219 Perlawanan Menentang Pemain Lain Jauh Lebih Menakutkan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Cold Night menerima mesej Jiang You.

Mereka memang sangat malang. Tyrannical Ambition baru sahaja kehilangan satu pasukan, sekarang satu pasukan lagi pula yang bertembung dengan Lord Grim. Pada asalnya, dia merancang untuk menunggu persatuan lain yang menerima padah, tetapi tetap persatuannya juga yang harus menderita sekali lagi. Cold Night ingin sekali menjerit "Kenapa asyik saya!!!" untuk meluahkan perasaannya.

Tetapi dia telah menerima koordinat dan tidak boleh membazirkan masa lagi. Dia harus bergegas dan menyelamatkan mereka semua serta membunuh Lord Grim juga jika boleh. Sudah tentulah ini bukannya sesuatu yang boleh dilakukan bersendirian, dia memerlukan tenaga semua rakan-rakannya. Cold Night baru hendak mula berbicara apabila dia terdengar jeritan seorang pemain lain: "Koordinat 2873, 3398!"

Cold Night melihat pemain itu dari Blossom Valley. Koordinat itu serupa dengan koordinat yang dihantar oleh Jiang You.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter