803 Perlawanan Pembukaan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Permulaan yang baik!

Chen Guo gembira, tetapi apabila melihat yang semua orang begitu tenang, dia tahu yang kemenangan mudah ini tidak mendatangkan apa-apa makna. Berbanding dengan Happy, Excellent Era pula memperoleh kemenangan dengan jauh lebih mudah lagi.

Setelah mereka ditetapkan untuk bertarung dalam perlawanan yang mengerikan ini, pihak lawan Excellent Era tidak mahu berundur, sebaliknya semua ahli pasukan mereka tiba tepat pada masanya dan penuh bersemangat. Tetapi apabila perlawanan dimulakan, watak mereka seumpama patung. Mereka bukan datang untuk bertarung, mereka cuma mahu bertemu dengan idola mereka. Apabila mereka menentang One Autumn Leaf, Life Extinguisher dan Dancing Rain, ini jelas kelihatan. Mereka tewas dengan gembiranya dan tunduk hormat kepada Excellent Era pada setiap peluang yang mereka perolehi. Ini membuatkan Excellent Era berasa cukup canggung sekali.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter