195 Pengejaran dari Semua Arah

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

11.50

Lord Grim sedang menuju ke Lembah Garisan. Seluruh dunia Glory berasa teruja sewaktu masa menghampiri tengah malam. Beberapa pemain, seperti Ye Xiu, sedang menunggu dengan tidak sabarnya untuk had kemasukan dungeon dipulihkan semula. Ramai pemain menggunakan jalan yang sama juga.

Ye Xiu sudah menghubungi Su Mucheng dan QIao Yifan. Mereka berdua telah log keluar di Tanah Sepi. Sebaik sahaja mereka online, mereka menuju ke Lembah Garisan dan akan tiba lebih awal daripada mereka yang bergerak dari Bandar Congee.

Di luar Bandar Congee ialah sebuah kawasan luas dengan tanah yang gersang. Walaupun ada banyak raksasa tahap 30 di sekitar kawasan ini, ia bukanlah kawasan menaikkan tahap. Kadar kemunculan dan kadar tumpuan raksasa tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pemain yang ingin menaikkan tahap. Selain daripada membunuh raksasa demi menyelesaikan quest, tidak ada pemain yang berlatih di sini.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter