dengan mudah…"

"Tak apalah kakak Yang, saya cuma bergurau sahaja," Su Mucheng tersenyum.

"Ah? Bergurau?" Orang di penghujung talian lain keliru. Sewaktu Mucheng membuat permintaan untuk bertukar kelab, ia tidak kelihatan seperti dia sedang bergurau. Ia kelihatan seperti dia telah bertekad untuk meninggalkan kelab itu.

"Ya, saya okey sahaja. Ada apa-apa lagi?" Su Mucheng bertanya.

"Tak ada… itu saja."

"Jadi saya nak letakkan telefon! Bye bye."

Su Mucheng memang mahu berpindah kelab apabila Ye Xiu dipaksa bersara. Tetapi apabila dia tahu Ye Xiu masih berada di sini, ia tidak penting lagi.

Setelah mengemaskan semuanya, Su Mucheng membalut dirinya dengan pakaian dan melangkah keluar. Apabila seorang yang terkenal sepertinya keluar, dia perlu sentiasa berjaga-jaga. Kelabnya pasti ada kad akaun server baru, tetapi Su Mucheng berasakan lebih baik jika dia membelinya sendiri.

Mucheng membeli kad akaun server kesepuluh di gerai suratkhabar berseberangan Kafe Internet Gembira. Sambil membawa kad baru itu, Su Mucheng memandang ke arah kafe internet di seberang jalan.

"Saya sudah menutup wajah saya sepenuhnya. Saya rasa tak ada orang yang akan mengenali saya, betul tak?" Su Mucheng berfikir di dalam hati. Kemudian, dia melihat seseorang berdiri sambil bergoyang-goyang dan menghisap rokok. Kedua-dua tangannya terletak di dalam poket. Kepalanya menjenguk ke luar pintu dan melihat ke kiri dan kanan. Dia memusingkan kepalanya, seolah-olah dia sedang berkata sesuatu dan keluar.

"Dia ini, memang dari dulu lagi macam ini ke?" Su Mucheng melihatnya dari jauh. Dia tidak tahu kenapa, tetapi dia hendak ketawa. Lelaki itu melambaikan tangannya pada Mucheng.

"Apa! Dia masih dapat mengenali saya biarpun berpakaian begini?" Su Mucheng kagum. Dia melihat ke kiri dan kanan untuk melihat jika ada orang lain yang mengenalinya. Kelab Excellent Era bukanlah sebuah pangkalan tentera rahsia. Semua peminat di kawasan ini tahu di mana lokasi kelab itu. Ada ramai peminat fanatik yang sanggup menunggu di luar kelab semata-mata demi mendapatkan tandatangan atau bergambar bersama mereka. Terutama sekali kerana tempat ini terdapat Dewa Ye Qiu yang cukup berahsia. Ada juga yang bertindak secara senyap-senyap seperti 'paparazzi'.

Su Mucheng menyedari tidak ada apa-apa yang tidak normal. Tetapi dia tetap ragu-ragu. Dia meletakkan kad akaun ke dalam poketnya dan bergegas pulang. Dia masuk ke dalam biliknya dengan senyap seperti pencuri, mengunci pintu dan log masuk ke dalam permainan.

Dia mencari nama Lord Grim. Dia sedang 'online'.

"Oh? Cepatnya kamu masuk ke dalam semula," Su Mucheng berkata pada dirinya sendiri. Ye Xiu kelihatan seperti dia hendak pergi bersarapan tadi.

Dia menghantar jemputan persahabatan yang segera diterima.

"Saya datang!" Su Mucheng menghantar mesej.

Mesej tersebut dibalas seketika kemudian. "Hah? Kamu kawan dia ke? Boleh tunggu sekejap tak? Dia keluar sekarang."

Su Mucheng tersentak. Akaun ini mempunyai Payung Seribu Manifestasi! Mana boleh akaun ini dibiarkan begitu sahaja?

"Kamu siapa?" tanya Su Mucheng.

"Saya kawan sekerja dia. Dia pergi membeli sarapan. Dia akan balik tak lama lagi," jelas sekali ini Tang Rou.

"Oh, terima kasih."

"Sama-sama."

Tang Rou sedang menghabiskan 'dungeon' terakhir hari ini dan menyelesaikannya tidak lama kemudian. Ye Xiu juga pulang membawa sarapan.

"Ada orang cari kamu," Tang Rou mengambil bungkusan sarapan dan memulangkan komputer pada Ye Xiu.

"Oh?" Ye Xiu melihat. Pemain tahap 1. Dia tahu siapa itu. Tetapi dia terkejut melihat namanya! Kenapa ada nama "Mist" juga? Wanita zaman sekarang memang suka nama ini ke?

"Nama apa ni?" Ye Xiu menghantar mesej.

"Cleansing Mist! Ia dari sebuah puisi pada Dinasti Song!" jawab Su Mucheng.

"Kamu memang suka ambil nama dari puisi. Lord Grim dan sebagainya, semuanya hasil dari kamu," jawab Ye Xiu.

"Ia membuatkan saya kelihatan seperti seorang yang berpengetahuan tinggi!" jawab Su Mucheng pula.

"Habis macam mana pula dengan One Autumn Leaf saya? Kamu salah perkataan! Bukankah ia sepatutnya One Falling Leaf?" kata Ye Xiu.

"Tersilap. Itu kesilapan," jawab Su Mucheng.

"Apa-apa sajalah. Cepat naikkan tahap! Lagi cepat lagi bagus," kata Ye Xiu.

"Siapa yang gunakan akaun kamu tadi?" Su Mucheng bertanya.

"Oh. Itu adik di kafe internet ini. Kemahiran mekanikal dia sangat bagus, tapi dia masih baru. Dia ada potensi besar!" kata Ye Xiu.

"Macam mana orang baru boleh ada kemahiran mekanikal yang tinggi?" Su Mucheng tidak faham.

"Kelajuan tangan yang tinggi," jawab Ye Xiu.

"Kenapa tangan dia laju?"

"Mana saya tahu? Boleh berhenti berbual tak? Cepat naikkan tahap untuk saya!" kata Ye Xiu.

"Baik tuan!" Su Mucheng mula menaikkan tahap. Juara? Kegemilangan individu? Semua itu okey sahaja, tetapi ia bukanlah apa yang dia mahukan. Perkara yang paling dia inginkan ialah memainkan peranan kecil seperti ini.

avataravatar
Next chapter