444 Pertarungan Bergilir-Gilir

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Loulan Slash! Kamu boleh!!"

Little Bei dan rakan-rakannya mula bersemangat apabila melihat persembahan Loulan Slash yang kembali bertenaga. Mereka bersorak dengan penuh riang.

20 saat…

15 saat…

10 saat…

Loulan Slash memerhatikan Huang Shaotian dengan teliti. Dia telah bermain dengan cantik sekali dan tidak melakukan kesilapan. Setiap serangannya dilaksanakan dengan sempurna. Dia tidak diserang mahupun masuk ke dalam perangkap Huang Shaotian. Dia hanya mahu kemahiran Enrage untuk selesai cooldown. Tidak ada apa-apa yang difikirkannya selain pergerakan Troubling Rain dan kemahiran Enrage.

Hanya 5 saat lagi…

Hati Loulan Slash cukup teruja. Dia berjaya bertahan! Dia berjaya bertahan sepanjang waktu ini tanpa diserang!

Dan saya sedang berlawan dengan Huang Shaotian! Loulan Slash sangat bangga dengan dirinya sendiri.

Kalau saya boleh buat sekali, dua kali pun mesti boleh!

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter