794 Satu Lagi Pertukaran Pemain

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Apa yang kamu tengok?" Wei Chen menghampiri untuk melihat skrin Ye Xiu. Dia mula mengesyaki yang Ye Xiu tidak menonton perlawanan itu. Jika tidak, mengapa dia seperti hilang tumpuan? Tahap kemahiran kedua-dua pemain ini memang mengejutkan di mata orang ramai yang terdiri daripada kalangan pemain biasa, tetapi sebagai senior kancah profesional, ia bukannya hebat sangat!

Apabila Wei Chen menghampiri, Ye Xiu memang sedang menonton.

Mungkin dia terkejut kerana situasi Tang Rou agak teruk sekarang. Wei Chen turut menyedarinya. Bukankah itu adalah perkara yang hendak dibincangkannya? Di antara tiga orang pencabar hari ini, Ye Xiu dan Wei Chen tahu pencabar pertama itu boleh tahan, dia cuma bermain dengan teruk. Pencabar kedua pula adalah setanding dengan Tang Rou, tetapi Tang Rou bermain dengan lebih baik dan memenangi perlawanan itu. Bagi perlawanan ketiga pula…

Wei Chen memandang skrin semula dan berkata, "Kamu rasa Demon Fighter ini dimainkan oleh orang lain ke?"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter