694 Perpindahan Pertama Musim Panas

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Biarpun keputusan ini diumum secara rasmi selepas pusingan akhir, ia sudah pun ditentukan dan diketahui sejak berminggu-minggu yang lepas. Semua orang sudah membincangkannya buat seketika, terutama sekali apabila salah satu daripada pasukan yang turun divisyen pernah menjadi satu kuasa kuat. Pasukan yang turut divisyen jarang sekali meraih perhatian sebegini. Hanya peminat pasukan tersebut yang akan bersedih.

Setelah semuanya ditentukan, Excellent Era memberikan kenyataan umum. Sementara semua perhatian diberikan kepada juara, Excellent Era mahu memberikan sedikit harapan kepada peminat mereka.

Bos Excellent Era, Tao Xuan, menerima temuramah. Dia berkata yang biarpun Excellent Era telah turun divisyen, ia masih belum berakhir, terutama sekali selepas menonton pusingan akhir tahun ini. Dari Samsara, dia yakin yang pilihan pemain dalam pasukannya adalah tepat. Ini adalah era yang memerlukan bintang dan pasukannya ada seorang bintang yang sehebat Zhou Zekai.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter