Selain daripada berita tentang perpindahan Xiao Shiqin ke Excellent Era, tidak ada butiran lain yang didedahkan kerana tempoh perpindahan masih belum bermula pada ketika itu. Membocorkan perpindahan Xiao Shiqin sudah dianggap melanggar peraturan. Jika mereka mendedahkan terlalu banyak butiran, Pakatan mungkin akan menghukum mereka.

Disebabkan itu, tidak ada sesiapa selain pihak atasan kelab yang tahu tentang butiran penuh perpindahan ini, sehinggalah tiga hari lepas di mana semua orang di dalam kelab diberitahu tentang yang perpindahan Xiao Shiqin bukanlah satu pembelian, tetapi pertukaran. Malangnya, Liu Hao dan He Ming telah menjadi bahan pertukaran. Mereka tahu yang pemergian mereka sudah disahkan. Pemain yang ditukar tidak ada sebarang kuasa tentang hal ini. Ia jauh berbeza daripada pembelian.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter